Beri Anak Makan Ubat Cacing Setiap 6bulan!

1:47 PM


Assalamualaikum..Murni nak tanya laa kepada ibu2 ksemua??? Betul ke kalau anak suka tidor tonggek...ada CACING? Hehehe..Begitulah yang terjadi kepada Danish. Tiba2 minggu lepas dia tidor tonggek. Bila tanya mak dekat kampung dia kata kena cacing kot..





Tapi memang betul last sekali Murni bagi ubat cacing kat Danish masa umur dia 2tahun. Tahun depan umur dia dah 4tahun. Ya Allah dah skip 2tahun tu. Kalau menurut doktor pon kena bagi ubat cacing setiap 6bulan. Dan kebetulan pulak loni selera makan Danish pon dah berkurang. Dan 'poo poo' dia pon tersangat bus*k..huhuhu. Jadi tanpa berlengah lagi Murni minta abahnya bawa balik ubat cacing dari Klinik Kesihatan. Alhamdulillah sekali teguk semua ubat tu masuk perut Danish. Harap2 mati semua laa kalau ada cacing dalam perutnyer..InshaAllah..Aamiiin!


Ubat Cacing




info tentang cacing:
  • Jangkitan cacing berlaku darapada pencemaran tanah yang tercemar dgn telur cacing. Telur ini mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dalam usus anda.
  • Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia...kanak2 atau anda yg dewasa yang rendah immune & kebersihan tak dijaga.
  • Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas umur anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula kepada cacing & cacing kehilangan tenaga & MATI
  • Cacing bukan berada dalam usus saja. Tetapi boleh merayap ke - mata, hati, paru-paru, gallbladder & salur darah.
  • Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..



Bismillah hirrahman nirrahim!



macam sedap pulak




Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
  • Keluar cacing dari lubang najis, atau nampak cacing pada najis.
  • Gatal  dubur.
  • Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia - kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.
  • Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan wlpun selera makan ada
  • Menggisir gigi ketika tidur malam.
  • Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru2.





Cara-cara elak jangkitan cacing:
  • Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan.
  • Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
  • Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.
  • Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.
  • Makan ubat cacing setiap 6 bulan.



Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !




Kesan sampingan infeksi cacing:
  • Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah x henti. Perut kembung. Operate buangkan cacing tu.
  • Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah. 
  • Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum  boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
  • Ada cacing hisap darah kita macam dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia boleh ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.




Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak  cacing ni!!




Petua Tok nek kata: 
  • Jangan mkn kelapa..nanti cacing dalam perut. 
Nak bunuh cacing :
  • Makan buah tomato mentah atau
  • Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
  • Minum air kelapa. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
  • Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. 







Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. kalau orang dewasa pun boleh makan ke kak ? ke khas untuk kids saja..

    ReplyDelete
  2. Danish senang makan ubat.. senang lah camtu...

    ReplyDelete
  3. Kena eh kak Murni.. Huhuhu.. Sha x pernah la pulak bagi.. Nak kena bagi la gak nie..

    ReplyDelete
  4. Assalam murni,
    laaaaaaaa
    setiap 6bulan ka kena mkn???
    ritu iols tanya doktor dia kata tak payah sekali makan sudah
    kecuali kita duduk kg la
    punggaaaaaahhhhhh

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang