S Pink Premium Pointer

Jaga Kecantikan Semula Jadi Dengan Betik



Warna kuning jingganya pasti menarik perhatian sesiapa saja untuk merasa sendiri rasa lemak manis buah betik.

Namun ia bukan sekadar makanan, tetapi turut mempunyai fungsi dalam penjagaan kecantikan secara semula jadi tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Betik kaya dengan nutrien antioksidan seperti karoten, vitamin C, flavonoid, kumpulan vitamin B, folat, asid pantotenik, mineral, potassium, magnesium dan serat.

Kandungannya itu sesuai digunakan sebagai krim wajah dan syampu untuk memberikan kulit mulus berseri serta rambut berkilat.

Vitamin A dan papain dalam betik mampu menyingkirkan sel kulit mati kerana ia bertindak memecahkan protein tidak aktif yang ada pada permukaan kulit.

Betik juga membantu melembapkan kulit, menyingkirkan jerawat dan warna kemerahan, apabila disapu pada wajah dan dibiarkan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bersih.

Biarpun tidak disapu pada wajah, sering makan betik juga boleh memberikan kesan sama pada kulit apabila ia menjadi lebih lembut, gebu dan mulus.

Malah, masalah tumit merekah hingga merosakkan penampilan boleh dirawat dengan sapuan betik yang sudah dilumatkan.

Betik yang disapu pada kulit juga boleh membantu mengurangkan masalah bintik wajah dan warna kulit tidak sekata, manakala kulitnya boleh dijadikan bahan sental bagi mencerahkan kulit.

Asid alfa hidroksi yang ada dalam betik juga membantu merawat masalah penuaan pramatang apabila disapu pada kulit, namun ia perlu dilakukan secara berkadar untuk mengelakkan kerengsaan.

Ia juga boleh bertindak sebagai pelembap rambut apabila dilumatkan dan disapu pada seluruh rambut, biarkan seketika dan bilas hingga bersih.


9 Komentar untuk "Jaga Kecantikan Semula Jadi Dengan Betik"

nice info.dulu kecik-kecik,cukup suka makan betik ni.

tak minat makan betik. huhuhu.

Jemput ke blog saya.

www.nasznadzeri.com

betik mmg favorite Farah.. btw baru tahu betik boleh rawat tumit merekah ek..nnti nak cuba lah...thanks for sharing..=D

Kak Murni mmg takde followers yang blog punya eh ? ke CT yg tak nampak..
btw.. poster2 kat tepi ni cantik2 la..

Assalam murni,
banyaaaakkk khasiat betik yer

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH