Tips Agar Badan Sentiasa Segar dan Wangi

12:24 PM

Walau secantik mana sekali pun wanita itu bergaya dengan solekannya, jika mereka memiliki bau badan yang tengik, sudah pasti ia menjejaskan kecantikan dan penampilan diri. Setuju tak dengan pendapat Murni ni???










Semua orang berpeluh, tetapi cara menguruskan badan berbau supaya tidak menjejaskan penampilan diri amat penting. Sesetengah orang mengeluarkan peluh lebih banyak berbanding orang lain, namun peluh yang berbau boleh membuatkan seseorang kelihatan seperti pengotor.


Orang mungkin enggan berada dekat dengan anda atau menjadi bahan umpatan kerana badan yang berbau busuk. 


Bagi yang mudah berpeluh, apatah lagi rakyat Malaysia yang biasa berdepan dengan cuaca panas sepanjang tahun di negara ini, berikut ada beberapa tip untuk menangani bau badan tidak menyenangkan ini.



  • Paling penting, pastikan anda mandi setiap hari terutama sebelum melangkah keluar rumah. Ini kerana biarpun anda sudah mandi pada sebelah malam, badan juga boleh mengeluarkan peluh ketika tidur. Sekiranya badan tidak dicuci, ia akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan terutama apabila anda mula berpeluh ketika sudah melangkah keluar rumah. 



  • Gunakan sabun mandi yang mempunyai bau harum yang mampu tahan lama dan sabun keseluruhan tubuh anda terutama di bahagian berlipat seperti belakang lutut dan ketiak. 




  • Gosok seluruh tubuh menggunakan span lembut dan bahan sental berbau harum untuk menyingkirkan kulit mati. 




  • Basuh dan syampu rambut setiap hari terutama bagi yang bertudung atau memiliki rambut berminyak untuk mengelak ‘bau berkumpul’ hingga menjejaskan penampilan. 




  • Sapukan deodoran mencukupi pada bahagian ketiak sebaik selesai mengeringkan tubuh selepas mandi. Sapukan dua lapisan deodoran bagi mendapatkan lebih perlindungan daripada bau tengik. - Semburkan penyembur badan yang harum dan segar, tetapi berbau lembut ke seluruh tubuh sebelum menyarung pakaian. 




  • Pakai pakaian bersih yang sudah dicuci dan dikeringkan sempurna. Jangan menyarung baju yang belum dibasuh. Biarpun ia kelihatan masih bersih, ia menyembunyikan bauan tidak menyenangkan yang akan bergabung dengan peluh baru. 




  • Pakai pakaian dalam yang sudah dicuci setiap hari, bukan pakaian dalam yang dipakai pada malam sebelumnya. 




  • Semburkan haruman pada pakaian untuk membuatkannya lebih harum. Sentiasa bawa deodoran dan minyak wangi dalam beg tangan supaya ia boleh disapu sekali lagi sekiranya badan mula berpeluh. 



CK one hadiah dari encik suami



  • Elak mengambil makanan yang terlalu kuat baunya dalam jumlah banyak seperti bawang putih (Murni ambik supplement) petai (Murni jarang mkn petai) dan durian (Murni suka tapi jarang2 ada). 


Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    ReplyDelete


  2. Terima Kasih gan Informasinya.......
    sangat menarik dan bermamfaat.....

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang