ESCAPE Penang | Part 2 | Uji Keberanian Dan Kemampuan Anak2 | Monkey School

8:21 AM

Assalamualaikum..

Sebenarnya beberapa hari sebelum Murni ke ESCAPE Penang ni Murni sekeluarga pernah search dekat youtube video permainan yang ada dekat ESCAPE Penang. Murni pon dah tunjuk video tu dekat Alysa dan Danish. Ape lagi teruja laa budak 2 orang tu. Hari2 duk tanya ibu bila kita nak gi ESCAPE???  Maka 13.02.2016 impian kami sekeluarga telah terlaksana..Alhamdulillah!!!



Alysa berFlying Fox



Danish berFlying Fox



Sesampai disana kami disambut oleh mesra oleh Ms Winnie (Manager on Duty). Kedatangan kami ke ESCAPE Penang haritu atas jemputan pihak ESCAPE. Dan sekiranya kawan2 yang datang sebagai walk-in customer boleh jer terus ke kaunter tiket. Sekiranya kawan2 sudah membuat tempahan secara online pon boleh bagitau di kaunter tiket tersebut. Nanti setelah kawan2 membuat pembayaran kawan2 akan diberi resit dan di resit tersebut akan ada satu Nombor PASSCODE..dan nombor passcode inilah yang akan digunakan semasa nak masuk ke ESCAPE nanti. Dan no passcode itu juga digunakan untuk top-up duit E-Wallet untuk membeli makanan dan minuman di baverage counter nanti..Dan kawan2 juga akan diberikan gelang tangan yang ada barcode. Segala credit E-Wallet yang kawan2 top up akan di scan menggunakan bar code tersebut.. 


Ticket Counter


resit


Nombor Passcode


Untuk makluman kawan2 semua disini makanan dan minuman dari luar adalah dilarang dibawa masuk.. Dan untuk membeli makanan dan minuman di Beverage counter secara cash adalah tidak diterima. Di baverage Counter kita hanya boleh menggunakan E-wallet. jap lagi Murni cerita... 



Outside food not allowed


Counter for Top Up


Murni nasihatkan semasa mendaftar untuk membeli tiket seeloknya kawan2 terus top-up E-wallet kawan2. Jadi memudahkan kawan2 untuk membeli makanan dan minuman nanti. Dan sekiranya sebelum balik baki e-wallet kawan2 masih ada kawan2 boleh refund balik dekat kaunter sebelum balik. cara nak guna E-wallet adalah sekiranya kawan2 ingin membeli ape2 di kaunter cafe itu kawan2 just masukkan manual no yang ada dalam resit E-wallet di mesin pengimbas dan duit anda akan ditolak secara automatik. Sekiranya kawan2 tak tahu untuk menggunakan E-wallet tu boleh jer bertanya pada penjaga counter kafe tersebut.


E-wallet Top Up resit


Ok jom kita sambung cerita..Haritu setelah habis briefing bersama Mr Sim (The Founder and Chief Executive of Sim Leisure) , kami memulakan perjalanan kami yang pertama. Murni memilih untuk berpecah dari team PBU yang lain kerana Murni ingin melayan karenah Alysa dan Danish yang dah tak sabar nak memulakan aktiviti mereka.



selfie dulu 


Alysa & Abah 


Alysa & danish check kawasan


ok best


Tatto House


Disini Team PBU yang lain memulakan sesi mereka dengan merasai bermain guli dan beberapa lagi permainan tradisional dulu2. Disini sempat laa Danish & Alysa mengacau kakak2 blogger ni yg tengah syok bermain guli. Dah macam kanak2 ribena mereka ni..hehee



danish nak kacau daun


pinjam guli boleh tak???


Alysa berhula hoop


Zoom Bugs


Disini ada kereta go cart yang unik. Nama go cart ini adalah Zoom Bug. Kenapa Murni kata Zom Bug ini unik kerana dia tidak menggunakan enjin atau motor. Untuk menggerakkan Zoom Bug ini kanak2  terpaksa menggerakkan handle Zoom Bug tu ke-kiri dan ke-kanan dan Zoom Bug itu akan bergerak dengan lajunya. Mula2 Alysa dan Danish macam tak reti nak main. Tetapi bila diorang dah pandai diorang berdua tak mau berhenti main la pulak. Jenuh laa Murni nak kejar mereka dekat 10 keliling..sabor jer laa



Danish main dengan muka serius


Alysa yang happy go lucky


Ok lepas habis main Zoom Bug tadi kami terus perjalanan berjalan ke dalam sikit. Memang persekitaran sangat semula jadi, segar dan nyaman. Disini ada macam2 haiwan peliharaan seperti ayam serama, itik gembo2, angsa dan juga ayam belanda. Tetapi kerbau kat bawah tu patung ja..kalau betul tak mau laa kami dekat..takuit eh kena sondol nanti..hehehe 



kerbau jinak


Yeyy sekarang kami dah sampai ke tempat paling menyeronokkan bagi kanak2 iaitu Monkey School. Disini kanak2 akan diajar untuk menimba pengalaman dan mengamalkan kemahiran koordinasi seluruh badan dalam persekitaran yang menyeronokkan sambil menangani cabaran dan halangan. Alhamdulillah Alysa dapat menguasai semuanya dengan mudah. Cuma Danish jer masih takut2 dan perlukan pertolongan dari kami. Jom kita layan gambar dan Video Alysa dan Danish di Monkey School ini.



Monkey School ada dua side (kiri dan kanan)



memulakan perjalanan di track belah kanan dulu



Laluan belah kanan dahulu



hati2 sayang



cabaran meniti buluh dengan cermat



naik atas badan ulat gedik



Sedikit bergoyang



slow & steady



step ke-3 naik pepatung pulak



1st Flying Fox



Flying Fox








seterusnya laluan belah kiri pulak








yess lepasss



naik rama2 pulak



penuh berhati2



pandai Alysa



yang ni kena menggunakan teknik melintas sambil duduk



sungguh bergaya



yess lepas jugaa



naik lady bugs pulak



berjaya juga



meniti buluh lagi sekali



slow2 jer



pandai ubah cangkuk safety carrier sendiri



123 gooo



satu



dua



tiga



empat



lima



Yey berjaya...








Sekarang kita tengok anak manje ibu ini beraksi (Drama jer lebih). Tapi aksi takut2 laa pulak..nak ambik gambar pon takda mood dah..hehehe



Danish takut-takut



Tapi mujur masa buat flying fox Danish cool laa pulak..layan jer..dan selepas habis semuanya bukan main seronok lagi dia..duk jerit2 yeyyyy adik berjaya!!!. Dan bila kami tanya nak buat belah kiri pulak tak???..terus jerit adik xmau dah..hahahaha. Jadi kami tak paksa laa dia..Dan Alysa sekali lagi ulang main kat Monkey Business ni. Mujur masa tu takda budak lain jadi dia boleh laa ulang banyak2 kali..hahahaha



cool ja



wah relax jer muka



sikit jer lagi



finish monkey school (1 side only)



Ok lepas tu kami ikut je kehendak Alysa dan Danish ni. Apabila sampai je dekat A-Maze house diorang kata ibu abah jom masuk rumah hantu. Diorang ingat ni rumah hantu. Selepas bertanya kepada pekerja yang menjaga A-Maze house ni diorang kata kami semua boleh masuk. Ape lagi seronok la Alysa & Danish. A-Maze House ni menyerupai sebuah gua..dalamnya gelap gelita dan sempit. Kami dibekalkan dgn 2 buah torch light. Jalan kat dalam tu macam puzzle berbelit2. Dan dalam tu ada pulak tengkorak manusia, binatang berbisa spt ular, labah2 dan kala jengking. Walaupon binatang tu semua palsu tapi boleh membuatkan kami menjerit dan cemas. Memang best la..Masa dalam A maze house ni kami saling bantu membantu dan menyelamatkan satu sama lain..Disini kita boleh memupuk semangat tolong menolong dan bantu membantu antara family



A- Maze House


Kalau kawan2 nak tahu kat luar A-maze house ni ada CCTV. jadi segala kelakuan kita kat dalam tu orang yang ada kat luar boleh tengok. Memalukan pulak sebab murni asyok merangkak totonggeng2 dalam tu..sebab keadaan yang sangat sempit dan berbonjol2 batu2nya. Dinasihatkan kepada ibu yang mengandung jangan laa masuk ke dalam A-maze house ni. rasanya tak sesuai sebab bayak pergerakan membongkokkan badan dan merangkak. takut laa boleh membahayakan kandungan anda. Jadi kepada ibu2 yang rasa dirinya baru mengandung atau tak pasti lagi sila check status anda dulu..hihihih



cctv kat luar



gelap dan sempit



panas juga


Dan ini satu lagi aktiviti yang tak boleh kawan2 lepaskan apabila berkunjung ke ESCAPE ini iaitu Tubby Racer. Disini kawan2 akan merasai pengalaman menuruni bukit yang tinggi dengan menaiki tiub getah. Dan sekiranya anda datang secara berkumpulan anda boleh menyambungkan beberapa tiub getah dan menaikinya bersama kawan2 atau keluarga dan sama2 menuruni bukit yang cerun ini. Sangat2 menyeronokkan..jom kita tengok gambar dan video Tubby Racer ini..




ambik tiub sendiri



tarik naik atas sendiri


Nampak tak Alysa dan Abahnya sedang mengheret tiub getah tu ke atas. Hahahaha. Siksa juga wooo..Untuk pengetahuan pengunjung. Untuk kanak2 yang berumur 6tahun keatas sahaja dibenarkan untuk menunggang tiub getah ini bersendirian manakala untuk kanak2 umur 6 tahun kebawah perlu ditemani orang dewasa semasa menaiki tiub getah ini. Dan hari tu Alysa naik dengan abahnya sekali. Lepas tu abah terpaksa tarik tiub tu sekali lagi bersama Danish pulak. Ibu tukang amik gambar jer...dibawah ini ada video  macam mana Alysa Danish & abah menunggang tubby racer ini. Sangat2 seronok mereka..




macam tarik upeh kann???



dah naik tinggi dan turunnnn!!!




Alysa dan abah menuruni cerun dengan tiub




turn Ms Nina & Zafirah tarik tiub naik atas



gigih betul mereka hahahha




Danish+abah+Ms Nina+Zafirah turun bersama




Setakat inilah dulu cerita dari ESCAPE Penang ini..masih banyak lagi aktiviti yang menarik yang kami lakukan haritu..InshaAllah akan murni ceritakan di Entry selepas ini. nak tau Permainan dan harga tiket boleh baca SINI







Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. Morning ♥
    menariklah tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik..sesua untuk seisi keluarga gitu..hehehe

      Delete
  2. kiranya anak anak akk mmg berani tu.. best tmpt mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a Alysa memang berani..Danish jer manje sikit..hahahaha

      Delete
  3. wah bestnya escape penang..byk aktiviti yg best2 pula. berani danish buat flying fox ye. ingatkan tube racer tu ada air..hihi

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/02/jimat-berbelanja-di-ensogo.html?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dik..Water park akan siap dalam hujung tahun ni..jom serbu

      Delete
  4. berani alysa dan danish.... kalau ekin rasa xjoin hahhahah... malu la

    ReplyDelete
  5. abis tu mokcik main apo je kat escape tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. Monoey bussiness yang belah kiri uwais xboleh naik sebab tali gantung tu tinggi. Nanti kaki dia tergantung tak boleh pijak hihihi.

    nasib xmasuk A Maze House tu. Dah rasa rugi dah xnampak masa hari kejadian. Hahahaha

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang