Review // Perasmian Pembukaan MBO Cinemas di Central Square, Sg Petani

3:50 PM

Assalamualaikum...


Apa khabar semua..Alhamdulillah pada 26 Disember 2015 secara rasminya MBO Cinemas telah membuka satu lagi cawangannya di Kompleks Central Square Sungai Petani Kedah. Ini merupakan Cawangan yang ke-26 MBO Cinemas. Sehingga kini MBO Cinemas menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara. Dan sekali lagi kami Team Projek Blogger Utara bertuah kerana telah dijemput sebaga wakil media pada hari Perasmian MBO Cinemas Central Square Sg. Petani ini. Selain itu artis jemputan yang sangat best iaitu Juara Maharaja Lawak 2014 iaitu Kumpulan ZERO. Jom ikut Murni kita tengok ape yang menarik kat MBO Cinemas ini... 



MBO Cinemas Sg. Petani, Kedah

En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan) bersama Kumpulan Zero


Team Projek Blogger Utara bersama Kumpulan Zero



MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani


Kompleks Central Square, Sg. Petani

MBO Cinemas, Central Square menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang. 



Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :
  • merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  • menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
  • menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
  • selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
  • merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
  • tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  • harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
  • menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama


bahagian ticket MBO Cinemas Central Square

bahagian concessions MBO Cinemas Central Square

ruang menunggu di bahagian dalam MBO Cinemas Central Square

Dewan pawagam yang besar



Sidang Media

Sebelum majlis perasmian Team Projek Blogger Utara dan tetamu jemputan telah disambut oleh En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan alu-aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. Sesi ini adalah sesi khas untuk wakil media & tetamu jemputan sajer.. Tapi malang sekali Murni sampai lambat jadi terlepas sesi tersebut..huhuhu


En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas)


Jelesnyerrrrr!!!!





Majlis Perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani


Walaupon terlepas sesi media tu tapi Murni sempat sampai sebelum acara perasmian bermula. Perkenalkan ini adalah En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas). Dan Menurut En. Cheah Chun Wai:





"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim. Kami ingin memberikan pengalaman terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara." 





Acara memotong riben sebagai simbolik perasmian MBO



Selepas acara perasmian kami semua dihidangkan dengan satu persembahan yang menarik dari kumpulan Zero (bekas pemenang Maharajalawak 2014) memang tak kering gusi laa kami pada petang itu. Pengungjung dan staff MBO turut serta memeriahkan pentas. Memang best sangat..hehehe



















Para pengunjung juga bertuah kerana ada yang telah memenangi telefon bimbit Vivo, jam tangan Ice, item premium MBO Cinemas dan kupon percuma MBO Cinemas dengan menunjukkan kad AllStar atau menyertai keahlian secara serta merta. Dan kami Team Projek Blogger Utara juga telah mendapat voucher sumbangan MBO Cinemas..Alhamdulillah..



ramai yang mendaftar ahli mendaftar sebagai ahli MBO Starclub secara percuma.

15pcs Gift Voucher


Sebelum bersurai seperti biasa kami mesti wefie dulu..hihihi. Murni juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak MBO Cinemas, Mr. Cheah Chun Wai (Director of Marketing & Sales MBO Cinemas), Mr Thong & Ms Angeline dari Integrated Public Relations (IPR)) kerana menjemput Team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.













MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah


Untuk tawaran yang lebih menarik & maklumat lanjut,
sila layari www.mbocinemas.com





Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. event terakhir...babai 2015 dalam kenangan
    good job uols!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam uols,
      kita team Projek Blogger Utara dah tak sabor nak tunggu tahun 2016 untuk projek yang lebih meriah gitew keeennn uols :)

      Delete
  2. Bestnya dapat bersama2 geng blogger mcm ni . dapat eratkan ukhwah bila adakan xtvt bersama mcm ni

    ReplyDelete
  3. bagus juga idea jemput team blogger dalam majlis perasmian ya...

    MBO cinema tak tayang Ip Man 3 ke?

    ReplyDelete
  4. Assalam murni,
    jom kita back to back movie watchin this weekend he3
    ater voucher tu keeeeen bertingkek2 gitew he3

    ReplyDelete
  5. Pawagam yang ohsem.. Sha pernah masuk yang kat Teluk Intan..

    ReplyDelete
  6. habis dh guna 4 tiket.. fuhhh expired date hujung bulan ni mok cik

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang