Bercuti di Langkawi Part Akhir (Happy 7th Anniversary)

6:42 PM



Assalamualaikum...

Percutian 4 hari 3 malam kami di Pulau Langkawi yang indah ini dah nak sampai ke penghujungnya. Dan kami akhiri dengan makan malam pada 11 Disember 2015. Sempena 7 tahun usia perkahwinan kami berdua. Walaupon takde candle light dinner tapi ianya sangat berharga..Semoga Jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah..Aamiiin!



7th Anniversary Dinner


Telaga Seafood Restaurant, Langkawi


Seawal kul 6 petang lagi kami dah keluar konon2 nak cari tempat makan yang best dan murah (budget ciput kekdahnya). Lagipon dah lama teringin nak makan ketam. Kawan-kawan suggest makan kat Restoran Nelayan. Alhamdulillah kami dapat jumpa cari tempat tu. Tapi kesiannya masa kami sampai udang ketam semua takda. (Belum sampai atau pembekal tak hantar bergantung pada keadaan). Ikan dan siput banyak. Memang ikan dan siput sangat2 fresh dan murah..Tapi sebab teringin nak makan ketam kami tak jadi makan kat situ..tapi lain kali InshaAllah akan datang makan kat sini lagi


Medan Selera Nelayan, Langkawi


Depan Medan Selera Nelayan




ikan semua segar2 (mata biru tu)





Husband cadangkan kami ke Pantai Chenang kerana kat sana banyak restoran menghidangkan seafood. Alhamdulillah kami sampai di Telaga Seafood Restaurant di Pantai Chenang. Maka jumpa la Cik Tam & Cik Udang..hehehehe
















Besar juga restoran ni. Ada ikan hidup juga. Tapi kami pilih ikan yang dah mati..hehehe









pilih jangan tak pilih


ketam 2 ekor ja


Udang Harimau pon 2 ekoq ja


timbang udang



timbang ketam bunga


timbang ikan kerapu


tunggu depa masak


sambil tunggu hidangan siap selepie laa dulu..









Layan anak-anak dulu..











Alhamdulillah hidangan makan malam kami dah sampai. Ikan Kerapu stim dengan limau & cili. Udang masak masam manis dan Ketam masak bercili. 3 hidangan lauk ja.. 



3 lauk ja






udang masak masam manis





ketam bercili





     
Ikan Kerapu Stim bersama Limau dan Cili
















Memang puas hati makan lauk diaorang masak sedap. Kena laa dengan selera kami dan perut pon tengah lapar. Total charges kami kena RM128.80. Lepas balik rumah baru perasan kenapa kerapu tu lain harga dengan masa timbang. Padahal dia cakap tu harga sekalli masak. Masa timbang harga RM36 ja..tapi bil Rm45..mmm takpe laa halal jer laa..dah selamat masuk perut dah pon..hahahha





Lepas makan saja ronda ronda Pekan Kuah. Tiba2 husband tanya awak tak nak hadiah ANNIVERSARY ke?? Laju jer jawabnya.. mesti laa NAK!!!. hahahaha. Tapi...ada tapinya plok..Abang hanya nak belikan pingan mangkuk ja..dah alang mai Langkawi abang kata dia boleh beli CORELLE je laa.. Ape lagi terima je laa...hehehe. maka bertambahlah koleksi Corelle ku. dah ada 3 set dah..Cukup laa bekalan untuk masuk rumah baru nanti..InshaAllah..






Bunga Sakura pilihan si-dia


Terobek sikit gambar kenangan masa hari akad nikah 11.12.2008 (Khamis)














Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-7 
-Murniwati & Mohd Neerush-
Semoga Allah memberkati Jodoh kami berdua..Aamiiin!!




Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. happy 7thn Anniversary semoga berkekalan kakak dan abang

    ReplyDelete
  2. happy anniversary ! sedapppnyaaa makanannnnn tuhh..

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun perkahwinan murni. Moga rumah tangga murni diberkati Allah sepanjang masa. Bestnya ke Langkawi. Last saya ke sana tahun 2011

    ReplyDelete
  4. uiii kotam udang tu mmg meruntun jiwa tgk
    untunglah abe belikan corelle..hehe

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. manis melecaih... semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan dalam segala hal... aminnn...

    Elok2 ikan dia.. geram tengok.. lepas dah masak, terasa lapaq pulak tengok... adeh ! jom lunch !

    ReplyDelete
  6. Happy 7th anniversary akak Murni ^-^
    Bestnya bercuti kat Langkawi...

    ReplyDelete
  7. Wah.. Bestnya seafood2 dia...
    Selamat ulang tahun kak..
    Sha doakan semoga bahgia hingga ke Jannah... Aamiin..

    ReplyDelete
  8. sedap !! rasa mcm penah makan kt sini tp thn 2007 hahaha
    semoga bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  9. hepy anibeseri both of u (walau dah back dated khikhikih) sedapnyaaaa tengok. taun ni insyaAllah kalau ada bajet lebih2 nak jugak la sambut anibeseri dekat luar sana nun kannn hihihihi

    ReplyDelete
  10. ~ PROMOSI CUTI SEKOLAH PAKEJ KE MEDAN INDONESIA MURAH ~
    bagi sesiapa yang berminat ingin ke medan sila call/whatsapp : 0132349961
    PROMOSI CUTI SEKOLAH!
    PAKEJ PERCUTIAN BAJET KE MEDAN 3 HARI 2 MALAM (ALL IN)
    ANDA AKAN MENIKMATI
    1. Keindahan destinasi pelancongan di Medan seperti Lake Toba, Brastagi, Pulau Samosir, Air Terjun Sipiso Sipiso, Melawat Istana Maimon dan Masjid Raya dan banyak lagi.
    2. Tiket flight return (Air Asia) dengan insuran.
    3. Penginapan di Hotel bertaraf 3
    bintang berserta sarapan.
    4. Sarapan, makan tengahari dan makan malam
    5. Perkhidmatan bas, van, feri dan tour guide adalah termasuk
    *yang dah ada ticket tapi tak nak pening kepala pikir bas, makan, hotel pun boleh ya!
    terima kasih

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang