S Pink Premium Pointer

Pantang Cara Sihat

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang seperti yang disarankan oleh budaya mereka.



IKAN tenggiri bakar enak dinikmati bersama hidangan sayur 



Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita akibat proses mengandung dan bersalin yang perlu dipulihkan, dijaga dan dicegah supaya badan dapat kembali segar seperti sebelum ini.


Ini termasuk proses pemulihan akibat kehilangan darah semasa bersalin, pengecutan rahim, keseimbangan hormon, ketegangan urat saraf dan kehilangan tenaga semasa proses bersalin.


Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.


Pemakanan yang baik adalah kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.


Menurut kaunselor laktasi, Siti Asma Moin, wanita selepas bersalin perlu mengamalkan diet seimbang untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrien yang diperlukan.


“Amalan pemakanan ikan yang mengandungi protein tinggi membantu mempengaruhi sistem tubuh yang masih lemah untuk menambah tenaga.


“Selain itu, daging kambing juga baik untuk membina sel badan dan tulang yang kuat selain membantu memanaskan badan. Bahagian isi daging ayam pula dapat membantu mengawal berat badan selepas berpantang.


“Sayuran hijau tidak boleh dielakkan kerana ia membantu merawat luka dalam perut ketika proses bersalin,” katanya.


Ujarnya, semasa berpantang ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan berkenaan perlu diganti dengan sumber lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat diperlukan diperoleh badan.


Misalnya, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan ‘gatal’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang seperti ikan kembung atau ikan tongkol.


Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain seperti tenggiri untuk memastikan sumber protein dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.


                                                 Petikan dari Akhbar Harian Metro







Set Mengandung, Berpantang Dan Menyusu Shaklee




Kenapa pulak tiba2 pula Murni buat Entry berpantang ni..Sebabnya ehem-ehem..Murni tengah planning nak mengandung lagi..Hihihi..InsyaAllah kalau ada rezeki nanti Murni akan mengamalkan set mengandung, berpantang & menyusu dari Shaklee..Doakan Murni ya kawan2..






1 Komentar untuk "Pantang Cara Sihat"

Alhamdulillah banyak ilmu yang dikongsikan bermanfaat juga buat orang tak berpantang nie. ^-^

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH