S Pink Premium Pointer

Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang




Georgetown: Projek mega bagi membina terowong dasar laut yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau dijangka mengatasi masalah kesesakan jalan raya, di sini. 


Kerja pembinaan terowong sepanjang 6.5 kilometer dari Bagan Ajam di Butterworth ke Persiaran Gurney dan dijangka bermula menjelang awal 2016 membabitkan kos RM6.3 bilion. 


Pembinaan terowong itu merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu jalan berkembar sejauh 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.


Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus. 


Tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang turut digunakan bagi kerja pembinaan terowong itu. 
10 Komentar untuk "Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang"

erk biar betul pasal terowong dasar laut nih..

sapa beli rumah kt weldquay mmg untung

Keluar akhbar Harian Metro harini..hihihi

tu lerr..tapi sape yang mampu huhuhu

Waalaikumsalam..tu ler kuar akhbar Metro harini

salam ukhwah murni, semoga projek ini sukses dan memberi kemudahan buat semua penduduk kan :)

adoi..kesian pulak laa kehidupan dalm laut... hummm

Conform eh.. ingatkan cakap2 je.. habis hidupan laut..

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH