Rumahku Syurgaku | Persiapan | Living Hall | Master Bedroom

11:58 AM



Assalamualaikum...



Memandangkan rumah kecil kami dah 55% siap maka dah tiba masanya kami menyediakan perancangan khas untuk memasuki rumah baru kami tu nanti. Walaupon agak lambat lagi tapi apa salahnya kami dah start survey ape yang patut. Dan kebetulan pulak pada 11-13 Mac 2016 baruni ada Mega Home Exhibition dekat Spice Arena (PISA). Jadi kami suami isteri tak melepaskan peluang terus serbu la Mega Home ni. Niat dihati hanya ingin menengok2 jer ape yang menarik..Tapi disebaliknya laa pulak..




Mr & Mrs



Mega Home Exhibition



Pandangan sisi



Pandangan atas



Memandangkan rumah kami adalah kecik sajor..Almaklum laa mana mampu nak beli rumah besar2 kat Penang ni. Kalau takda joota2 jangan mimpi. Ok la, jadi masa nak pilih perabot kena laa sangat2 berhati2. Memang la berkenan yang besar2 tapi takut tak celuih (muat) ruang tamu kami yang kecik tu. Husband berkenan sofa berbentuk L shape yang agak besar (lupa ambik gambar) tapi rasanya tak muat untuk ruang tamu rumah kami. Lagipon husband dari dulu duk berkenan kerusi yang empuk2. Setelah try punya try terberkenan laa dengan sofa ni...




Simple Sofa



Bagai Pinang dibelah DUAAA!



Sofa ni nampak macam sesuai dengan kami ber-2 yang tak berapa besar mana ni (perasan). Kerusi ni hanya ada 2 seat macam ni ja. Harga masa tu diorang letak rm1990 tak termasuk GST. Ntah macam mana Murni terfikir nak tambah yang single lagi satu..jadi macam 2+1 la..Lepas tanya jurujual tu dia kata customer boleh request sebab kerusi ni costume made dari kilang. Jadi kita boleh request macam2. Design dan kaler. Ape yang kami suka sofa ni adalah jenis recliner.. jadi kami boleh laa lunjuq2 kaki masa nonton tv nanti. Jangan ada yang tertidor depan tv cukup laa. Hahaha




Sofa with Recliner



Nak ajak anak2 bergambar pon susah



Setelah bincang dengan encik suami dia bersetuju dengan sofa ni. Dan permintaan bininya untuk tambah satu lg single juga diluluskan. Seronok kemain laa mokcik. Lepas tanya jurujual yang peramah tu dia kata kalau 2+1 harga dalam rm3399. Gulp telan air liur mokcik. Sekali lagi Mokcik try memujuk kuasa-2 maka last price deme bagi rm3200 exclude GST. Sekali lagi laa mokcik try memujuk kuasa-3 pulak untuk includekan GST dalam rm3200 tu. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga harga rm3200 sekali GST. Yeyy mokcik berjaya selamatkan Rm181 untu GST..banyak juga tu wei..Dan oleh kerana rumah kami belum siap kami just bayar duit booking jer dulu..Lepas rumah kami siap baru boleh dapat kerusi tu..hehehe. Haritu kami bayar booking sebanyak rm1300 sahaja. Selebihnya akan dibayar masa barang diterima. harap maklum..hihihi








Ok sofa dah ada.. Sekarang husband ajak cari Cabinet TV pulak.. selepas ushar2 husband terberkenan dengan Set Hanging TV Console dari CUBO Instant Furniture Designs ni. Kami pilih Design Zach Series. Pakej harga rm2788 kami dapat Free 150sf Korean Wallpaper, Free 5 meter LED light & Free TV Bracket. Murni pon bercadang nak add on lagi 1 roll wallpaper dengan harga rm400. Tapi kaler Hanging TV Console dan design wallpaper belom pilih lagi. Sebabnya rumah blom siap lagi..hehehehe



Hanging TV Console Zach Series



Cantik tak???



Dekat belakang Murni tu TV 60 inci..alamak TV kat umah mokcik ni 40 inci sajor.. nampak gayanya kena ejas laa bagi jadi 60 inci juga laa baru cun melecun. Nak kena menabung lagi laa ni nampaknya..hehehehe




Harga Zach Series hanging TV Console


Temporary receipt



Seperti biasa laa kami just bayar booking jer laa dulu. Diorang mintak deposit sebanyak rm1000 sajor. Oleh kerana yang ni husband yang berkenan so kita bagi dia settle laa kan. Lepas balik rumah kami buka FB Pages CUBO rupanya banyak lagi design wallpaper yang cantik2 dalam tu. Takpe kami sabar dulu. Tunggu rumah dah siap nanti baru kami pilih jenis dan corak wallpaper serta kaler Hanging TV Console kami.. Sabar naaa mokcik Murni ooi..Jom kita tengok contoh wallpaper lain jika dipadankan dengan Hanging TV Console macam kami..macam2 ada...





Ni macam kami punya..kaler table top kaler boleh pilih


Wallpaper ni pon cantik juga


yang ni effect ruang nampak besar



Dalam duk stalk FB Pages CUBO, husband terjumpe pulak laa Hanging Mirror with LED Light & Hanging Display Cabinet ni pulak. Ape lagi husband dah berangan2 laa nak bubuh set ni dekat Dinning Table pulak. Tapi tunggu laa..selepas rumah siap baru boleh decide sebab meja makan belum pilih lagi. Kena sabar lagi sekali laaa..hehehehe.




Next Target


ini pon cantik



Ok sekarang kita tinggalkan cerita Living Room. Kita cerita pasal Master Bedroom pulak. Untuk permulaan ni Murni just nak buat persediaan untuk master bedroom jer dulu. Almaklum budget tak berape nak ada. Setelah pilih punya pilih mata terberkenan dengan yang ni. Wardrobe ni jenis built-in. Dan material luar tu kayu dan dalaman adalah dari melamine. Jurujual tu siap buat demo boh minyak & bakar tapi tak terbakar. Dan dekat penyangkut tu siap dia bergayut tapi tak roboh. Ape lagi husband pon terjatuh hati laa...




8 x 8 kaki Built in Wordrobe




Contoh compartment



Contoh 8 x 8 kaki 



Corak ni terbaru katanya laa..



Compartment belah kiri



Compartment belah kanan (dapat FREE Folding MIRROR)



Yang ni pon cantik tapi jalur2 tu dari kain..takut lama2 koyak




Design yang ada



 Kat bawah ni adalah contoh compartment yang kami boleh pilih. Buat masa loni kami masih belom decide lagi compartment macam mana naki nak .Sebabnya kami pon belom pasti berapakah saiz Wardrobe kami. Kami just Log-in harga untuk saiz 8 x 8 kaki jer dulu. Lepas rumah siap baru kami akan panggil diorang untuk buat ukuran. Kalau ada penambahan/pengurangan akan ditambah/ditolak harga masatu. Jadi sementara tu boleh laa fikir2 dulu perlahan-lahan..


Semua boleh pilih



kalau pilih V & W kena tambah duit sebab ada tie box storage.



Dekat bawah ni ada macam petak2 kecik untuk tie box storage. Tapi yang ni kalau nak kami kena tambah duit tak silap dalam rm2xx. Yang ni pon kami belom decide lagi. Rasanya tak perlu la kot sebabnya husband bukan kije pakai tie pon. hehehehe. Tapi serius cantik juga..Adoi ape kena aku ni semua cantik ni???




Tie Box Storage



Gambar dalam katalog 



Untuk Dressing Table pulak buat masa loni Murni pilih yang ni. Sebab lepas ni kalau ada design baru Murni masih boleh pilih. Sebenarnya ada macam2 design & jenis..kaler pon boleh pilih. Oleh kerana Master Bedroom kami adalah kecik sajor jadi kena laa pilih yang kecik sajor. Tapi Compartment haruslah banyak..Untuk design ni Murni akan tukar kaler biar matching dengan katil & wardrobe nanti. InshaAllah.




Dressing table



Nak kaler ni


Untuk katil pulak kami pilih design ni dan Queen Size sajor.. tapi kalau tiba2 nak upgrade ke King Size takde masalah just tambah duit jer rm280..Katil ni kami tukar dari PU kepada Wood dan terpaksa top-up rm230 pulak. Dan oleh kerana kepala katil tu melengkung dan belakang tu ada ruang lagi..maka kami minta cina tu tutup dekat belakang tu dengan kayu. Nasib baik depa bg Free jer untuk tutup tu. 



Kepala Katil.







Dan total bill untuk Set Bedroom kami adalah rm5479 termasuk GST. Tapi sekiranya da lagi perubahan masa hari ukur nanti harga mungkin berubah. Dan seperti biasa laa kami just Log-in harga jer dulu. kami bayar 30% deposit. nanti 50% kami akan bayar masa diorang datang pasang dan baik 20% pulak apabila kami sudah berpuas hati semuanya..untuk 30% deposit maka terbangla rm1700. Berasap kredit card husband haritu. Tapi kami memang dah ada budget untuk semua tu. So lepas ni boleh terus bayar utang kredit card tu.

Total Damage at Mega Home 11-13 Mac 2016 adalah:


Deposit:
Sofa =rm1300
Hanging TV Console =rm1000
Bedroom =rm1700
Total (deposit) =rm4000


Balance: 
Sofa =rm1900
Hanging TV Console =rm2188
Bedroom =rm3779
Total (balance) =rm7867



Aduss nak pitam bila nengok ke balance lagi rm7867.00 tu. Tu belom masuk Grill, Lampu & kipas, Dining Table, 2nd & 3rd bedroom dan lain-lain lagi (adusss). Dan jangan lupa juga Kitchen Cabinet.. KC tu adalah impian mokcik tau. Tapi oleh kerana ada desas-desus dan kabar angin katanya setiap perumahan baru pemaju akan lantik vendor dia sendiri untuk ambik tender buat Renovation dan Pelbagai lagi. Jadi kami tak berani laa nak booking masa ni. Lagipun ukuran keluasan dan ketinggian dapur kami pon tak tahu. Jadi macam susah. Tapi sempat laa ushar2 design yang ada dekat Mega Home tu..



dah berkenan..tapi apakan daya...



Rasanya sampai sini laa dlu cerita pasal persiapan untuk rumah baru kami. Yang ni pon dah rasa "penat" dah ni..InshaAllah kalau ada rezeki akan ada penambahan yang lain lagi..Aamiiiin!







Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. wahhh rambang mata tengok furnitures

    ReplyDelete
  2. wah... shopping sakan gaya ni

    ReplyDelete
  3. shopping sakan murni kat situ ya.. tak apa kira sekali ja nak abis pun.. lepas tuh topup2 ja klu ada barang baru nak beli..

    ReplyDelete
  4. hebat umah mokcik nti
    nti jgn lupa ajok team pbu untuk house warming Ok

    ReplyDelete
  5. Murni..x de no fon renovation ke..amik juga sri bayu..

    ReplyDelete
  6. Murni..amik juga sri bayu..ado no fon renovation tak masa pameran tu

    ReplyDelete
  7. mmg rmbg mata nk pilih kalau cmni..huuhuh

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang