Beli Happy Bag Guardian RM3.88/satu Dapat Ape Ya??? Berbaloi2!!!

1:41 PM

Assalamualaikum..semalam dalam group whatsapp #Blogger Utara kecoh pasal Happy Bag dari Guardian. Satu bag hanya berharga RM3.88 sahaja..Dan isi kandungan dalam bag tu berisi barang bernilai RM20 dan keatas..Tetapi kita tak tahu apakah barang yang ada dalam Happy Bag itu..Mungkin sebab itulah dia dinamakan dengan Happy Bag..hihihi. Dan untuk melayakkan anda membeli Happy Bag ini anda kena beli satu barang dekat Guardian ini.. Macam Murni ni kena beli 3 barang baru Murni boleh beli 3 Happy Bag ini. Jangan risau walaupon anda beli barang harga RM1 pon anda dah layak untuk beli happy bag ini.









Kebetulan pulak semalam Murni bekerja shift petang. Balik kerja pon dah pukul 7 petang. Hati ni dah tak senang duduk bila kawan2 kat Group Whatsapp Blogger Utara duk post picture hasil borongan mereka dari Happy Bag by Guardian tu. Murni tak putus asa terus google search cari alamat Guardian Pharmacy yang terdekat. Dan ada nombor Telefon sekali. Terus capai telefon dan telefon Guardian Pharmacy Giant Bayan Baru. Sekali lagi Murni bernasib baik kerana adik cashier lelaki tu sudi simpankan Happy Bag untuk Murni. Dia tanya nak berapa Murni hanya minta 3 Happy Bag ja..(kalau tau isinya best2 minta dia simpan banyak lg..hihihi).








Balik kerja pukul 7 petang cepat pergi Giant Bayan Baru..tak toleh kiri kanan terus ke Guardian Pharmacy..Cari adik cashier tu..Syukur sangat bila adik tu terus tegur ni Kak Murni ka?? dan bawa keluar 3 Happy bag ini. Tapi akak kena beli 3 barang tak kisah laa ape pon untuk melayakkan akak beli Happy Bag ini. Tak cakap byk terus capai ape yg patut. Tengah duk bayar tu sempat lagi tanya adik tu ada extra lg tak..Adik tu cakap dah habis awal kak, yang ni pon ada sebab saya simpankan untuk akak.. Rezeki betul. Sebab Happy Bag ini sikit jer dan dijual sampai habis untuk harini sahaja..Sape Cepat Dia Dapat..








Dan terus balik rumah.. Teruja sangat terus buka. Ya-Allah hasilnya cukup lumayan. Bermodalkan RM11.64 untuk 3 Happy Bag dan inilah hasilnya yang Murni dapat..Memang harga beratus2 ni. Kalau tengok untuk NUTRELLE ESKAYVIE pon harga pasaran dah RM90..Tak masuk SEVEN SEAS vitamin & Evening Primrose Oil lagi.. Pastu yang kecik2 macam 2 paket pewangi Ambi Pur tu pun Murni dapat..Satu penghadang pintu dan 3 trial pack Plaster untuk belakang kaki yang melecet bila pakai kasut. Memang rezeki sangat laa semalam. Alhamdulillah Syukur : )




 








NUTRELLE ESKAYVIE Dtoxstat Phytofood Formula ni husband dah minta untuk dia makan. Boleh laa dia cuba untuk detox perutnya yang dah semakin membulat selepas raya ni..hihihihi. Terkejut Murni tengok harga pasaran produk ni RM90. Kalau nak beli sendiri mesti fikir 2-3 kali juga ni.

  














SEVEN SEAS vitamin ini pon nak bagi kat husband juga. Walaupon kami sekeluarga mengamalkan Vitamin dan Supplement dari Shaklee rasanya tak salah mencuba product yang lain juga..hihihhi







Evening Primrose Oil ini untuk Murni tauu..lelaki memang tak boleh makan EPO ni..hihihi 






Ambi Pur ni nak letak dalam lemari baju..hihihi







Artikel Menarik Yang Lain

22 ulasan

  1. Wahhhh... Bestnya. Dah lama x ke guardian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pon jarang beli kat Guardian..lepas ni kena selalu lerrr..hihihi

      Delete
  2. even guardian dekat je ngan umah..xde ms nak terjah
    kemain uols smpai 3 bag haa..berbaloi lahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bag pon rasa tak cukup..hehehe

      Delete
  3. Happy dapat miliki Happy Bag yer...

    ReplyDelete
  4. Happy kak murni dpt happy bag..tahniah kak..x sia2 call gurdian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..usaha tangga kejayaan..hihihi

      Delete
  5. wahhh.... best giler ni... betul2 happy...

    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete
  6. wah best nya. biler lg nak ade happy bag ni?

    ReplyDelete
  7. guardian utara je ke..kena gi serbu jugak guardian sentral ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Bag ni dijual di semua cawangan Guardian seluruh Msia..tapi stok terhad dan dibuat satu hari jerr..

      Delete
  8. untungnya.. yui p kui 12 dh takde..cehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cepat habis..akak dapat pon sebab tepon dlu minta cashier tlg simpankan..rezeki akak laa

      Delete
  9. wah bestnya... saya tak pernah tahu ada macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murni pon dapat tahu dari group whatsapp #blogger Utara..hihihih

      Delete
  10. Assalam murni,
    waaaaaaaaaaa
    bestnya
    uols sempat
    iols ni hri keesokan tu bru pi tanya giant bayan baru
    deme gelak kat iols he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..Alahai..adik tu kata tghari lg dah abis..nasib baik akak tepon..hihihi

      Delete
  11. wah tahniah..best sangat hadiah2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..tak sangka dapat hadiah menarik gtu..rezeki

      Delete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang