Selamat Bertukar Dari Maxis WIFI Ke TM Streamyx WIFI..Bye2 Maxis.

9:17 AM

Assalamualaikum.. Akhirnye bulan ni kami telah selamat bertukar arah… Setelah sekian lama memenda rasa dan memikirkannye… Kami suami isteri akhirnya ambik keputusan muktamat untuk BERCERAI talak 3 dengan Maxis Home Wifi. Dah hampir setahun 8 bulan juga kami pakai Maxis Home Wifi ni, dan kontrak pon lagi 4 bulan nak habis. Tapi nak buat macam mana jodoh tak panjang..Bercerai juga akhirnya..huhuhu 



Husband tengah tunggu untuk no giliran


Kenapa kami nak terminate Maxis Home Wifi kami. Ok laa sebelum ceritakan sebab musabab tu..Murni nak cerita juga laa kenapa kami pilih Maxis Home Wifi ni dulu. Firstly ,dah tentu la sebab kelajuan datanya adalah 4G/LTE. Kedua sebab nak jimat kerana hanya RM88 kami dapat 20GB dan Free Mobile Modem Wifi. Kerana ianya adalah portable modem maka kami boleh bawa kemana sahaja kami pergi. Sekiranya data di handphone kami habis kami boleh bawa Maxis Home Wifi ni kemana2 sahaja...








Tetapi dalam kebaikan ada juga keburukannya..Nak tahu ape keburukannya..tetapi Murni hanya nak bagi pendapat individu Murni sendiri sahaja..Almaklum laa lain orang lain rasanya. Ok sebelum tu Murni nak bagitahu kami ambik pakej yang RM88 ringgit sahaja sebulan. Jadi kami layak dapat data 20GB sahaja la sebulan. Ok la banyak laa juga kan 20GB tu. Tetapi..yang xbest tu adalah:



1) Data 20GB tu telah dibahagikan kepada 2 waktu.. untuk waktu 8am - 2am = 5GB sahaja. Dan untuk waktu 2am - 8am = 15GB. Nampak tak permainannya kat situ. Siang beri sikit dan awal pagi beri banyak. Memang setiap bulan kami tak dapat habiskan untuk 15GB tu kerana kami tak akan on9 pada pagi2 buta pukul 2am-8am. Cuma husband sahaja kadang2 bangun awal untuk bayar bill2 bulanan kami secara on9. Kalau harapkan Murni memang xkuasa la nak bangun pagi2 nak on9. Banyak lg kerja aku nak buat. Sembahyang Tahajud lagi bagus..kikiki. So totally setiap bulan kami hanya guna 4-5GB jer untuk Quota 2am-8am tu. Rasa macam membazir jer


2) Data siang 5GB tu pulak macam tak cukup dan selalu habis pada tengah bulan sahaja. Dan bila data HABIS mau tau laa line akan kemut2 macam siput khinzir. Nak buat ape pon tak boleh. Kalau buka FB yang keluar hanya status jer..Gambar2 jangan harap laa nak keluar. kalau keluar pon kena tunggu 20-30 minit untuk satu gambar. Last2 mood nak berFB pon kelaut laa. untuk Whatsapp & Telegram boleh. tapi kalau nak upload / download gambar pon sama.. lemmmmbab!!


3) Anak2 langsung tak boleh buka Youtube dekat diorang punya iPod. kalau diorang pijam iPad atau iPhone ibu data celullar wajib di offkan dahulu. kalau tak naya jer data akan habis dlm masa 10 hari sahaja. Jadi anak2 kami akan terkebil2 jer bila nak buka Video ke aper ker..Kesian depa..macam buta It pulak. Sebab dalam youtube pon ada juga video untuk education mereka.


Ok cukuplah rasanya 3 jer sebab musabab mengapa Murni dan husband memilih untuk terminate Maxis Home Wifi ini. Sebenarnya banyak juga kesabaran yang telah kami tanamkan dalam diri akhirnye, sampailah masanye kami  berubah arah kepada yang lain… 



Selamat Bercerai dengan Maxis WIFI




Kebetulan Raya Haji baruni kami sekeluarga pulang ke kampung di Kelantan. Dan kebetulan pulak rumah Mertua ada pakai TM Streamyx 4Mbps. Maka bukan main seronok la Alysa & Danish layari youtube dekat iPod & iPad mereka. Kami laki bini pon tumpang laa sekaki. Rasa best pulak bila data unlimited. dah la tu xpayah nak pk2 data habis ke ape. dah xpayah nak set jam bangun awal2 pagi semata2 untuk nak bayar bill2 semua. 






Lepas balik dari cuti raya haji tu husband xsenang duduk terus ajak ke TM Counter kebetulan dekat Giant ada counter Agent TM yang buka sampai kul 9 malam. Lepas pergi terus daftar tapi agent tu daftarkan yang 1mbps dulu sebab takut kalau daftar yg 4mbps takut kawasan kami tinggal tu line xbleh support. Sebab katanya ambik yg sikit dulu pastu lepas diorang check kalau boleh support sampai 4mbps kami boleh upgrade ke 4mbps secara percuma. Tetapi kalau kami ambik yang 4mbs dulu dan kemudian nak downgrade ke 1mbps kami akan dikenakan penalti.. itulah kekdahnya...Jadi nak selamat kami ambik laa yang 1mbps dulu..






Maka dalam masa 7hari bekerja (tapi dalam 3hari diorang sudah datang) pihak TM akan hantar technician mereka untuk install Streamyx Wifi kat rumah kami.. Selepas diorang check line kawasan rumah kuarters kami tu technician kata TM bolehh support kelajuan sampai 4mbps. Tetapi kami terpaksa tunggu lagi dalam 3-4 hari untuk upgrade sebab haritu husband register untuk 1mbps sahaja. Kos pemasangan dikenakan adalah RM80.00, itupun bayar masa staff TM datang pasang phone. Yang lain2 tu free, modem dan benda2 lain lagi.. Maka kami terpaksa tunggu laa lagi beberapa hari untuk upgrade ke 4mbps pulak. Jenuh bergaduh kami anak beranak kerana data 1mbps hanya support untuk sorang user sahaja..kalau ramai2 share WIFI tu line akan slow sangat.. Jenuh membebel Alysa bila download youtube tak dapat2..dasar x menyabor macam maknyer & bapaknyer juga.













Dan selepas beberapa hari sekali lagi technician TM datang kat rumah untuk upgrade data ke kelajuan 4mbps. Maka bermulalah pengalaman baru kami bersama TM Sreamyx WIFI. Harap2 tak ada la masalah..InshaAllah kalau rumah baru kami dah siap nanti dan ada support untuk unifi rasa macam nak try la juga. Jadi dengan ini sahlah kami sebagai pengguna TM Streamyx wifi dengan monthly bayaran RM148.40 dan boleh laa on9 sampai lebam kerana datanya adalah UNLIMITED. Sekian..









Artikel Menarik Yang Lain

35 ulasan

  1. Salam singgah sini murni...wahh....bestnya dapatlah on9 sepuas hati ni gayanya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..thanks sudi singgah..btul tu boleh laa on9 sampai lebam

      Delete
  2. Salam jumaat...
    wah!pengalaman akk sekeluarga lebih kurang dengan nieyl laaaa....
    Alhamdulillah...nieyl dah bermadu dengan streamyx agak lama jugak la...
    so far..okey laaa..cuma ade beberapa kali la modem nieyl meletop....itupun sebab salah sndr..keluar rumah tak cabut plak..kena petir..hihihi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..baru seminggu lebih dengan streamyx ni..so far ok laa..oo kalau kilat/petir kena cabut plug ya..thanks Nieyl

      Delete
  3. Alhamdulillah moga lebih mudah setiap urusan online ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, alhamdulillah..senang laa loni kan internet boleh digunakan untuk macam2..bayar bill, shopping..hihihi

      Delete
  4. wah..lancar berblogging lepas nih..kipidap

    ReplyDelete
  5. Welcome to the club !

    Tapi, hujung bulan tu ada jugak seput2 dia walaupun bil tak sampai lagi...

    Sabor je lah ~

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Thanks Nor Azman..takde laa hebat sangat..boleh laa..best sebab data unlimited..hihihi

      Delete
  7. Replies
    1. alhamdulillah sangat puas hati dgn streamyx

      Delete
  8. saya pun dah merajuk dengan maxis pnya BB.. tgh bulan dah limit.. hmm.. tapi tm punya komitmen kna atas rm100. ada kawan citer p1 ada yg under 100.. baru nk start cari.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul ti Pha Is..kena 100 above..tapi takpe laa asalkan boleh guna sampai lebam..tak payah dah bgn awal2 pagi semata2 nak bayar bil tepon..hihihi

      Delete
  9. lepas ni boleh online sepuas puas nye gituu,,ehheheee

    ReplyDelete
  10. boleh on9 puas2 lepas nie. data unlimited lak tu. blh tahan laju 4mbps tu ya. hehhee;D

    ReplyDelete
  11. Maxis, DG pun mcm sama..ntah lah.. yg di janji tak seprti bila dah guna.. asyik cepat habis kuota... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu atiey..sebab tu terminate Maxis ni..cari yg unlimited lagi senang

      Delete
  12. Terminated sblm hbis kontrak blh ke,bpe kena penalti..... Bknke TM Ade wat offer bulan2 rm68 free tablet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cikna..klu terminate maxis sblm kontrak tamat tu x kena penalti tp modem kena pulangkan balik pastu deposit rm240 haritu kira burn la mcm murni ni lg 4bln nak hbs kontrak kira rugi dlm rm40 je duit deposit..pasal tm rm68/1mbps tu kena mohon tunjuk payslip.pastu utk 2000 pemohon sahaja..kami mls nak tggu pastu takut payslip xlepas.hihihi

      Delete
  13. wah syok la beron9 kak murni hihihi memey steamyx terbaik hihihi

    ReplyDelete
  14. tapi ingat kalu petir or kilat cabut plag taw nti terbakar modem tu

    ReplyDelete
  15. sewaktu baca perjanjian perlu tahu perkara ini..saya pula guna celcom internet burung hantu..memang payah berjaga waktu 1 pagi hingga 7 pagi..tapi ia percuma


    Entri terbaik saya : Rahsia BESAR Lubuk Duit Terbongkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau percuma takpe laa..ni amik pakej rm88 utk 20GB..tapi pakai 5GB jer..malam tu jarang jer guna..uhuhu

      Delete
  16. Wah!! Best Kak Murni beronline..
    Tempat sha nie line x berape ok lagi.. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btul tu..cni haritu diorang kata support dampai 1mbps jer..tapi lps diorg mai check sekali lagi line boleh support sampai 4mbps..laju la juga tu

      Delete
  17. mesti laju kan.. boleh lah pinjam

    ReplyDelete
  18. amboiiiii bagusnya permainan maxis tu haaaa. nak untung ke demeeeeeeeee je. geram pulak kita

    ReplyDelete
  19. salam jgn lupa tukar modem streamyx....(linksys/dlink/asus/dll) kerana riger mudah untuk dihack password wifinye.....line slow (ada makna tu) ada yg tak minta izin guna internet tu..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang