Main Buih Belon di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

6:40 PM

Assalamualaikum semua..Hujung minggu baru2 ni tergerak hati nak bawa Alysa & Danish untuk keluar lepak2 sambil ambik angin dekat Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Atau ada sesetengah orang panggil Penang Esplanade pun ada. Cadangnya nak main2 bola je kat padang tu..Tapi lain pulak jadinya.. Sesampainya je kat sana dari jauh Alysa & danish dah berlari2 bila nampak ramai budak2 dan mak-bapak budak duk main buih belon. Apa lagi menjerit laa budak dua orang tu nak main juga..Hihihi










Kami pun pegi laa dekat kakak yang bagi sewa alat untuk main buih belon tu. Dia kata kalau sewa yang kecik ni satu batang gelung tu dan secawan kecik sabun RM3..Jadi kami ambik dua set laa.. Sebab dah tau dah mesti kena bagi seorang satu kalau tidak berdaduh la dua beradik tu.. Untuk yang besar pun ada..tak silap Murni RM8 kut 1 set..Tapi kami tak ambik sebab temgok orang main macam susah je..Maka bermula laa aktiviti bermain buih belon Alysa & Danish..Selit2 juga abah diorang nak main juga..Jom tengok gambar yang sempat Murni & husband ambik..Layannn..





















Terus terang memang diorang berdua enjoy sangat..Terutama si Alysa..Tengok laa cara dia main..Tak payah ajar terus pandai..Dia buat belon buih tu jadi panjang2 macam main gymnastik reben plok..Comey sangat2..








 












Tetapi Danish tak pandai sangat..Dah laa tak pandai orang nak ajar dan tolong pun dia tak mau..So Murni biarkan je laa dia..Dalam sebesen sabun tu banyak yang tumpah dari yang dia main..huhuhu..





























































Sekarang tiba masanya abah budak2 ni pulak nak tunjuk skill.. Lucu juga dah tua2 pun nak main belon buih juga..Takpe laa mungkin dia teringin sebab zaman kami kanak2 dulu mana ada pesen ni..main buih belon ni dalam bilik air je..hihihi






























Dua besen kecik tu dapat main tak sampai 10 minit dah habis..Kakak tu kata kalau nak top up pun boleh kena tambah RM2 kot secawan sabun..Tetapi husband kata tak payah laa..Lain kali boleh datang lagi..Lagipun masa tu dah nak dekat maghrib..Mujur budak2 ni xmengamuk ikut je kata abah dia..Legaaa!!








Balik rumah malam tengah belek2 FB tetiba ternampak iklan alat untuk main buih belon ni. Cepat2 PM. Mmmm boleh tahan juga harga dia..Bila tanya husband dia kata tak payah laa sayang..Membazir je..Budak2 ni main sekejap jer..Sempat juga dia perli "Awak Tu Semua Benda Nak Beli"..Murni diam je laa..Ada betul juga kata dia..Hihihihi




 


 







Ok laa sampai sini je Dulu cerita pasal buih belon ni..terima kasih kerana sudi membaca coretan tak seberapa dari Murni hari ini..Assalamualaikum!!!



Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. wah..bestnya main belon buih..nak main jugak!! ;-)

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang