Program Chefmanship Akademi Anjuran Unilever Food Solution (UFS)

2:52 PM

"Membantu pengendali makanan mencari penyelesaian kenaikan kos dengan menjadi usahawan pintar serta meningkatkan kebersihan dan keselamatan"



Pada 21 Nov 2015, Bertempat di Padang Kota Lama (Esplaned) Pulau Pinang, Unilever Food Solutions (UFS) dengan kerjasama Majlis Bandaran Pulau Pinang telah melancarkan Program Chefmanship Academy (CA) yang pertama di Pulau Pinang. Program ini adalah bertujuan untuk membuka jalan kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya dalam industri pemakanan.


Melalui Program Chefmanship mengandungi pelbagai ilmu diajar kepada pengendali makanan bagi memupuk amalan yang betul dalam industri makanan. Selain itu CA ini adalah salah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan lagi kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih bain dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.


Menurut Pengarah Urusan UFS Malaysia Mr Matt Wilke berkata: "Bagi kami, CA merupakan sebahagian dari Pelan Kehidupan Lestari Unileverdengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat penjagaan kebersihan di Malaysia." "Matlamat kami bertumpu kepada menjalinkan kerjasama dengan pengendali makanan di Malaysia dan di seluruh negara untuk menangani kejadian mendadak dalam kes demam kepialu, leptosporosis (pencemaran kencing tikus), cirit birit dan keracunan makanan."





UFS sudah terlibat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPS), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan terkini dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Sejak dilancarkan pada tahun 2013 dengan penglibatan hanya 400 pengendali makanan pada permulaannya kini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih 43,000 pengendali makanan setakat ini dalam sesi Chefmanship Akademi.


Menurut En. Wilke lagi:UFS Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkuasa Kerajaan serta organisasi sektor swasta agar membolehkan pengendali makanan untuk meningkatkan teknik mereka dengan pendekatan baru. Mereka akan memperolehi pemahaman lebih terperinci supaya meningkatkan pengendalian makanan dan menjimatkan masa, serta beroperasi secara berprestasi dalam menghadapi cabaran pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.


Para pengendali makanan juga akan menyedari perkembangan terkini dalam industri dan memahami peraturan oleh PBT dengan lebih terperinci. CA menggabungkan pendekatan dunia sebenar dengan penyelidikan industri untuk menawarkan satu pengalaman terbaik dalam pembelajaran yang merangkumi lebih dari 100 topik termasuk pengendalian makanan yang betul, meningkatkan kemahiran memasak dan memupuk kepintaran perniagaan.


UFS menghulurkan bantuan dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia tidak terjejas oleh masalah kesihatan apabila mereka makan di luar. Kami ingin menekan supaya pengendali makanan sedar bahawa keselesaan atau keuntungan tidak harus dijadikan alasan untuk berkompromi dengan kebersihan makanan,” En Wilke berkata.


Sebagai salah satu perniagaan perkhidmatan makanan utama dunia, UFS membantu dan bekerjasama rapat dengan tukang masak, pemilik perniagaan dan pengendali makanan dalam memberi kepuasan kepada tetamu mereka melalui makanan yang memberi inspirasi, rasa makanan yang enak serta menyihatkan dan berkhasiat. Kesemua ini memupuk keyakinan pelanggan untuk kembali semula.




Program Chefmanship Akademi di Pulau Pinang




Bersama Farah MS



Booth UFS


Dan sempena Sambutan Hari Penjaja & Komuniti Peniaga 2015, pihak UFS telah membuka satu booth untuk memperkenalkan Program Chefmanship Akademi dan juga rangkaian produk Unilever Food Solutions (UFS). Dan UFS juga telah menjemput team blogger utara untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Pelbagai aktiviti telah di atur sepanjang program ini. Antaranya food sampling, demo masakan dan juga jualan produk. Jom kita tengok ape lagi yang menarik dengan Program Chefmanship Akedemi ini..



Chef Yang Ibrahim dari UFS



Ada juga taklimat ringkas tentang cara penyediaan makanan, cara penyimpanan makanan dan juga cara pengiraan costing makanan untuk dijual. Taklimat ini telah diberikan oleh Chef Yang Ibrahim selaku Pembantu Chef Unilever Foods Solution pada hari itu. Sebagai Pembantu Chef di Unilever, tugas Chef Yang Ibrahim termasuk menyediakan kepakaran beliau dalam bidang HoReCa, latihan dapur, demonstrasi memasak menerusi pelbagai applikasi, analisa menu dan perbandingan kos. Beliau juga bekerjasama dengan bahagian pemasaran bagi sebarang pelancaran produk baru atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk orang umum. 



Formula Pengiraan Kos Makanan Jualan









Yang menarik pada hari tu satu demo masakan dengan menggunakan produk Unilever Food Solutions telah diadakan oleh Pembantu Chef Unilever, Chef Yang Ibrahim telah menunjukkan cara memasak ayam masak kicap dengan menggunakan rangkaian produk UFS seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap. Dan haritu salah seorang wakil dari team blogger utara juga telah dijemput oleh Chef Yang Ibrahim untuk melakukan demo masakan. Apa lagi Chef Sha pon menunjukkan skill memasaknya. Sekejap sahaja sudah siap Ayam Masak Kicap Knorr. Memang sedapp!!




Rangkaian Produk masakan dari UFS yang wajib ada didapor anda



Amboi Chef Sha dengan skill menumisnya



Dah siap Ayam Masak Kicap 



Ada gaya macam menang Masterchef tu..hihihihi




Kami pon nak tumpang glamer gak..hihihi



Pengunjung yang berkunjung ke booth UFS pada haritu juga berpeluang untuk merasai sendiri keenakan makanan yang dimasak dengan  menggunakan produk UFS. Apa yang menarik tentang produk-produk UFS ini ialah lebih penjmatan dan lebih lazat kerana diperbuat daripada bahan-bahan sebenar yang menaikkan keenakan asli sajian tanpa bebanan kos. Produk yang berkualiti ini dapat menjimatkan masa kerana hidangan lazat ini disediakan dalam beberapa minit. Ia juga lebih bersih dan kurang risiko pencemaran. Kualiti dan kebersihan yang konsisten dan membantu untuk lebih penjimatan, dari kos bahan mentah serta pengurusan dapur yang lebih cekap.



Sessi Food testing..muka ada senyum tu sedap laa tu


Food Sampling























Jualan Murah Product UFS











Planta Marjerin Chef merupakan produk sapuan dan lemak masakan. Mempunyai 9 vitamin, bukan sahaja sesuai membakar dan sapuan, ia juga sedap dijadikan masakan seperti nasi planta. 




Knorr Pasti Sedap (penambah perasa semua dalam satu) dibuat dengan campuran bawang putih, bawang merah dan lada putih yang menambah rasa yang seimbang dan aroma untuk semua hidangan anda. Sempurna untuk digunakan dalam tumis, sup atau perapan.




Diformulasi khas untuk Chef oleh Chef. Perasa serbaguna yang menyegarkan, sesuai untuk pelbagai aplikasi makanan atau minuman. UFS juga memperkenalkan Serbuk Limau Nipis Knorr serbaguna. Serbuk Limau Nipis Knorr bukan sahaja untuk minuman tetapi juga masakan. Menggunakan produk ini untuk perniagaan dapat menjimatkan kos, sedap dan mudah.


Kentang Putar Knorr diperbuat daripada kentang dari Jerman, untuk sajian kentang putar yang enak dalam masa hanya 5 minit. Tanpa tambahan susu atau perisa, ia boleh disesuaikan dengan sempurna mengikut citarasa individu.



SESSI BERGAMBAR  TEAM BLOGGER UTARA BERSAMA KREW UFS






















Jutaan terima kasih kepada Mr. Thong, Mr. Raymond dan Ms Angeline dari Integrated Public Relations kerana menjemput team blogger utara ke Program Chefmanship Akademi. Setinggi penghargaan juga untuk team UFS atas layanan yang terbaik. Semoga berjumpa lagi.






Artikel Menarik Yang Lain

16 ulasan

  1. dah lama tak pergi esplanade...hi...

    ReplyDelete
  2. meriahnya.. mesti banyak kumpul resepi kat sana kan....

    ReplyDelete
  3. memang riuh famili #bu
    tahniah and kipidap

    ReplyDelete
  4. riuh kita bila sesekali berkumpul macam nih..

    ReplyDelete
  5. Program sebegini mendekatkan kita dengan jenama UFS

    ReplyDelete
  6. selama ni ada gak guna knorr semua tu.. tapi tatau pun under sapa kekeke..

    ReplyDelete
  7. dapat makan free, mesti la best...

    ReplyDelete
  8. bagus program seumpama ini...dengan matlamat mengajar erti menjaga kebersihan dalam persediaan makanan. terbaik...

    ReplyDelete
  9. terbaik #bloggerutaraofficial

    ReplyDelete
  10. Part food sampling tu memang ohsem..
    Baru boleh tau sedap ke idak ye x..
    hehehe

    ReplyDelete
  11. Klau xda program camni xtau byk produk ufs

    ReplyDelete
  12. Ekin kat rumah guna pasti sedap jah nmplknya beli yang lain gak ni

    ReplyDelete
  13. Assalam murni,
    meriah keeennn time tu

    Pssttt : muka iols fokus bebenor time masak he3

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang