Jalan2 ke Zoo Taiping..29-31 Mac 2015

6:16 PM

Alhamdulillah minggu lepas kami sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah swt untuk keluar berjalan2 ke Taiping Perak..Almaklum laa dah lama terperuk je dekat Pulau Pinang ni..sekali sekala kena keluar juga ke tanah darat..Bertukar angin hihihi..jadi kami memilih untuk bercuti ke Taiping je..Dekat dan jimat..hihihi..maklumla percutian yang budget ala2 gtu..





Apabila sebut saja Taiping mesti terbayang Zoo Taiping..Sebenarnya ini adalah kali ke-3 Murni menjejakkan kaki ke Zoo Taiping ni..Kali pertama masa baru2 kahwen dalam tahun 2009..selepas itu masa Danish umur 6 bulan..iaitu pada tahun 2012..dan minggu lepas kami masih datang ber3.. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin akan datang ber4 pulak..hihihi




       



Kami Bertolak dari Bayan Lepas, Penang pada pukul 11:30 pagi..kami melalui jambatan ke-2 Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.. Teruja juga sebab ni Kali ke-2 kami menaiki jambatan ini..mula2 dulu try lalu masa jambatan ini baru2 buka dulu..Maklum laa kami jarang guna jambatan ini sebab kami selalu menggunakan jambatan lama untuk balik kampung atau untuk ke tanah besar..












Sampai2 je kat Taiping husband terus singgah kak Restoren Nasi Vanggey..kat Taiping ni adalah Cawangan Restoren Nasi Vanggey yang dekat Ipoh..tapi rasa lebih kurang sama..Apa lagi husband bukan main laju mkn samapai tak sempat nak ambik gambar..Sedar2 pingan Dah licin..Adoiii...Sedap bebenor laa kut..hihihi












Lepas makan kami teruskan perjalanan..Tepat pukul 2 petang kami check-in di Hotel Flamington, Taiping. Hotel ini betul2 berhadapan dengan Tasik Taiping..Tapi oleh kerana kami hanya ambik pakej bilik superior je bilik kami hanya sipi2 je nampak view tasik..takpe laa asalkan ada tempat berteduh untuk 2 malam..hihihi. Nak tau berapa harga bilik kat sini??? memang berpatutan sangat..husband beli dengan AGODA..satu malam RM138 including breakfast utk 2 orang..memang jimat laa kann???













Lepas kemas barang2 dan berehat seketika Husband ajak anak2 pergi mandi kolam..mula2 Murni rasa macam malas nak pergi dan biarkan je husband pergi bersama anak2..tapi bila fikir Alysa & Danish nanti tak terkawal..so ikut juga laa pergi..Tengok laa karenah budak berdua tu dengan pelampung masing2..hihihi

























Kolam mandi dekat Flamington Hotel ni ada dekat Roof (bumbung). Ada 2 kolam..Satu untuk kanak2 kedalaman hanya 2feet..dan kolam mandi untuk dewasa berkedalaman 5feet..sebab tu Murni tak berani nak join sekali berenang dengan husband..sebab dah tau kalau murni turun mesti tenggelam sebab ketinggian murni hanya 5 kaki 3 inci..Dan yang paling penting Murni tak pandai berenang..klu terjun terus tenggelam macam batu jatuh dalam air laa kut..hihihi. Tapi Murni tak sangka rupanya husband pandai berenang..tapi pelik dia hanya pandai berenang kuak lentang jer..takpe laa asalkan pandai..hihihihi 




















Malam pertama...bukan main seronok anak2 dok selpie dengan bapak mereka..Murni malam tu sibuk pulak melayan customer yang nak order Shaklee..Sebab lepas 31 Mac harga Produk Shaklee dah naik harga kerana GST akan berkuatkuasa mulai 1sr April 2015..huhuhu..Ni murni blanje photo selpie mereka 3 beranak..hihihi




















Hari kedua kami mulakan dengan breakfast dekat Hotel Flamington ni..Ada pelbagai menu..semua best2..ada macam2..Murni makn nasi lemak je, kek buah & puding coktail...Danish makan Coco Crunch + Honey Star + Corn Flakes.. Alysa makan nasi lemak & telur separuh masak.. Alhamdulillah rezeki kami pagi tu..  




















Lepas breakfast kami bertolak ke Zoo Taiping..Masa tu dalam pukul 11 pagi..Orang pun tak ramai lagi..So sempat laa posing kat depan bersama replika haiwan2 yang besar yang ada kat depan pintu masuk Zoo tu.. Kami beli 2 tiket dewasa harga RM16 setiap satu dan satu tiket kanak2 harga RM8..Total terbang juga RM40 untuk tiket..hihihi




















































































































































Maka tercapai sudah niat Murni nak bawa Alysa & Danish ke Zoo untuk tengok sendiri haiwan2 yang ada kat sana. Sepanjang kat sana Alysa tak berhenti2 menyanyi lagu2 tentang haiwan.. Seronok sungguh dia..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti kami nak pergi melawat ke Zoo Negara pulak..Alhamdulillah tamat disini dulu cerita Murni yang tak seberapa ini..InsyaAllah jumpa lagi..BYE!!











Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. Kepuasan semasa berjalan jalan adalah apabila dapat berjimat. Hehehehe
    Btw, syiok betul... Best best ^^

    ReplyDelete
  2. Kalau balik kampung mesti pergi pusing2 Taiping tapi sekali pun belum pernah singgah zoo sebab takde geng ^-^

    ReplyDelete
  3. Kalau balik kampung mesti pergi pusing2 Taiping tapi sekali pun belum pernah singgah zoo sebab takde geng ^-^

    ReplyDelete
  4. Ekin pun dah sampai zoo taiping ni masa kakak ekin duk sana

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang