Review PG Gold Museum Penang (Pengalaman berharga bersama EMAS)

7:04 PM

Assalamualaikum..Kali ni Murni nak perkenalkan satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang ni. Sebenarnya di Pulau Pinang ni terdapat banyak tempat2 yang menarik. Dan masih banyak juga yang belom sempat Murni terokai. Tempat menarik kali ini adalah PG Gold Museum Penang. Dah namanya pon Gold Museum mestilah semua berkenaan dengan EMAS jer yang ada dekat sini..kan kan kan!  


PG Gold Penang


Di PG Gold Museum Penang ni pengunjung akan merasai sendiri pengalaman seolah2 berada dalam gua harta karun iaitu dikelililingi oleh emas perak dan permata sepanjang berada dalam Museum ini. Terdapat juga info2 dan perkongsian ilmu tentang emas ditampal di dinding2 museum ini. Selain itu terdapat juga pameran barangan yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga terdapat mural 3D. Dan yang paling menarik adalah pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memegang emas tulen seberat 50KG, pengalaman melombong emas dan demonstrasi pembentukan jongkong perak. Dan ada satu sudut juga disediakan satu tempat untuk membuat "GoldWish". Tapi kita orang Islam mana boleh buat wish gitu kann..Hehehehe 


Aktiviti mendulang emas



Gold Wish



PG Gold Museum Penang ini telah dibuka pada 1 Mei 2015 yang lalu dan PG Gold Museum merupakan satu-satunya muzium emas di Malaysia. beralamat di 95, Lebuh Bishop, Pulau Pinang. PG Gold Museum Penang ini dibuka setiap hari termasuk pada hari Cuti Umum. PG Gold Museum Penang ini merupakan satu inisiatif Public Gold untuk memberi satu pengalaman dan ilmu tentang emas kepada pengunjung. Jom kita masuk kedalam PG Gold Museum Penang sekarang... 
  


Public Gold


Tiket Dewasa

sudut cenderahati


Ok mula-mula memasuki ruang legar PG Gold Museum Penang ni kita akan jumpa satu sudut disebelah kanan dimana banyak terdapat koleksi pameran/jualan emas seperti Gold Bar dan Syiling Emas (Dinar). Juga terdapat jualan cenderahati dapat dibeli di ruang legar tersebut. Untuk dijadi kenang-kenangan. dan kalau ada budget lebih boleh laa sambar seketul dua emas kat situ..Nammpakk tak husband Murni dok buat kira-kira tu.."ada pitis ker tu abang??"..hehehehe



sambil tengok emas sambil buat kira2..amboii


ada gaya tak jadi model GOLD??


Syiling Emas Dinar juga boleh dibeli


Gold Bar juga boleh dibeli


Koleksi Silver juga dijual


Royal Collection masa pertabalan Agong


Replika Fine Gold 999.9 


Ok selepas membeli tiket kami ditemani Tour Guide dibawa masuk ke dalam Gua EMAS..hahaha korang mesti terkejut. Sebenarnya ini adalah gua lombong emas tiruan ja. Bukan gua emas Ahmad Albab tu. Tapi bila masuk dalam tu kita seolah2 berada dalam lombong emas yang betul. di kiri kanan terdapat bongkah2 emas dan juga mural 3D. Kalau kawan-kawan yang pandai selpie tu memang syok laa..hihihi



tour guide kami tak jemu memberi penerangan


Mural 3D Picture


bukan main eksyen anak ibu


Kalau betul kan best!!


Gaya dah ada tuu


Aksi kami sekeluarga


Menurut tour guide kami, di kawasan Asia Tenggara, emas paling banyak boleh didapati di Indonesia. Dan Indonesia juga menghasilkan emas dengan kualiti yang terbaik dan sebab itulah harga emas lagi murah di Indonesia. Serius Murni blom tahu sebelum ini. Hihihi. Sejak tahun 2013 terdapat 8 negara yang menghasilkan emas terbaik di Asia Tenggara. Dan salah satunya adalah negara kita iaitu Malaysia.














Sekarang kita sampai dekat satu sudut pameran koleksi barang kemas perhiasan serta syiling emas/perak yang pernah ditempah oleh pelangan PG Gold Penang. Memang bling2 semuanya. Naik juling mata ini..hihihihi. Yang buat Murni tambah teruja, ada juga koleksi yang pernah ditempah oleh tempat Murni kerja iaitu Hospital Lam Wah Ee iaitu hadiah bebentuk syiling emas untuk 10,20 & 30 Years Service Award. Tapi tu laa 10 tahun tuu..Entahkan sampai entahkan tidak..hehehe



Koleksi Aksesori Wanita














Lam Wah Ee Service Year Reward






Dan satu lagi tempat yang sangat menarik dan memang tak boleh dilepaskan adalah anda diberi peluang mendulang emas secara manual menggunakan kuali. Tak sangka Murni cukup bertuah hari itu kerana husband telah berjaya mendapatkan beberapa butir emas mentah. Dan yang bertuahnya emas2 itu kami boleh bawa balik. Tetapi rasanya emas ini tak boleh dijual kerana ianya hanya disalut pada pasir.  Tapi takpe laa sekurang2nya boleh dibawa pulang untuk cendera hati. 


Gambar

ada gaya dah suamiku


nampak shinning


dapat seketul





nampakkk


dapat 4 ketul jaa









Akhir sekali kami diberikan demostrasi cara pembuatan emas dan perak. Untuk pengetahuan semua, emas adalah elemen yang sangat padat tapi sebenarnya sangat lembut sehinggakan kalau kita gigit sekalipun boleh tinggalkan kesan. Sebab itulah yang senang dibentuk untuk dijadikan perhiasan wanita. Emas juga adalah konduktor haba dan elektrik yang bagus.



tempat untuk melebur emas


tour guide memberi penerangan 


pekerja sedang memproses perak


dah siap dalam masa 5 minit sahaja


Sebelum balik aktiviti kegemaran Murni sekeluarga serta bersama blogger yang lain adalah bergambar beramai-ramai. Ribuan terima kasih Murni ucapkan kepada pihak PG Gold Museum Penang kerana sudi menjemput kami untuk merasai sendiri pengalaman bersama emas2 yang berharga jutaan ringgit ini. Memang tak tercapai akal Murni untuk memilikinya..hihihihi. Terima kasih banyak2 Public Gold Penang!!!



Good Bye

Bersama blogger lain














Lokasi PG Gold Museum:


 PG GOLD MUSEUM
95, Lebuh Bishop,
10200 Penang

Tel : +604-2619999
Whatsapp : +6012-4408916


IG : #pggoldmuseum


Waktu operasi:

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang


Tiket:

Dewasa - RM28

Kanak-kanak (7-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM15

Kanak-kanak bawah 7 tahun - percuma

atau boleh hubungi Ms.Denise-012-4408916 untuk pertanyaan atau group tour arrangement






Artikel Menarik Yang Lain

13 ulasan

  1. Wahh bestnya.. tringin p tmpt.mcm ni. Hahaha.

    Mcm pnh tgk tour guide tu.. farzanakah namanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best boleh cuba dtg nanti.. Ya betul tour guide kami tu nama Farzana..kenai ka??

      Delete
  2. sedih dapat seketoi jaa.. tapi part mendulang tu paling ohsem..

    ReplyDelete
  3. Jeles part melombong tu... huk2

    ReplyDelete
  4. Jeles tengok.. Danish sokmo gambar paling kut lain. Pahtu xleh tinggal patung ultraman tu

    ReplyDelete
  5. nasib baik ibu_suri tak tahu ada museum macam ni....

    ReplyDelete
  6. Assalam murni,
    fun education betoi PG museumni kan3

    Psstt : bepinor2 mata iols bila tang gambor emaih2 itu hooiiii

    ReplyDelete
  7. WAJIB PERGI FEEL THE EXPERIENCE

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang