Review Chocolate Boss, Sg Nibong, Penang

3:43 PM


Assalamualaikum..


Sekali lagi kami team Projek Blogger Utara memenuhi jemputan dari Pemilik Chocolate Boss, Sg Nibong, Penang untuk merasai pelbagai desert yang berasaskan coklat di Chocolate Boss ini. Jadi kepada peminat2 coklat semua Murni sangat2 rekomen untuk datang dan rasai sendiri keenakan coklat di Chocolate Boss ini. Kerana ada kawan Murni yang pergi selepas Murni pergi ni bagitau Dark Coklat kat sini rasanya hampir sama dengan yang ada di 
Salon Du Chocolat (Murni tak tahu sebab blom pernah kesana).



Chocolate Boss Menu


PBU (Projek Blogger Utara)


Pengenalan:

Chocolate Boss ini baru sahaja dibuka pada 03 Oktober 2015. Jadi masih baru lagi. Chocolate Boss ini menggunakan tema ala2 hipster café gitu.. Memandangkan ianya masih baru, hanya ada beberapa desert seperti aiskrim dan juga kek coklat yang ditawarkan di sini. Tetapi menurut owner Chocolate Boss ini diorang masih lagi sedang membuat R&D pasal coklat ni untuk mendapatkan hasil coklat yang paling sedap dan berkualiti. Apa-apapun bagi Murni, hidangan yang disediakan di Chocolate Boss memang tidak mengecewakan baru 3 bulan lebih beroperasi. Diorang juga ada bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan mereka seperti membuka cawangan dalam mall atau shopping complex. InshaAllah suatu hari nanti.



Front view


Inside view


Homemade Chocolate/cookies



Hari tu Murni dan team Projek Blogger Utara berpeluang merasa semua menu yang disediakan di Chocolate Boss pada hari tu. Rasanya menu-menu mereka pon ada bertukar2 juga tapi signature dishes Chocolate Boss adalah coklat laa.. Dah nama pon Cafe Coklat kannnn!!! 



Belgian Chocolate Cake RM6.90/slice


Boss Waffle RM8/each


Dan yang paling memikat selera Alysa dan Danish haritu adalah Belgian Chocolate Cake dan Ice Cream Oreo. Murni dan husband pula menikmati Boss Waffle with chocolate dan juga Brownies dengan topping chocolate&nuts. Memang sedap sangat2. Tak kurang juga dengan Boss Tower pon sedap..kiranya semuanya sedap laa..dah memang penggemar desert dan ice cream. so malas nak cakap aper dah..kami layan makan sampai licin..hehehe



Brownies RM6/pcs


Boss Tower RM10 only


Ice Cream Oreo & Ice Cream Crush Cones RM6/each


Sambil makan sambil selpie..nak buat macam mana dah tabii..eh3 tabiat..hahaha












Sebelum bersurai kami team Projek Blogger Utara tak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemilik Chocolate Boss iaitu Encik Fauzi. Beliau memang peramah dan suka melayan jer karenah kami semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Fauzi dan juga staff Chocolate Boss yang lain. InshaAllah kami akan datang lagi di lain hari. Dan kami doakan semoga Chocolate Boss terus maju jaya.









Silakan Datang:

CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang

waktu operasi:
1.00PM - 9.00PM

Telefon:
012-4146407 / 019-5121271




Artikel Menarik Yang Lain

13 ulasan

  1. yang tak pergi pun dah meleleh air liur ni

    ReplyDelete
  2. macam nak nangis tengok..lagi lagi la ice Cream Oreo & Ice Cream Crush Cones tu...alahai...

    ReplyDelete
  3. wah. nanti naik sem nak pergi kat sini ni,:)

    ReplyDelete
  4. macam nak repeat lg! hahaha tak puas makan

    ReplyDelete
  5. meleleh leleh haaaaaaaa. menjejes sekali ailio iols

    ReplyDelete
  6. meleleh air mata nengokkan menu-menunya..
    Memang feveret nie..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang