Cari-cari...Kerja..Kerja..Kerja...Part 1!!

12:00 PM

Assalalamualaikum...Harini Murni just nak share latar belakang pendidikan Murni & sejarah kerja Murni dahulu dan juga kerja Murni sekarang..Harap2 xboring laa nak baca ya..mmm mana laa tau ada kawan kat luar sana yang berpengalaman sama seperti Murni..so kita boleh share2 cerita kita nanti..hihihi





Sebenarnya Murni ni hanya Lepasan Diploma dari Politeknik Shah Alam ( sekarang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ) Shah Alam, Selangor..Murni belajar dlm jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dari tahun 2000-2003..longgg time ago kannn??? Masa tu Murni adalah Batch ke-4 yang ambil course Biomedical Electronic tu..maknanya masa Murni belajar tu masih blom ada yang dah grad utk course Biomedical Electronic ini di politeknik ini dan jg di seluruh Malaysia..maknanya course itu masih baru 2tahun di politeknik di Malaysia..Dan course Biomedical Electronic ni hanya ada di Politeknik Shah Alam SAHAJA...hihihi. tapi dekat IPTA lain saya rasa ada tapi saya tak tahu sebab kurang periksa..hihihi


With my BFF masa hari perasmian pertukaran  nama dari PSA ke PSSAAS






Alhamdulillah selepas 3 tahun bertungkus lumus (btul ke???) hahaha...akhirnya hbs jg blajor..Merdekaa!!! Maaf Murni sebenarnya bukan rajin sgt nak blajor..kira meme dah set sampai Diploma jerr.. Kepala otak dah tepuu..Maklum lerr masa tu dah ada boypren..dok angau bercinta x ingat dunia...huhuhu. Psst: Alysa & Danish jgn tiru perangai mcm ibu ni ya!!! Amaran kerasss ni..hihihi 


Malam Pra-Graduan




Alhamdulillah..Dah Grad


Selepas grad bermula laa perjalanan hidup yang baru Murni iaitu mencari pekerjaan..macam2 kerja telah Murni buat..huhuhu..dari keja cashier, promoter, pembantu klinik, pembantu kedai alatulis, operator kilang dan juga menganggur...semua kerja tu Murni buat tak lama..paling lama pun 2-3bulan je..bukan sebab malas atau ape..cuma rasa gaji macam tak berbaloi..lagipun itu hanya kerja part time je..Murni masih jg mencari2 kerja tetap yg gaji stabil sikit..huhuhu







Akhirnya pada hujung tahun 2005 Murni buat keputusan untuk berhijrah ke Penang..Sebelum ni Murni hanya bekerja di KL & Kelantan je.. Kebetulan masa tu boypren (sekarang dah jd Husband ya) dapat belajar di Alor Setar, Kedah..So Murni nak duk dekat laa ngn dia..senang nak kuar dating..hihihi..gatai...Murni cuba jg mencari kerja dekat Alor Setar tp hampa..semuanya mcm tak best..huhuhu


Akhirnya pd tanggal 13-12-2005 Murni dapat tawaran kerja di kilang KOMAG USA (sdn) sebagai Manufacturing Technical Specialist..amboi ape keja dah tuu..hihihi..sbb dia tulis dlm surat tawaran macam tu...tp bila dah kerja tau laa jawatan tu takde la special sangat..hanya Technician biasa je..hihihi..Kilang Komag ni adalah kilang membuat Hard Disk..hihihi..Hard disk tu ape ya???? hehehe Hard Disk tu adaalh alat yang korang guna untuk simpan data dan sebagainya tu. Itu la hard disk..Nak tau detail lagi boleh jerr Google..hihihi. 


  





Dalam tahun 2007 KOmag bertukar nama kepada Western Digital (M) Sdn pulak..Jadi nama Komag berkubur menjadi sejarah..huhuhu..Tapi kilang ini masih beroperasi seperti biasa dengan mengeluarkan Hard Disk. untuk pengetahuan semua Western Digital ni adalah salah satu pengeluar utama Hard disk di Malaysia selain dari Kilang Seagate, Hitachi dan lain-lain.





Sedar tak sedar 7 tahun juga Murni kerja kat kilang ni sebagai Technician kilang.. Walaupun tak related sangat dengan course yang Murni belajar masa dekat Politeknik dulu tapi Murni redha...dari Murni bujang sampai laa dah kawen dan dikurniakan dua orang anak Murni masih bertahan bekerja dekat situ. Sebenarnya kerja tu ok sgt2..tak laa teruk mana..tapiii...hahaha ada tapi juga..dulu masa bujang, pastu berkahwin dan ada seorg anak Murni masih lagi ok..tapi bila lepas lahirkan Danish, Murni ada masalah sikit dengan kerja terutama bila bekerja shift malam...Ini kerana husband susah untuk menguruskan Alysa dan Danish bila Murni pergi bekerja shift malam..huhuhu. Murni ada juga apply untuk tukar ke kerja normal shift tapi tak berjaya





Untuk pengetahuan semua, kilang ni beroperasi 24 jam sehari & 7hari seminggu..tak kira la public Holiday ker ape ker tetap beroperasi..kecuali laa klu plant shut down baru laa ada cuti..so Murni sebagai kuli ni terpaksa bekerja shift..ada shift siang dan shift malam..kerja 12jam setiap shift..kalau shift siang masuk pukul 7pg blk 7mlm..dan kalu shift mlm masuk pukul 7mlm balik kul 7pg..begitu laa murni lalui spjg 7 tahun disana..murni juga kerja 4 hari kerja 2 hari cuti..kadang2 bila jadual kerja jatuh pada sabtu ahad & public holiday Murni terpaksa ikut jadual kerja..huhuhu




Akhirnya pada bulan November 2012 WD keluarkan notis untuk sesiapa yang berminat untuk apply Voluntary Separation Scheme (VSS)..Ape lagi Murni cepat2 bagitau Bos untuk minta rekomen murni utk VSS ni dekat Head Of Department (HOD)..Ooo..utk yang tak tahu ape itu VSS boleh juga Google.. Ape yang murni tau VSS ni kira macam adik beradik Volunteer Resign (VR) bila kita berjaya kita akan berhenti kerja tetapi syarikat akan bayar kita wang pampasan berdasarkan basic gaji kita, year of service, bonus & saham kita jika ada..syarikat akan bayar semua kat kita berdasarkan rate calculation yang diorang nak bagi.. Dan Alhamdulillah..Permohonan Murni diterima..Dan Murni dapat laa juga merasa wang pampasan sedikit dan boleh juga melangsaikan hutang piutang sedikit..





Setakat ini dahulu perkongsian pengalaman kerja Murni..InsyaAllah Murni akan ceritakan pengalaman kerja murni dlm next entry..Murni ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi singgah membaca coretan Murni ini..Murni doakan semoga semoga kawan2 semua berbahagia selalu..tak kira dlm ape jua pekerjaan yg kawan2 lakukan..Aamiiin








Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang