S Pink Premium Pointer

Setahun Di Hospital Lam Wah Ee, Penang..

Alhamdulillah..Bulan April 2015 ni cukup setahun Murni bekerja di Hospital Lam Wah Ee, Penang (LWEH) sebagai Bio-medical Technician. Begitu cepat masa berlalu..Dan berbagai dugaan sebelum dan juga selepas Murni menjadi warga LWEH ini. Disini Murni nak cerita laa sedikit sebanyak prngalaman Murni untuk dikongsi bersama.















Dugaan sebelum Menyertai LWEH:


  • 01 - 04 - 2014 -------->Murni hadir untuk interview.

  • 03 - 04 - 2014 -------> Murni Lulus interview & dipanggil untuk buat Medical Check-Up

  • 04 - 04 - 2014 -------> Datang ke LWEH untuk buat Medical Check-Up. Result Blood Pressure high. Diminta untuk datang monitor Blood Pressure (BP) setiap hari selama 7hari/seminggu :(

  • 05-11hb - 04 - 2014 ------> Setiap hari datang ke LWEH untuk chek BP. Result kadang2 ok kadang2 tak ok..Tetapi kebanyakan BP masih tinggi 140/90.

  • 14 - 04 - 2014 ------> Datang lapor diri tetapi sebagai Contract Worker selama setahun. Ini kerana result BP tinggi. Selepas setahun akan diminta untuk buat Medical Check-Up sekali lagi. Jika result Ok akan di Convert kepada permanent worker.




Walaupun Murni tetap mendapat kerja tapi perasaan masih tak seronok kerana muda2 lagi dah ada penyakit Darah Tinggi. Suatu hari ada berwhatsapp dengan adik ipar yang menjual supplement Shaklee. Dia suggest ambik Supplement untuk Jantung iaitu Omega Guard (Minyak Ikan). Sebab penyakit Darah Tinggi ni sinonim btul la dengan masalah jantung.














Murni pun ada menGoogle dan terjumpa artikel petikan dari akhbar Harian Metro. Antara Petikan yang menarik dalam tu berkata: 




"Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung amat rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar Amerika Syarikat dan Eropah. Sedangkan diet pemakanan masyarakat Eskimo ini amat tinggi dengan lemak dan minyak walaupun mereka amat kurang makan sayur-sayuran. Selepas kajian dijalankan didapati kandungan makanan orang Eskimo ini amat tinggi dengan asid lemak Omega 3."








 "Pemerhatian serupa bagi penduduk di Okinawa, Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung lebih rendah. Hasil kajian juga mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong dengan banyak. Kajian saintifik pula membuktikan bahawa makanan laut ini amat kaya dengan Omega 3."













Selepas Seminggu Murni makan Omega Guard dan Murni sudah mula rasa selesa..Setiap kali monitor sendiri tekanan darah dah jarang dapat result yang tinggi..Bila Murni ceritakan berita ini dekat adik ipar dia kata untuk dapatkan kesan yang optimum boleh juga try makan Omega Guard ini bersama Garlic Complex. Dengar nama garlic Murni pun setuju sebab Garlic @ bawang putih ni memang bahan semulajadi..Bukan ubat hospital yg kebanyakannya ada steroid. Maka bermula laa perkenalan Murni dengan Produk Vitamin & Supplement Shaklee ini..












Alhamdulillah..Berkat sabar dan tak putus asa, Selepas 10 bulan Murni dipanggil sekali lagi untuk buat Medical Check-Up kerana tempoh kontrak Murni akan tamat lagi 2 bulan. Kali ini Murni hanya diminta untuk check Blood Pressure sahaja. Ini adalah untuk menentukan Murni layak atau tidak untuk ditukarkan kepada pekerja tetap. Alhamdulillah Resul Blood Pressure Murni telah berada pada paras normal. 124/83. Syukur padamu ya-Allah.








Maka pada 14 April 2015 Murni telah mendapat offer letter baru yang menyatakan Murni adalah pekerja tetap di Hospital Lam Wah Ee, Penang ini..Maka Penantian Murni selama ini telah berakhir dan masalah BP high pun telah selesai..Tetapi Murni masih lagi mengamalkan memakan Omega Guard & Garlic ini untuk mengawal tekanan darah Murni.. Seperti orang tua2 ada berkata "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat". Assalamualaikum.




1 Komentar untuk "Setahun Di Hospital Lam Wah Ee, Penang.."

Alhamdulillah..sekejap je dah setahun..Semoga akak sentiasa sihat dan terus sukses dalam jua bidang yang diceburi.. ;-)

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH