Awass!!! Bahaya Pendakap Gigi Palsu

12:09 PM

Seakan-akan menjadi trend apabila begitu ramai anak muda dilihat memakai pendakap gigi yang berlainan warna dan bentuk sejak kebelakangan ini. Situasi ini berbeza sama sekali jika dibandingkan kira-kira 20 tahun lalu apabila golongan yang memakai pendakap gigi agak sukar ditemui dan bagai boleh dibilang dengan jari. 




Ada beberapa andaian, sama ada tawaran perkhidmatan pemasangan pendakap gigi semakin bercambah dan mudah didapati, orang ramai kini lebih berkemampuan untuk memiliki khidmat terbabit, pengguna kian sedar kepentingan memakainya demi kesihatan mulut masing-masing atau faktor lain.

Namun apa yang merisaukan, kewujudan pendakap gigi tiruan juga tidak kurang hebat dan turut sama mengiringi perkembangan ini. 


Antara pendakap gigi palsu yang dijual di pasaran

Pakar ortodontik merangkap Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman menerangkan dua kategori pendakap gigi palsu yang biasa didapati di pasaran. 

Pertama, ia terdiri daripada pendakap gigi jenis plastik yang dipakai sendiri secara lekap oleh pengguna mengikut kemahuan masing-masing dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.


Antara pendakap gigi palsu yang dijual di pasaran

Satu lagi kategori ialah pendakap gigi yang diperbuat daripada aloi besi bergred rendah yang tidak stabil dan mudah karat.

“Ciri fizikal pendakap gigi asli dan tiruan mungkin kelihatan serupa saja dari sisi mata kasar, tetapi gred dan kualiti aloi tahan karat yang digunakan dalam amalan pergigian diiktiraf sangat berbeza. 

“Pendakap gigi preskripsi diperbuat daripada aloi berkualiti tinggi dan stabil di dalam mulut untuk tahan karat di bawah pengaruh suhu serta asid dalam makanan. 

“Selain besi tahan karat, pendakap gigi asli juga boleh didapati dalam jenis seramik, plastik, pendakap boleh tanggal dan ‘clear aligner’ yang selamat menurut preskripsi amalan pergigian,” katanya. 

Berbeza dengan pendakap palsu, jelas Dr Aida, besi yang digunakan mudah karat sekali gus memberi kesan kepada sistem dalaman badan akibat karat yang ditelan berulang kali sama ada secara sedar atau sebaliknya meskipun dalam kuantiti yang kecil. 

Justeru, penggunaan pendakap palsu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kesan kepada kesihatan mulut serta organ utama lain dalam badan. 

“Daripada pergerakan gigi yang tidak dapat dikawal, kerosakan gusi dan gigi longgar serta luruh, sehinggalah kepada kanser mulut dan perut boleh terjadi akibat pemakaian pendakap gigi tidak asli. 

“Pelarutan elemen nikel, kromium daripada besi bergred rendah di bawah pengaruh suhu dan asid di dalam mulut mengakibatkan mukosa mulut pemakai bersentuhan sekali gus menelan elemen karsinogenik terbabit secara berterusan. 

“Keadaan ini berupaya meningkatkan risiko kanser mulut dan sistem penghadaman atau usus. Akibat pemakaian pendakap palsu ini juga, pergerakan gigi yang mendadak menyebabkan akar gigi rosak, malah terdedah pula kepada risiko gigi berlubang apabila kebersihan mulut tidak dipantau oleh doktor gigi bertauliah,” jelasnya. 

Menurut Dr Aida, individu yang disaran memakai pendakap gigi hanyalah mereka yang bermasalah gigi jarang, gigi berlapis atau rahang tidak harmoni dengan gigitan yang tidak normal. 

Oleh itu, pakar ortodontik memastikan susunan gigi kembali seimbang, harmoni dan optimum dari aspek kesihatan mulut, estetik serta fungsi untuk pengunyahan dan pertuturan selepas pendakap gigi dipakai. 

Beliau tidak menolak populariti pendakap palsu ini disebabkan faktor budaya atau tekanan rakan sebaya untuk kelihatan seolah-olah individu itu mampu memakai pendakap gigi dan diterima oleh masyarakat yang terlalu taasub dengan materialistik. 

“Harga pendakap gigi asli yang disarankan pakar ortodontik termasuk kos rawatan susulan setiap bulan selama dua hingga tiga tahun dengan bahan berkualiti tinggi iaitu dalam lingkungan RM5,000 namun bayaran boleh dibuat secara ansuran. 

“Tetapi, pendakap palsu menawarkan bayaran sekali saja. Memanglah murah, namun ia juga datang dengan risiko yang sangat tinggi,” katanya. 

Dr Aida berkata, kepercayaan juga tidak sepatutnya diletakkan kepada individu tidak bertauliah untuk memasang pendakap gigi di luar premis pergigian bertauliah. 

“Risiko individu terbabit menggunakan alatan yang tidak nyah kuman ketika memasang pendakap gigi juga boleh berlaku biarpun ia pendakap gigi asli.

“Alatan yang tidak nyah kuman akhirnya mendedahkan pemakai kepada risiko penyakit berjangkit termasuk AIDS serta hepatitis B dan C yang mempunyai kesan berpanja­ngan. 

“Malangnya, individu ini tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, malah boleh melepaskan diri begitu saja kerana tiada premis tetap. 

Semua ini harus ada dalam pertimbangan pengguna sejak awal lagi sebelum memutuskan untuk menggunakan pendakap gigi,” katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my

Artikel Menarik Yang Lain

13 ulasan

  1. Fuh, bahaya betul pendakap gigi palsu tu yer, nampak je cantik tapi berisiko tinggi...

    ReplyDelete
  2. memang bnyk pun sekarang jual pendkp gigi palsu...

    ReplyDelete
  3. JOM JOIN GA NI.RM200 MENANTI ANDA!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. Mcm2 lani...nak apa...semua ada

    ReplyDelete
  5. Dulu dulu malu nak jumpa orang kalau pakai pendakap gigi.. Sekarang jadi trend pulak... --'
    Apa apa pun, gunakanlah untuk kebaikan. Jangan sampai membahayakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. semata nak cantik kesihatan jadi taruhan adoiiiii

    ReplyDelete
  7. ada yang palsu gak uishhh menarik sangat tapi bahaya untuk si pemakai

    ReplyDelete
  8. ada pendakap gigi tiruan rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada abg long.. orang pakai kadang2 nak melawa..

      Delete
  9. dalam banyak2 rawatan gigi.. CT rasa braces paling mnyeramkan..

    ReplyDelete
  10. tak tau pon psl pendakap gigi palsu

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang