Tersilap Booking Tarikh Tiket Legoland.. Dah Nak Rugi Tak Boleh Buat Ape Dah!!!!

7:00 PM

Assalamualaikum..Apa Kahbar kawan2 yang dikasihi semua?? Terima Kasih kerana sudi singgah di Coretan Murni Alysa harini. Harini Murni nak cerita cerita sedih pulak (tapi tak laa sedih mana pon). Alkisah baru2 ni Air Asia ada buat Promosi AIRASIA FREE SEATS PROMOTION 2016. Jadi ni la peluang bagi Murni sekeluarga yang duit budget2 ni tapi masih nak bercuti naik kapal terbang gitu..Hihihihi. Setelah bincang2 dengan suami kami bersetuju nak terbang Ke Johor Bharu. 







Kenapa pilih nak ke J.B pulak..Sebenarrnya banyak faktor Murni nak ke J.B. Pertama sekali sebab dalam semenanjung Malaysia ni Negeri Johor Darul takzim jer Murni belum pernah jejak. Kedua sebab Alysa dan Danish selalu sangat minta nak ke Legoland Malaysia Resort setiap kali iklan Legoland tu keluar kat TV. Dan faktor ke-3 adalah untuk melawat adik Murni yang ke-4 yang bekerja sebagai nurse dekat Hospital Sultanah Aminah, J.B.








Kami amik tiket Flight ke J.B pada 23 Mac 2016 dan balik ke Penang pada 27 Mac 2016. Dan kebetulan pulak 25 Mac adalah hari jadi Danish yang ke-4. kami pon bercadang la nak celebrate dekat Legoland Malaysia Resort la. Lepas ushar2 dalam website Legoland Malaysia Resort tu kebetulan haritu ada promosi Matta Fair. Cepat2 bagitau hubby sebab haritu dah last day Promo si dapat DISKAUN 30%.








Kami hanya pilih tiket waterpark sahaja sebab dah tau kalau kami ambik sekali dengan theme park memang tak sempat habis. Sebab budak tu kalau berendam pon dah makan masa sehari. Lagipon kalau ambik pakej theme park bukan semua permainan yang kami boleh main. Susah laa dengan budak2 ni. 








Masa tu Murni dekat office. Husband buat booking online sendirian. Lepas dah settle semua dia anto pic bukti pembelian tiket. Total untuk 2 tiket dewasa dan 2 kanak2 untuk Waterpark selepas diskaun 30%  dan ditambah dengan tax habis RM312.20. Mmmmm boleh tahan juga tiketnya huhuhu. 








Tetapi malang tidak berbau. Dan kalau nak rugi takkan ke mana (btul ker ni?? belasah jer  la). Bila balik kerja abang bagitau yang dia tersilap tarikh booking tiket tu pada 25 Sept 2015. Kiranya dalam bulan ni laa juga. Bukan ker tarikh tu kami nak balik Kelantan sambut Raya Haji. 25 Sept tu adalah Hari Raya Haji ke-2. Adoiiyaa..macam mana boleh tersilap sedangkan sebelum ini hubby memang jenis yang teliti. Mungkin dia Over Excited kut. 









Tak tunggu lama terus call pihak Legoland. Diorang minta hubby emailkan bukti kukuh yang kami tersilap. Mujur laa ada bukti pembelian tiket flight pada 23-27 Mac 2016. Pada 12 Sept 2015 kami terima email dari pihak Legoland mengatakan bahawa tiket tu boleh ditukar tarikh seperti yang kami nak tetapi kami dah tak layak untuk dapat diskaun 305 yang sebelum ini. kami kena bayar lagi tambahan sebanyak RM133.80. Maknanya harga tiket kami tu Dewasa rm122 x 2 orang dan kanak2 Rm101.00 x 2. Jadi TOTAL tiket kami untuk ke waterpark Legoland RM446.00. Amboi mahal tiket Legoland lagi dari tiket flight pergi balik Pen-JB hanya RM274.20.








Tetapi PART ini yang paling best Murni nak cerita. Cuba kawan2 baca balik email dari Pihalk Legoland Online Booking. Cuba tengok tarikh tiket kami ditukarkan pada 25 Mac 2015?????. Murni jadi pening sekejap. Biar betul depa ni dah ada mesin Back To Past pulak ker? Tengok laa bila diorang buat silap kita maafkan. Tetapi bagi pihak Legoland kami dah tersilap booking kami tak layak untuk mendapat ape2 diskaun. Sedangkan kami dah bayar RM313.20 tu seawal 6 bulan dari tarikh kami nak pergi. Sekurang2 nya beri kami penalti ke sebanyak RM50 seperti hotel selalu buat bila kita buat ammendment.







Tetapi apa boleh buat..Dari rugi semua duit kami tu ok laa kami bersetuju untuk bayar harga walk-in untuk tiket tu. Tetapi lepas ni jadi pengajaran buat kami bila nak beli sesuatu tu jangan tergopoh gapah. Bila tergesa2 gini laa jadinya. Ahir kata, kawan2 yang budiman semua, tolong doakan semoga kami sekeluarga dapat juga ke Legoland pada 25 Mac 2016 nanti untuk menunaikan janji kami pada Alysa & Danish. Sekian,Terima Kasih..Byee



Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Berkira betul Legoland tu yer... Patutnya beri penalty aje la kan...

    ReplyDelete
  2. alahai ciannyer.. semoga selamat pergi dan pulang. Nanti dah pergi Legoland boleh bagi review, best ke tak Legoland tu.. :-)

    ReplyDelete
  3. Alolo...byk cengkadak btul legoland ni ya

    ReplyDelete
  4. xpela...dr rugi byk baik rugi ckit kan?

    ReplyDelete
  5. nanti gi sana tunjuk je email yang diaorang pun silap tarikh..

    ReplyDelete
  6. Wah legoland semoga dipermudahkan perjalanan kak murni dan keluarga ya

    ReplyDelete
  7. berkira sungguh!!!! cuba kalau kita mentioned kesalahan dorang tu. baru nak berakal. ambik kesempatan la tu. kesian akak. hurmmm . moga dipermudah untuk semuanya kak

    ReplyDelete
  8. jdkan pengajaran walaupun bkn salah kak muni.. bila dh jd mcm ni cancel terus. better pi SS

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang