Suri-Rumah Tangga Kerja Mulia...Kerja..Kerja..kerja...Part2!!

6:52 PM

Alhamdulillah..dengan izin Allah SWT harini Murni nak sambung balik cerita perjalanan kerja Murni demi mencari sesuap nasi ni..Adusss sadisss plok status tu..huhuhu.Selepas Murni dpt tawaran VSS tu Murni rasa Murni memang tak mau kerja dah..nak jadi suri-rumah sepenuh masa je..Alhamdulillah mujur Murni mendapat suami yg sangat memahami dan bersetuju dengan keputusan Murni buat tu..memandangkan Danish pun baru berumur 8 bulan dan Alysa berumur 2tahun 4bulan..Murni pk biarlah Murni menjaga diorang dengan sepenuhnya..nak tebus balik masa dulu yang Murni tinggalkan diorang dari Diorang babysampai laa saat tu...Memang Murni akui Murni banyak habiskan masa kat tempat kerja...Nak buat macam mana nakkkk, dah mak kerja cenggitu... huhuhu






Tanggal 27 November 2012 maka bermulalah kerja baru Murni iaitu Suri-Rumah Tangga (SRT)..hihihi..mungkin ramai juga ibu2 yang bekerja diluar sana yang teringin sangat untuk jadi SRT kan??? Terus terang memang akan ada pro & con menjadi SRT ini.. bagi Murni sendiri pun memang terasa..Pertama sekali memang terasa ialah dari segi kewangan..almaklum laa sebelum ni memang tiap2 bulan dapat gaji sendiri dan jarang sangat meminta dari suami..tp selepas dah tak bekerja maka terpaksa laa meminta2..walaupun dah memang tugas suami untuk bagi nafkah pada rumahtangga..tapi sebab dah terbiasa tak meminta2 ni jadi segan laa plok..hihihihi





Yang kedua pula Murni ni seorang yang tak pandai sangat uruskan rumah-tangga..sebab sebelum ini masa sama2 bekerja suami sangat rajin menolong lakukan kerja rumah sama2..contohnya kalau murni memasak selepas balik kerja suami akan tolong mandikan anak2..lepas makan murni basuh pingan suami akan tolong bersihkan meja...kalau murni basuh baju suami akan tolong jemurkan..begitu laa sebaliknya..maknanya kami saling tlg menolong dan bantu membantu..Tapi..huhuhu..lepas murni dah jadi SRT semua tu Murni terpaksa buat sendiri..Terus terang kerja SRT ni takkan habis..start dari buka mata sampai laa tido malam..tu pun selepas tengah malam...mls plok rasa nak cerita..Siapa2 yg pernah jd SRT je yg tau..So kwn2 yang teringin boleh laa apply kerja SRT ni dari Suami masing2 ya...hihihihi..Selamat mencuba...





Tapi dalam masa yg sama Murni juga sangat besyukur..Kerana sepanjang 4 tahun kami berkahwin, pada tahun 2013 laa Murni dapat merasa nikmat menjadi SRT sepenuh masa.. Hari2 dapat menjaga anak2 sendiri & juga dapat menjaga makan & minum suami sendiri..memang Murni akui bukan mudah untuk menjadi seorang SRT sepenuh masa ni..Tahap kesabaran mesti sangat tinggi..sebab macam2 karenah anak2 & suami yang kita kena layan sendiri 100%..Segala kerja-rumah pun 100% kita kena buat sendiri..hihihihuhuhuh






Alhamdulillah selepas berjaya full breast feeding Danish sampai cukup umur 2 tahun... Murni mengambil keputusan untuk kembali bekerja..Alhamdulillah sekali lagi mujur suami memberi keizinan..Tapi sebelum tu Murni terpaksa bercerai susu badan dulu dengan Danish kerana dia langsung tak mahu minum susu tepung guna botol..huhuhu..Pd bulan Mac 2014 Murni balik ke Kelantan untuk berusaha bercerai susu badan dengan Danish..Dengan harapan mak murni boleh tolong memudahkan proses tersebut..huhuhu Murni ada juga try buat sendiri dengan cara meletakkan lipstik merah dekat breast..tp usaha tu tak berjaya..Akhirnya hasil dari bertanya pada kawan2, ada seorang kawan bagitau ada sorang makcik boleh tolong berubat kampung untuk senangkan proses pelepas (bercerai) susu badan dengan anak kalau anak susah nak lepas susu badan dengan kita..huhuhu..harap2 berjaya laa usaha kali ini..




Alhamdulillah..sekali lagi Allah permudahkan urusan Murni & suami..Selepas sekali je jumpa makcik tu terus automatik Danish tak mau dah breast feeding..Dia macam geli bila tengok breast Murni..hihihi..nak tau macam mana makcik tu buat untuk pelepas susu badan Murni dengan Danish??? jeng jeng jeng ...nanti ada masa Murni akan ceritakan..Memang menarik tertarik kau memang debommm..Hebat betul makcik tu...hihihi





Maka selepas Danish dah stop breast feeding bermula laa episod baru untuk Murni mencari kerja baru..target utama Murni mesti laa kerja kilang sebab Murni hanya ada pengalaman kerja kilang jaa huhuhu...Murni mula hantar resume kat macam2 kilang..dari kilang yang kecik sampai la juga kilang yang besar2..Dengan harapan jerat mengena..tapi hampa belaka..tak ada langsung jawapan..Akhirnya Murni pasrah..Kalau ada rezeki ada laa..kalu tak ada takpe laa Murni still bekerja dengan suami & anak2je..Murni tak mau stress2..huhuhu





Tiba Allah gerakkan hati Murni untuk cari kerja secara online. Hasil dari menGoogle terjumpa ramai yang mendapat pekerjaan melalui website www.jobstreet.com... Ape lagi terus Murni register. Lepas tu setiap hari Murni akan mengemaskini Email dengan harapan ada laa email kerja yang best2 dekat Jobstreet tu..Lebih kurang 2 minggu tiba2 ternampak email dari Jobstreet mengatakan ada vacancy untuk jawatan Medical Technician di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.. Ya Allah..adakah ini rezeki aku..sebab setahu Murni jarang ada vacancy jawatan itu..samentelah laa sangat related dengan Diploma Murni..iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan).




Tanpa berlengah lagi terus Murni hantar Resume ke Hospital Lam Wah Ee melalui Email..Dalam hati tak putus2 berdoa semoga usaha Murni kali ini berjaya..Alhamdulillah, lepas 2 hari hantar resume kerja HR dari Hospital Lam Wah Ee telefon untuk datang Interview..Seronok bukan kepalang lagi..Tapi dalam seronok tu ada juga perasaan gementar sebab dah lama tak menghadiri sessi interview..last sekali interview masa nak kerja Komag (WD) iaitu 8 tahun lepas..Alahai ape harus aku buat??? Cerr try Google la cari maklumat Tentang Hospital Lam Wah Ee ni..mana tau ada sedikit sebanyak maklumat dalam ENCIK Google nanti..






Dalam google banyak laa maklumat tentang Hospital Lam Wah Ee ni..tapi tentang jawatan Biomedical Technician Murni agak lemah..maklum laa lepas habis belajar terus masuk kerja kilang..Hospital dan kilang jauh bezanya..Tiba2 teringat kawan2 lama yang sama2 belajar dekat Politeknik dulu ramai yang bekerja sebagai Biomedical Technician di Hospital USM, Radicare & Advance pact.. Terus Murni contact diorang dan sedut ilmu banyak2...






Maka pada 18 March 2014 Murni datang interview dekat Hospital Lam wah Ee..Memula sekali Interview dengan HR Officer..Dengan HR selalunya tak ada masalah sebab HR hanya akan tanya soalan tentang latar-belakang diri kita je..hihihihi..Selepas interview dengan HR kena interview pulak dengan seorang lagi..Mula2 Murni ingat kena interview dengan Engineer laa sebab murni kan nak jadi technician jadi mesti interview dengan Engineer..Masa dok tunggu nak interview ni laa otak dok kalut menghafal laa tips2 yang kawan2 bagi tu..Akhirnya masa interview tu Murni dibawa masuk satu bilik..Rupanya Murni kena interview dengan Hospital Administrator..Ya Allah..takutnya sebab dia ni adalah org kedua pangkat terbesar dalam hospital ni selepas Hospital Superintendent..Oh My English laa berterabur Murni speaking London..hahahah





Selepas interview Murni pun balik laa...Rasa macam lepas dari hutang sejuta..hahaha Legaaa... Nak tau Murni berjaya ke tak dapatkan kerja dekat Hospital Lam Wah Ee, Penang ni...sudi2 kan baca next entry Murni...Harap2 kawan2 sudi singgah lagi ke Blog Murni Alysa ini..Jumpa lagi..Terima kasih!!





Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang