Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur

4:33 PM

Assalamualaikum..Hari ni Murni nak bercerita tentang masalah rambut gugur pulak. Mungkin ramai yang mengalami masalah rambut berminyak, rambut berkelemumur, rambut rosak dan berbagai lagi masalah rambut.

Setiap hari, kalau ikutkan normal rambut akan gugur sebanyak 50–125 helai tetapi masalah akan timbul apabila rambut mulai gugur melebihi tahap normal. 
Kelemumur juga boleh menambahkan lagi masalah rambut gugur akibat kulit kepala yang tidak sihat.




Antara punca rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh

  • Genetik 
  • Tekanan 
  • Hormon yang tidak stabil 
  • Kekurangan nutrisi tertentu akibat dari diet yang tidak betul
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu
  • Penggunaan product rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut dan bahan untuk menukar rambut dari kerinting kepada lurus dan sebaliknya
  • Kurang mencuci rambut menyebabkan minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.







Petua merawat rambut gugur

Petua 1

Pertama sekali dengan selalu menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur setiap 2 minggu sekali. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga sampai ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah sebulan sekali.
Petua 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Petua 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.
Petua 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


Cara merawat rambut gugur dengan supplemen

Jika anda tidak sanggup mengikuti cara-cara petua diatas, anda juga boleh merawat dengan supplemen Shaklee secara mudah dan senang.





1. Zinc Complex -  Mengekalkan kelenjar merembes minyak yang melekat pada folikel rambut. Kekurangan zinc juga telah dibuktikan secara saintifik menyebabkan keguguran rambut


2. Vita-Lea -  Kekurangan nutrien terutamanya iron, boleh menyebabkan rambut gugur. Shaklee Vita-Lea (multivitamin) adalah Iron Fomulated.


3. Energizing Soy Protein (ESP) -  Sel-sel badan dibina daripada protein. Kekurangan protein akan menyebabkan rambut gugur.


4. B-Complex - Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri. 
B-complex juga bersifat anti stress



Cara merawat rambut gugur dengan Prosante




Revitalizing Shampoo (296ml)

  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering



Purifying Shampoo (237ml)
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.



Replenishing Conditioner (237ml)

  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli


Lightweight Conditioner (296ml)
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan


Long Lasting Finishing Spray (237ml)
  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.


Nourishing Scalp Treatment (59ml)

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak


Keunikan ProSante Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Berminat nak cuba rawat masalah rambut gugur ni dengan Shaklee, boleh Whatsapp Murni 012-9817932 sekarang. Dan kawan2 boleh rasakan sendiri kebaikannya...

Atau...

Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1176598 [Murniwati Awang]




Artikel Menarik Yang Lain

14 ulasan

  1. Sayangilah mahkota kita, banyak cara boleh digunakan yer ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih jer cara mana paling senang dan berkesan

      Delete
  2. lama tak buat cara tradisional tu...skg try consume cmd lak..

    ReplyDelete
  3. tips no 1 paling mudah.. nak try lah..

    tq ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya no 1 paling senang.. masa kat kg dulu rajin buat..sebab ada pokok limau nipis kat rumah..hihihi

      Delete
  4. Assalam murni,
    iols ni dri anak dara memang dok rambut gugur
    slalu kena potong
    xleh bior rambut panjang sangat he3

    ReplyDelete
  5. Oo ya ker..akak ni rambut tebal..tapi kulit kepala selalu gatal..hari2 kena shampoo

    ReplyDelete
  6. Ekin rambut gugur banyak gak... Rambut cap maggi selalu bersipol

    ReplyDelete
  7. Sha guna cmd..Alhamdulillah ada perubahan..

    ReplyDelete
  8. rambut2 sket ekot mood.. kadang ok kadang pelik kadang langsung xleh faham hehe..

    ReplyDelete
  9. Info yang menarik. Sekadar berkongsi maklumat, baru-baru ini satu kajian yang telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Colombia, Amerika Syarikat telah mendapati akar rambut kita mempunyai sejenis enzim yang dinamakan Janus kinase (JAK) yang boleh merencat pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Mereka sedang menguji sejenis ubat yang telah pun diluluskan oleh US Food and Drug Administration (FDA) untuk memastikan ubat ini selamat untuk merencat tindakan aktiviti enzim Janus kinase (JAK).

    ReplyDelete
  10. rupanya genetik pun ada kaitan.. tapi betulka kalau kita terlebih consume ESP boleh merosakkan texture rambut?

    ReplyDelete
  11. Petua yg bagus. sy pun mempunyai masalah keguguran rambut serta kelemumur~

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang