10 Sebab Mengapa Kita Harus Mengambil Sebiji Multivitamin Setiap Hari

2:23 PM

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas Murni ada buat satu entry 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Dr. Mahathir . Kalau belom baca boleh buka DISINI

Dalam entry tersebut Tun ada mengatakan beliau mengamalkan memakan multivitamin setiap hari. Mesti ada yang tertanya2 apakah itu multivitamin? Dan mengapakah kita perlu mengambil multivitamin? Bolehkah Multivitamin digantikan dengan benda lain? Dan macam2 lagi laa soalan yang bermain di fikiran anda dan juga saya.









Terlalu Banyak Fakta!

Persepsi sedemikian sudah menjadi lumrah, dan manusia, secara azalinya inginkan sesuatu yang ‘mudah’ dan menyenangkan. Kadang2 kita akan berkata kepada diri sendiri, “Untuk menjaga penglihatan, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, dan untuk itu aku harus makan lobak merah…” atau “oh, aku kena makan tiram/kerang hari ini kerana aku memerlukan mineral zinc..” (“oh, kenapa aku sangat skema?”) Terlalu banyak fakta, manusia tak suka ini!


Oleh yang demikian, wujudlah apa yang dikenali sebagai supplemen Multivitamin. Multivitamin adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji pil multivitamin sudah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang diperlukan oleh badan. Hakikatnya, ia bukan sahaja untuk mereka yang ingin menguruskan badan, malah perlu untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira matlamat berat badan, daripada yang kecil hinggalah yang vateran.




10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?


1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
  • Dalam entri sebelum ini Murni pernah menceritakan tentang istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
  • Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
  • Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micro-nutrient dalam diet. Jadi dengan mengambil Multivitamin badan kita akan cukup segala micro-nutrient 

2 – Faktor sibuk
  • Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah. Selalunya apabila terlalu sibuk kita akan memilih untuk memakan makanan segera seperti mee maggi dan sebagainya.

3 – Termusnah akibat dimasak
  • Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu mudah terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan termusnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
  • Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
  • Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6 – Pencemaran Alam sekitar
  • Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.

7 – Tabiat makan memilih
  • Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
  • Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9 – Harganya yang murah
  • Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10 – Role Model kita
  • Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).


Itulah antara 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!


Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Multivitamin nie ada semua zat yang diperlukan badan kita la yer...

    ReplyDelete
  2. bagusnya nak kena amalkan juga ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sy pengamal multivitamin terbaik dunia yg dah 100 tahun dalam pasaran. :)
    tq for the info :)

    ReplyDelete
  4. betul... tapi, time nak makan tu yang malas..

    belum kira time ngelat lagi.. ada petua tak..??? heee

    ReplyDelete
  5. Kena amalkan la ye..tq kak murni atas info..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang