Mandi-manda di Setia Spice Aquatic Centre (PISA Penang)

6:33 PM

Assalamualaikum..

19 Dec 2015 baruni Setia Spice Aquatic Centre (dulu dikenali sbg PISA Penang) telah membuka satu "Children's Water Theme Park" yang baru. Kami tak tahu pulak hari tu dapat masuk FREE. Dah tahu pon waktu petang dah Lepas balik dari review Pembukaan Rasmi Butik Malvita Penang dan juga Review Restoran Mutiara Bonda Kari Kepala Ikan di Seberang Pulau. Dan melalui kawan2 FB yang pergi diorang bagitahu tiket masuk mulai esok sampai 31 Disember 2015 hanya RM2/seorang. Maka husband cakap kita p mggu depan jer la. Kalau sorang RM2 sahaja maka kami ber-4 baru RM8. Jimat lagi kann!!











Jadi hari Jumaat (Cuti Krismas) dalam pukul 11.30pagi kami dah sampai di Setia Spice Aquatic Centre ni..dan alangkah terkejutnya bila sampai tempat tu dah tutup kerana orang penuh. Orang yang masih beratur pon dah sampai ke luar jalan. Punya laa ramai..kesian kat budak2 dah siap bawa pelampong itik pon ada. Yang menangis pon ada sebab tak dapat masuk..hihihihi. Diorang kata boleh datang lagi pukul 2ptg. Jadi kami ambik keputusan balik jer laa..malas la nak menunggu..lain kali jer laa kami datang lagi dan datang awal pagi gitu..hehehe. 








Jadi hari Ahad pulak kami datang..pukul 8.45pagi kami dah sampai dan terus beli tiket. Syukur orang masih tak ramai. Tapi Water Theme Park tu buka dalam kul 10. Loni diorang tengah bersihkan kolam tersebut..Tapi kami dibenarkan masuk dulu kedalam dan kami boleh mandi dekat kolam renang besar yang lama tu. kat situ pon best juga. tapi oleh kerana Murni tak pandai berenang just main2 air jer la..hihihihi




kaunter tiket


Diingatkan kadang2 mereka check dulu samada kita bawa baju mandi ke tidak..hehehe












Kami sewa loker satu rm2 (deposit rm20)


Ada sebuah Cafe dekat depan..Boleh laa makan dan minum disini



Alysa & Danish dah ready


Kami dah ready nak berenang


Mula2 kami mandi kat kolam renang yangbesar tu dulu. Tepat2 pukul 10 diorang buka jer Water Theme Park tu terus serbu..Memang ramai sangat orang..tapi takpe la asalkan anak2 hepi. hehehe






















Amboi Alysa buat aksi kepala turun dulu





Lama la juga kami berendam..pukul 12 tghari baru kami balik. InshaAllah lepas ni nak mai mandi2 lagi..kolam renang besar tu sangat best..Kat sini facilities semua ok. Wash Room & Bilik Persalinan sangat selesa dan bersih. Shower Room pon luas dan besar siap ada sabun dan water heater lagi. Ada Surau juga. Dan yang penting sangat dekat dengan rumah kami..hehehehe. Bagi yang kali pertama nak datang ini alamatnya: 


Setia Spice Arena (dulu PISA)
Jalan Tun Dr Awang, 
Bayan Baru,
 11900 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang, Malaysia





Mulai 1 Januari 2016  tiket masuk:

Dewasa: 8am-6pm(RM8) 6pm-11pm(RM10) Sabtu,Ahad&PH 8am-11pm (RM10)

Kanak2&Warga Emas: 8am-6pm(RM6) 6pm-11pm(RM8) Sabtu,Ahad&PH (RM8)

((Sebarang Perubahan Boleh rujuk website depa ya))





Artikel Menarik Yang Lain

13 ulasan

  1. Wah bestnya bermandi manda ^-^

    ReplyDelete
  2. mahal dah harga hihihi...semangat alysa dan danish hihihi... sporting bergambar

    ReplyDelete
  3. baru tau.. heh2... ramainya orang... tapi, dapat berendam kira okeh la tu kan... hee

    ReplyDelete
  4. bestnyerr leh bawa nak p nnt

    ReplyDelete
  5. xtahan tengok muka alysa n danish tu..
    muka byk akai tu

    ReplyDelete
  6. Seronok juga bawa anak-anak berseronok sesekali kan..

    ReplyDelete
  7. ntah bila nak p terjah sana..malas kalo org ramai2 ni hehe

    ReplyDelete
  8. nasib la dh nk jd bakal mak budak kalau tak memang mandi sambil buat muka poyo.. hahaha

    excited tgk danish

    ReplyDelete
  9. syoknyaaaaaaaa tapi kena pegi time hari berkerja ni. mybe tak ramai orang sangat kot kannnn

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang