ESCAPE Penang | Part 1 | Permainan | Harga Tiket

1:01 PM


Assalamualaikum..


Semalam Murni cerita pengenalan dan sejarah ESCAPE Penang. Harini Murni nak bawa masuk ke dalan ESCAPE Penang untuk melihat apakah keistemewaan ESCAPE ini berbanding tempat lain. Memang kita dah sedia maklum Escape ini mengamalkan konsep 100% permainan alam sekitar. Disini tiada peralatan yang menggunakan motor atau elektrik. Segala2 permainan adalah manual. Selain itu persekitaran juga adalah sangat semula jadi..Seolah2 kita berada di kampung yang menghijau..Sejuk dan nyaman.. 



Itik berkedek2 pon ada


Ayam katik pon ada


Rumput ditanam diatas bumbung supaya nampak menghijau


Air hujan ditadah dan dimasukkan kedalam tempayan untuk digunakan semula


Baverages


tempat makan


dalam bilik rehat pon ada bela ayam katik


surau perempuan dan lelaki


locker berkunci automatik


untuk membuka locker kena ada boh password disini


kedai cenderamata


kedai cenderamata



Lets Play in ESCAPE Penang





Monkey Business


Gecko Tower


Monkey School


Jungle Swinger


Go Ape


A-Maze


Balance Beam


Tattoo


Jumpin Jack


Tubby Racer


Dunk Tank


Coco Climb


Zoom Bug


Flying Lemur


Playroom kids


Kite Flyer


Akrobatic


Atan's Leap


Foxy Burrow


Tarzan's Rope


Discovery Dig


Go Bananas





Keselamatan adalah keutamaan kami.


Di ESCAPE Penang faktor keselamatan adalah sangat dititik beratkan. Hanya peralatan keselamatan yang berkualiti tinggi digunakan di ESCAPE.


Tarikan di ESCAPE dibina mematuhi garis panduan pemasangan ACCT (Association for Challenge Course Technologies ) Kursus Tali : Euro Piawaian Norm: EN 15567 Struktur-struktur Pemanjat: EN 12572 


Dengan audit keselamatan dan jadual penyelengaraan yang ketat, semua tarikan diperiksa dan diselenggara setiap hari sebelum waktu operasi. 


Walaupun begitu pihak ESCAPE tetap akan menasihati pelawat untuk mengikuti peraturan taman dan menggunakan akal fikiran untuk menghalang kemungkinan dari berlakunya kecederaan, ESCAPE juga mengambil tanggungjawab serius dan mengekalkan kemudahan perubatan di tapak untuk pertolongan cemas dan insurans.



peralatan keselamatan di ESCAPE Penang


Do & Don't


Peraturan Taman

  • Sila patuhi arahan yang diberikan kepada anda oleh kakitangan ESCAPE Adventureplay. 
  • Para pelawat diberikan gelang tangan ID untuk tujuan pengesahan. 
  • ESCAPE Adventureplay berhak menafikan kemasukan pelawat ke taman tanpa memberi sebarang sebab. Disamping itu, ESCAPE juga berhak menyuruh pelawat berbayar meninggalkan taman jika mereka gagal untuk mematuhi peraturan keselamatan. 
  • Beberapa permainan mungkin tidak selamat untuk pelawat yang kurang mampu dari segi fizikal, atau mempunyai masalah kesihatan tertentu. Jika ragu-ragu, sila semak dengan doktor anda terlebih dahulu. 
  • Barangan berharga tidak digalakkan dibawa ke taman ESCAPE. Kami menyediakan loker untuk disewa jika pelawat perlu menyimpan barangan peribadi, walau bagaimanapun ESCAPE Adventureplay tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kehilangan barangan peribadi samada disimpan dalam loker atau tidak. 
  • Abah-abah, topi keledar atau apa-apa peranti keselamatan yang disediakan adalah harta ESCAPE Adventureplay dan tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari Taman ESCAPE. 
  • Pelawat dilarang memotong barisan semasa beratur untuk permainan yang dikehendaki. 
  • Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyelia anak-anak mereka pada setiap masa. Kanak-kanak di bawah 13 tahun harus ditemani oleh seorang dewasa untuk masuk ke taman. 
  • Tiket tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar untuk wang tunai, tidak boleh dikembalikan dan tidak sah jika diubah. 
  • Makanan & minuman luar tidak dibenarkan ke dalam ESCAPE Adventureplay. Binatang peliharaan tidak dibenarkan sama sekali ke dalam taman. 
  • Pada masa tertentu, ESCAPE Adventureplay berhak untuk menukar waktu operasi taman atau permainan, menutup taman atau mana-mana bahagian buat sementara waktu atau menghadkan jumlah kemasukan orang ke taman. 
  • Sila ambil perhatian bahawa pakaian dan barang kemas yang mempunyai potensi untuk menyebabkan tersangkut kepada pelawat atau kerosakan kepada peralatan tidak dibenarkan di beberapa permainan dan permainan. 
  • Barangan kaca, senjata api atau barangan berbahaya adalah dilarang sama sekali di dalam taman. 
  • Glassware, firearms or weapons or hazardous materials are strictly prohibited inside the park. 
  • Keselamatan pelawat adalah keutamaan kami. Meskipun pihak pengurusan mengambil langkah-langkah komprehensif untuk memastikan keselamatan pelawat, ESCAPE tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam taman. 
  • Sila ambil perhatian bahawa fotografi, rakaman video, rakaman apa-apa jenis untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan jika tiada kebenaran dari ESCAPE
  • Merokok adalah dilarang di dalam taman ini kecuali di tempat yang tertentu.



HARGA TIKET ESCAPE SECARA 'WALK IN'




HARGA TIKET DAN CARA MEMBELI TIKET SECARA ONLINE


Kalau nak murah kita boleh beli tiket secara online dan dapat berjimat dalam 10% - 50%.. Banyak juga tu. Tempahan melalui online ini dapat dibuat selama tempoh setahun sebelum tarikh yang kita nak pergi..

Untuk menempah boleh klik sini Online Ticket Escape


Pilih kategori


Pilih Adventureplay Day Ticket



Pilih tarikh dan berapa orang


Jika anda ingin dapat diskaun 50% seperti di dalam gambar, anda mesti tempah 3 bulan sebelum tarikh yang anda ingin kunjungi..Jadi cepat2 pilih tarikh anda sekarang..hehehe


Jangan risau kalau anda tersalah pilih tarikh atau ingin menukar tarikh kunjungan di atas sebab tertentu.. Anda boleh tukarkannya dengan klik CHANGE VISIT DATE atau klik gambar di bawah.. (tak macam Legoland Nusajaya Murni pernah tersilap boh tarikh booking terus tak dapat discount) huhuhu


Pilih Change Visit Date


Tukar tarikh yang anda mahu


Isilah tarikh baru yang dikehendaki ya..


* Tiket boleh ditukar tarikh tetapi anda akan dikenakan caj sebanyak RM5.30 bagi setiap tiket..


Bas Percuma untuk ke ESCAPE





Kita juga boleh menaiki percuma bas Rapid Penang bernombor 101 atau 102 ke ESCAPE Adventureplay dari 9:00 pagi - 06:00 petang

Naiklah mana-mana bas Rapid No. 101 atau 102 untuk ke ESCAPE yang ada selang 10 minit. Bayar dulu kemudian tebus tambang bas anda di pintu masuk ESCAPE nanti.

Usaha ini merupakan Inisiatif Hijau bersama oleh ESCAPE dan RAPID Pulau Pinang.


Info ini telah disunting dan gambar ilustrasi kredit daripada ESCAPE.my


WAKTU URUSAN ESCAPE ADVENTUREPLAY


ESCAPE PENANG 

 828 Jalan Teluk Bahang 
11050 Penang, Malaysia 
 Tel : +604 881 1106
 Fax : +604 881 3106

 Email : info@escape.my
 Website : escape.my 
FB: escape.my

Operating hours:
Selasa-Ahad (Isnin Tutup) 9pagi - 6petang 






Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. bila ekin pergi sini.... syok tengok tapi takut dang sampai xberani hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti waterpark siap kita p lagi naa

      Delete
    2. hahahhahah.... penang akak.. xtaw boleh pergi tak...

      Delete
  2. nnti klu balik kg di kedah, nak ajak adik2 n family pergi escape penang ni. tq kak murni atas info yg diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..sblm pergi baik buat booking on9..boleh dapat disc 20-50% bergantung pada tempoh masa nak pergi tu..cepat buat plan dik

      Delete
    2. banyaknya diskaun dapat..hihi. ok bereh :)

      Delete
  3. tak puas main... kena tunggu waterplay siap bru syokk

    ReplyDelete
  4. Legoland kalah teruk la kalau bab tiket diskaun gituuu opssss hikhikhik

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang