Bercuti di Johor Bahru | Silka Hotel Johor Bharu | Legoland Trip

6:21 PM




Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni..hehehe..macam ni laa bila penyakit 'M' melanda..Alhamdulillah bulan lepas Murni sekeluarga berkesempatan untuk menjejakkan kaki buat kali pertama di Johor Bahru, Johor. Umur dah masuk 34 tahun baru laa habis jelajah semenanjung Malaysia..Sabah Serawak jer blom ada rezeki lagi..inshaAllah nanti...



Depan Silka Hotel




Murni bertolak dari Penang International Airport pada pukul 10malam. Sampai di Senai International Airport dalam pukul 11malam. Disana adik Murni ambik dan terus kami ke JB. Dan selepas makan2 dalam kul 1 pagi baru kami bertolak ke Silka Hotel ni. Perjalanan dalam 40 minit juga dari JB. Mujur ada WAZE. Tapi macam nak rak jugaklah kami mencari. Hotel ni dekat dengan Tesco & Giant Plentong..di Jalan Masai Lama. Agak jauh dari bandar JB. Dah dekat Pasir Gudang. Mujur kami ada transport sendiri dengan pinjam kereta adik. Tapi nak story juga satu kisah lucu. Masa nak balik hotel selepas hantar adik dekat JB tu kami tersilap masuk kompleks Emigration untuk ke Singapore. Kami duk ingat shopping kompleks apo yang besar sangat ni. Lepas jalan terus tiba2 ada tol. mujur laa masa tu kereta tak banyak. So penjaga tol tu suruh park tepi & masuk office mintak pass untuk U turn. Mujur laa plet kereta D (Kelantan) dan pegawai dalam tu pon org kelantan. Memang kami takleh lupaaaa lawak giler...




Lorong ke Lobi



Wefie



Sori laa kami tak sempat nak snap pic dalam bilik kami sebab kami sampai kat hotel ni dah pukul 2pagi. Sampai2 terus kebabooom tidur. Tapi ok laa bilik kami pilih hanya deluxe room dengan katil king saiz. Sewa sefari RM78 jer..Tapi bilik kami takda tingkap laa. Alaa takper laa untuk bermalam jer..kami banyak aktiviti nak buat nanti..kengkonon laa...hahahah




Depan Lift



Cantik wall dia



Di bawah ni banyak gambar pool ja..sebab utama husband pilih Silka Hotel JB ni adalah kerana Pool dia laa. Husband search Agoda.com terjumpe laa Silka Hotel JB ni dengan harga RM78 semalam. Jadi terus booking 4malam. Memang murah. Pastu anak2 Murni ni memang hantu air. Kalau check-in mesti nak mandi pool. Jadi kena laa sangat ngn pilihan kami yang budget tak berapa banyak ni. Asalkan dapat lepaskan gian diorang untuk mandi pool cukup laa.



anak2 tak sabar dah




Danish posing dulu













Alhamdulillah pool dia besar..Tapi kena berjalan laa sikit dari hotel ke pool ni melintasi bangunan parking kereta di tingkat 2&3. Pool ni terletak dekat Resident Club yang berhadapan dengan hotel. Car park utk guest pun dekat situlah..not the same building dgn hotel.. Sila naik tangga ke tingkat 1 untuk ke Pool ni.Kebetulan masa kami pergi mandi tu hari Ahad jadi tak ramai laa orang..ada laa 2-3 orang mungkin penduduk kat situ. Pool kat sini ada 2 bahagian untuk kanak2 dan dewasa. memang besar.




pool kanak2




















pool kecik dekat atas



pandangan dari atas







pool dewasa







Abang tengah snap pic Alysa & Danish






















Alysa & abahnya mandi di kolam dewasa





Pagi tu diorang mandi sampai tengahri. Lepas dah penat kami balik hotel. Siap2 nak keluar majan dan nak ke Johor Premium Outlet (JPO). Sape2 nak try bermalam di Silka Hotel JB ni boleh jer tempah disini. Byeee






Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. swimming pool dia cantik dan besarrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan besar..puas berendam

      Delete
  2. Replies
    1. tu laa just nak tumpang tidor

      Delete
  3. Replies
    1. a'a seronok sekali sekala bertukar angin

      Delete
  4. besarnya pool dia.... syok la anak2 kak murni berenang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan diorang seronok mak2 ikutkan sahaja

      Delete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang