Tom Yam Salmon

6:26 PM



Selain popular sebagai ikan yang unik, salmon dikenali kerana memiliki kandungan gizi yang tinggi dan memberikan pelbagai khasiat untuk tubuh. Antara nutrisinya ialah kandungan omega-3, vitamin A dan asid amino yang sangat efisien dalam merangsang perkembangan otak dan mengekalkan fungsi memori secara optimum.


Malah, Alzheimer juga boleh dicegah hanya dengan mengambil salmon secara tetap. Bagi yang mengalami tekanan perasaan, salmon mampu menurunkan tekanan seseorang.


Disebabkan banyak kebaikannya, salmon dikelaskan sebagai ikan ‘mewah’ dan dijual pada harga tinggi. Malah, hidangan ini hanya disediakan di restoran dengan pelbagai resipi unik. Amat jarang ikan laut dalam ini dimasak sebagai menu harian di rumah.


Menurut chef Restoran Wangsa Grill, Wangsa Maju Kuala Lumpur, Chef Mohd Fikree Najib Aznan, walaupun salmon termasuk dalam rangkaian makanan mewah, tidak salah mencuba resipi enak salmon dalam bentuk berbeza. Misalnya salmon yang jarang sekali dimasukkan dalam masakan tomyam tentunya menjadikan hidangan ini agak istimewa serta lain daripada yang lain.


“Tomyam cukup terkenal dengan campuran makanan laut serta ayam dan daging. Namun apa kata sekali-sekala gunakan salmon dalam masakan tomyam yang tentunya memberikan cita rasa berbeza,” katanya.


Bagi menjadikan kuahnya pekat dan lazat, Chef Fikree menghasilkan sendiri perencah tomyam menerusi penggunaan serai, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, ketumbar, daun limau purut dan cili kering yang digoreng kemudian dikisar bagi memberikan aroma yang lebih jelas dan lazat.


“Walaupun terdapat pelbagai pes tomyam di pasaran, untuk mendapatkan tomyam yang lazat dan pekat perlu menggunakan pes dimasak sendiri. Menyediakannya juga cukup mudah. Hanya goreng dan kisar bahan diperlukan sebelum dicampurkan bersama bahan lain,” katanya.


Bahannya:

- Sepotong salmon
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 batang serai
- Daun limau purut
- Daun ketumbar
- 2 biji tomato
- 3 biji limau nipis
- 10 tangkai cili kering
- Air secukupnya.


Untuk pes tomyam:

Ambil bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, halia dan serai dalam kadar separuh daripada bahan asal, kemudian goreng sehingga naik bau. Kisar bahan tadi.

Lebihan bahan yang tidak dikisar ini turut dimasukkan dalam kuah tomyam bersama bawang besar dan air limau nipis bagi memberikan rasa masam. Salmon pula dipanggang sederhana supaya isinya lebih rangup dan tidak berair. Selepas kuah mendidih, simbah ke atas salmon dan sedia untuk dihidangkan bersama sepinggan nasi putih.




Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. Owh..boleh e..nanti nak try ah..nice sharing kak murni..

    ReplyDelete
  2. woaah.. pestime dngr tomyam salmon.. hehe..
    grilled salmon sukalah..lama gila x makan..

    ReplyDelete
  3. fuhh sdpnya..lama xbeli salmon..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah beli ikan salmon dan tak pernah rasa. Duk cari di Perlis tak pernah pun jumpa...

    ReplyDelete
  5. Assalam murni,
    baca entry ni dok teringat salmon iols dalam fridge he3

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang