Berkuda dan Berkereta Kuda di Tanjung Balau, Desaru | Bercuti di Johor Bahru

April 08, 2016



Assalamualaikum..



Hari Pertama di Johor Bahru, tak tau nak buat ape sebab kami keluar dari hotel pon dah tengahari. Memula cadang nak ke Little Kid Club di Nusajaya tapi menurut kawan Murni yang duk kat JB rugi kalau kita pergi lewat kerana dekat Little Kid Club tu diorang start aktiviti & show dari pukul 10 pagi lagi. Jadi kalau kami pergi petang dah banyak show yang terlepas...huhuhuhu



Mr & Mrs berkuda



Lepas tu husband pon mula laa cucuk jarum ajak tengok wayang (macam laa kat Penang xdak cinema). Memandangkan haritu adalah 1'st day cerita Batman VS Superman jadi Murni ikutkan jer laa..Mujur kami sempat ambik seat pukul 02.10pm..Best laa jugak cerita ni..Murni suka tang bila Supergirl keluar..hebat btul dia..kikikiki



Batman Vs Superman


Lepas tengok wayang dalam pukul 5 adik ajak pergi Pantai Desaru sebab sebelum ni dia ada kata nak belanjer kami naik kuda. Lagipon Alysa memang suka aktiviti macam ni. Mula2 Murni ni ingatkan dari JB ke Desaru ni dekat jer..Rupanya dekat 1 jam jugak laa kami drive. Sampai pon dah petang. Dan sampai2 dekat Horse Riding Centre ni sorang pon takda. yang ada hanya beberapa ekor kuda. Dan lepas telefon pemilik kandang kuda tu rupanya diorang ada dekat pantai. Tengah buat Wedding Fotoshoot dekat tepi pantai. jadi kami semua pon bertolak laa ke pantai...




Alysa dah excited tu



Danish baru bangun tidur



Dan bila sampai di Pantai Tanjung Balau terasa sejuk angin pantai tengah kuat masa tu. Menurut adik sekarang dilarang mandi sebab ada bendera Merah. Tapi masih ada laa beberapa orang pengunjung sedang mandi manda. Menurut adik hari yang kami pergi tu air tengah surut. Kalau air tengah pasang ombak boleh naik sampai kat tempat kami berdiri tu. so sementara menunggu kuda datang kami pon posing mosing laa dulu..(posing sampai muntah ijo) hahahaha (korang jgn muntah ijo tgk picture kami tongang terbalik ni tau) Sajo pelepas gian..hahaha




Pantai Tanjung Balau


kan ada bendera MERAH..bahaya tu



pic family tak berapa nak jadi



Alysa dah tak sabar nak main pasir tu



peace yoooo!!!



Mr & Mrs Ironman



Senyummmm!!!


Sweet tak???

























Ok sekarang kuda dah sampai..Kuda betina ni usia dalam 3tahun. So kalau manusia tu tengah anak dara ler..dah ready untuk kawen..jadi kita bagi hero laa rasmikan naik kuda ni..(Iron Man naik kuda..kakakakaka kelakor)




manje plok kuda ni...



sengih2 pulak kuda ni..kakakaka



Seronok nampak???



Ok sekarang 'mak dara' pulak nak naik kuda. Seriau pon ada sebab dalam seumur hidup ni inilah kali pertama duduk atas belakang kuda idup ni..kalau kuda mainan tu dah biasa dari kecik.(jgn marah naaa)




Best jugak..












Hahahaha Muka takut



Ok sekarang turn Alysa pulak. Lelaki yang tolong pegang tali kuda tu adalah kawan kepada adik Murni. Tuan punya kuda ni kawan dia laa..Dan haritu dia la yang 'payung' kami naik kuda ni..hehehehe. Tapi sayang Danish sampai kesudah tak mau naik kuda tu. Danish kan penakut sikit..hihihihi




Alysa dah biasa naik kuda



siap ronda2 lagi



seronok Alysa







Abah tumpang selpie


Dan sebelum balik kami sekali lagi dapat merasa menaiki kereta kuda mengelilingi kampung nelayan di Tanjung Balau ni. Murni suka sangat tengok rumah2 nelayan. Setiap rumah mesti ada sebuah bot depan rumah diorang. Tapi sorry laa tak sempat ambik gambar. lagipon gegar2 gambar tak clear sangat. Mujur ada kamera husband. Memang best bunyi keletuk keletak kaki kuda tu masa berlari. dan angin sepoi2 bahasa menyapa pipi..rasa macam tak mau turun pon ada. Rupanya laju juga kereta kuda ni..hihihihi







Alysa seronok



Danish pon excited



Kami semua happy


Ok laa sampai cni jer dulu cerita hari pertama kami di negeri Johor ni. Esok baru laa kami nak ke Legoland. Jadi sape2 yang datang atau singgah ke Tanjung Balau ni Murni memang rekomen untuk mencuba untuk bermesra dengan kuda2 ni...
Bye!!!



No fon (gambar dah gelap)







Harga boleh nego





Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. lepas ni dah jadi aktiviti alysa naik kuda la tu... anak saudara ekin umur dia 3 tahun dah pandai naik kuda... sampai sekarang

    ReplyDelete
  2. bestnya nek kuda.. tringin lak naik.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. jauh korg berkuda..kat penang xmau pulak naik kahkahkahkah kbai

    ReplyDelete
  4. best2.. a'a kan kak el.. kat bt.feringghi kan adoo..larikkkkkk

    ReplyDelete
  5. tak penah lagi naik kuda or kete kuda. takut T_T

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang