Tak Sedar Terlebih Makan

10:13 AM

Salam Isnin semua..Murni percaya kita pernah mengalami hari apabila ada perasaan seperti tidak ingin berhenti makan. Mulut asyik nak mengunyah jer..Perut pulak asyik rasa lapar jer..hihihi..Sebenarnya ada sebab daripada segi biologi dan psikologi yang mempengaruhi hal ini semua.






Bukan hanya sepanjang Ramadan iaitu selepas waktu berbuka membuatkan kita mengunyah apa saja makanan, tapi ia boleh dikatakan sepanjang masa. Jika anda khuatir nafsu makan meningkat tak menira masa, boleh baca artikel ini dan ketahui sebabnya.


TAK CUKUP TIDUR
  • Letih seharian dengan kuliah dan rutin kerja ada kalanya membuatkan kita sukar tidur. Waktu tidur secukupnya iaitu tujuh hingga lapan jam sehari terpaksa ditolak tepi secara tidak langsung mengganggu kestabilan hormon tubuh.
  • Aturan hormon yang mengatur selera makan keesokan harinya terganggu sekali gus menghasilkan zat lain yang menyebabkan rasa lapar berbeza daripada hari biasa. Oleh itu, cuba atur perjalanan harian selengkapnya untuk mendapatkan kualiti tidur seperti disarankan.



KURANG AIR DALAM TUBUH
  • Mengutamakan cecair yang diperlukan oleh badan adalah langkah terbaik untuk menjaga selera pada waktu sepatutnya. Jika tubuh tidak diisi dengan cecair iaitu minuman akan menyebabkan dehidrasi iaitu kekurangan air dalam tubuh.
  • Masalah timbul apabila kuantiti air dalam badan kurang menyebabkan kita berasa lapar. Apa yang terjadi adalah kita bukannya mengambil minuman apabila terasa lapar, tetapi memilih makanan. Keperluan tubuh sebaliknya memerlukan air berbanding makanan. Disebabkan itu, kita tidak berhenti mengunyah sehingga benar-benar puas.



EMOSI TAK STABIL DAN BOSAN
  • Ada segelintir orang menolak makanan jika sedih dan ada juga yang sebaliknya. Setiap daripada kita memiliki selera yang sukar untuk ditafsirkan dan ada daripadanya bergantung kepada emosi. Menjadi masalah sekiranya anda terlalu bergantung kepada makanan pada waktu sedih, tekanan atau perasaan lain yang bermain di fikiran.
  • Rasa bosan juga antara punca untuk kita mencari makanan. Sambil melepak di rumah menonton televisyen, kita pasti mencari sesuatu sebagai ‘kudap-kudapan’. Walaupun perut penuh diisi dengan makanan berat lain beberapa jam sebelumnya, ia bukan isu besar bagi kita. Pernahkah anda sedar mengenai hal ini dan apa yang anda lakukan mengenainya?


CUACA DAN ORANG SEKELILING
  • Mungkin tidak ada kajian terperinci yang menyokong kenyataan ini, tetapi beberapa artikel berkaitan ada menghubung kait hal ini. Kita impikan makanan panas ketika cuaca sejuk dan ini dibuktikan dengan cara pemakanan masyarakat luar negara yang memilih makanan lebih karbohidrat dan lemak pada musim sejuk.
  • Snek, makanan ringan boleh dikategorikan sebagai ‘musuh’ utama dalam isu ini. Sama ada di pejabat, kuliah atau tempat tertutup berhawa dingin meningkatkan keinginan kita untuk makan makanan ringan. Kawal rasa ini dengan menggantikannya dengan makanan sihat lain seperti kacang atau buah-buahan.
  • Waktu berkumpul beramai-ramai antara penyebab kita makan berlebihan. Tanpa sedar, kita memesan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak. Tidak perlu fikirkan hal serius mengenai penjagaan makanan dan kandungan nutrisi waktu melepak, anda mungkin diperli rakan. Tetapi situasi seperti inilah antara sebab kita terlebih makan tanpa sedar.




Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. nice sharing..PC pernah lalui..di mana perut sentiasa lapar..rasanya berhenti mengunyh time tidur je..hehehehehe..tapi tak selalulah..dan kuantit makanan yang di ambil tu yang sedikit dan ringan..kalau berat..ermmm..

    ReplyDelete
  2. CP kalau bosan memang cari makan..satu lagi bila sibuk kat ofis. Makanan mesti ada kat atas meja.

    ReplyDelete
  3. ohh... patut lah... haihhh...

    ReplyDelete
  4. Zumal sebab cuaca dan persekitaran agaknya...

    ReplyDelete
  5. Assalam murni,
    iols la tuuuuuuuuuuu
    selalu tak sedor diri kalo bab makan he3 :P

    ReplyDelete
  6. Sha pun sama..slalu kelaparan..hehehe..cuma semenjak ramadhan aritu je da ok seket..

    ReplyDelete
  7. kita x cukup tdo & kurang air

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang