Bercuti di Langkawi Part 3 ( Langkawi Cable Car )

1:47 PM



Assalamualaikum...


Apa khabar semua.. Kalau datang ke Pulau Langkawi rasa tak lengkap kalau tak menaiki Kereta Kabel Langkawi. Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.(sumber Wikipedia)






Oriental Village Entrance

Sebenarnya 6 tahun lepas Murni pernah berkunjung kesini. Tapi masa tu tengah mengandungkan Alysa 6 bulan dan Danish blom ada lagi. Jadi kedatangan kali ini lagi bermakna kerana dapat bawa mereka berdua. Sebenarnya Kereta Kabel Langkawi ini terletak dalam kawasan Oriental Village Langkawi Geopark. 6 tahun lepas Murni rasa biasa2 sahaja tapi kali ini dah berubah. Dah ada Sky Dome, 3D Art Museum dan juga 6D Cinemotion. Sangat2 menarik.












Memang seronok TETAPI apabila sampai saje dekat kaunter tiket kami terkejut sebab begitu ramai orang dekat kaunter tiket Skycab ini. Mungkin sebab loni musim cuti sekolah. Kami beli tiket dalam pukul 11.15pagi tapi masa untuk masuk beratur untuk menaiki kereta kabel tu pukul 1.30ptg. Dah alang2 datang kami tunggu jer laa. Boleh laa kami ronda2 dalam Oriental village ini. Harga tiket seperti dalam gambar. Murni ambil SkyCab + SkyDome jer. Untuk warganegara Malaysia sila tunjukkan MyKad  nanti boleh dapat DISCOUNT untuk tiket.



ramainya



harga tiket

masa untuk beratur

Sementara menunggu sampai pukul 1.30ptg kami ronda2 laa dulu dalam Oriental Village ini. Banyak tempat2 menarik dan cantik. Bagi yang suka selfie macam kami ini sangat sesuai. Dalam Tapak Oriental Village ini juga terdapat 30 rumah mengikut kebudayaan dunia. Antaranya rumah gaya Jepun di mana pengunjung akan dilayan oleh pelayan berpakaian kimono, makan atas meja Jepun, sushi, sake dan lain-lain makanan. Panorama dibina bagi melahirkan rasa santai seakan-akan bersama geisya di kaki Gunung Fuji. Di hadapannya ada tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung di Jepun.





Danish & Alysa beri makan ikan

Jom bagi makan ikan dulu

seronok diorang 























main bumper car pulak








Setelah puas menunggu tepat pukul 1.30 kami pon pergi la beratur sekali lagi. makan masa dekat 45 minit pulak kat situ. Tapi sebelum tu kami masuk ke dalam SkyDome dulu. Dalam 10 minit jer. Selepas itu baru pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan. Tapi kami anak beranak steady jer. Duk kalut selfie tak habis2.



















Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.






makan aiskrim dulu

beratur lagi

Selepas menikmati aiskrim kami terpaksa beratur dalam 30 minit lagi untuk menyambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk ke puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Disini pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.

"Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland."






Ok kami dah berada di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini. Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.






















 Mesti korang tertanya2 mana gambor SkyBridge. Masa kami pergi tu SkyGlide yg macam lift kaca dah beroperasi. Jadi kalau kita nak ke SkyBridge dah tak payah nak mendaki anak tangga yg turun naik tu. TETAPI SkyGlide ni kena bayar RM15/Person. Dah ler kena bayar pastu nak beratur pon panjang. Danish & Alysa pon dah penat. Lagipon Murni dan Husband pernah pergi SkyBridge tu dulu. Dulu kena mendaki turun naik bukit. Memang azab dengan mengandung Alysa 6 bulan. Jadi kami ambik keputusan untuk balik jer..penat dah..bukan penat aper penat menunggu. Ok laa setakat ini dulu cerita bercuti di Langkawi. 













Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. org ramai kami tak naik pun hahahaha

    ReplyDelete
  2. ye la... bukit bendera kat penang ni pun kena tunjuk ic sebelum beli tiket walaupun saya cakap pineng pure dengan penjaga kaunter...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Assalam uols,
      ahkak pi tak naek pun he3
      ater hubby ni semedang xkoser nak bertaor hoooiiiii
      sob3

      psstt : sebenornya hubby n boboboy ni penggayat orangnya :P

      Delete
  4. Assalam murni,
    tu diaaaaaaaaaaaaa bertingkek2 gambor wefie he3

    ReplyDelete
  5. Wow gambar penuh molek hihjhi jelly tak dapat p lg

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bercuti... Kalau Sha memang x naiklah cable car tu.. Tengok je dari bawah... penakut ngn gayat..

    ReplyDelete
  7. da ada memacam sekarang...

    tak payah naik tangga dah ? ada lift.. syok laaa... tapi jalan lagi seronok... feel lain macam sikit.. heee

    ReplyDelete
  8. rasanya diorang mmg patut upgrade mcm2 kat situ sbb org yg tunggu lama tu bleh p buat benda lain dlu kan..

    ReplyDelete
  9. cable car dh upgrade skrg ada macam2.. hehehe
    tak boleh blah main dgn arnab.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang