Inilah Aku...yang Dibenci Mu

May 25, 2016

Assalamualaikum...







Kadang2 aku terfikir apa salah diriku sehingga aku dibenci...
Setiap apa yang aku lakukan serba tak kena..
Kadang2 anak2 dan suamiku juga terpalit lumpur kebencian hanya kerana aku dibenci..
Takpe laa akan ku telan semua kebencian ini...
Akan ku hadam segala kebencian yang dilemparkan kepadaku sampai ianya lumat...
Bagaikan lumatnya sekujur tubuhku nanti dimamah bumi...
Akan ku bawa kebencian itu hingga keSANA..
Mungkin diSANA nanti akan terjawablah persoalanku itu..
Kenapa aku dibenci?????



Kadang2 aku terfikir kenapa aku dibeza-bezakan...
Adakah kerana statusku "anak orang Miskin"
Kerana statusku "seorang gadis kampung"
keranaku tak berpendidikan tak tinggi??
Kerana paras rupaku..
Kerana aku tak sedar diri..
Menagih kasih pada yang tak sudi..
Iaitu kamu...
Orang yang tak sudi untuk lihat wajahku lagi...
Hinanya seorang aku dimatamu....



Takpe laa aku terima segala2nya dengan hati yang terbuka..
InshaAllah akan ku cuba sembunyikan wajahku ini sebaik mungkin..
Agar aku tidak menganggu pandangan mu lagi..
Kerana pandanganmu...
Hanya inginkan wajah2 kesayanganmu sahaja bermain dimata mu..
Seperti mana nama2 kesayanganmu yang tak pernah luput dari bibirmu...
Setiap masa kesayangan2mu itu dipuja puji...



Ya, dulu aku kadang2 cemburu..
Tapi sekarang tidak lagi...
Aku takkan berkecil hati..
Kerana semua itu sudah ku hadam selama 15 tahun..
Dan tempoh 15 tahun tu sudah cukup untukku menilai...
Siapakah aku dimatamu..
Apatah lagi dihatimu...
Alhamdulillah...
Syukur aku cepat tersedar...



Sekarang...
Aku bukan yg dulu lagi..
Aku mengambil keputusan untuk menarik diri..
Biarlah aku mengalah..
Biarlah aku undur diri..
Biarlah aku bawa diri..
Biarlah kuubati lukaku sendiri...
Kerana aku tahu tiada siapa yang akan faham perasaan ku ini..
Kerana mereka2 tu tak percaya...
Mereka2 itu tak menerima nasib yang sama sepertiku..
Mereka2 itu ditatang bagai minyak yang penuh..
Segala ape yg mereka2 itu buat semua indah dimatamu..
Semuanya molek dipandanganmu..
tetapi bagiku pulak hanya kekurangan dimatamu..



Jadi...
Biarlah mereka2 yang kamu sayang la menghiburkan hatimu...
Menjagamu dikala susah dan senangmu..
Dimasa sihat dan sakitmu...
Bersesuaian laa dengan layanan yang baik yg telah kamu berikan kepada mereka2 itu...
Aku tak sanggup menanggung Dosa lagi..
Sekiranya aku terus bersamamu..
Aku hanya akan melakukan kesalahan dan kesilapan...
Biarlah aku bahagia bersama diriku sendirian..
Dan bersama sebahagian lagi mereka2 yang masih menyanyangiku..
Mereka2 ini menerimaku seadanya..
Menerima segala kekuranganku..
(terima kasih suamiku, anak2ku, ibu-bapaku, adik2ku)
Tanpamu siapalah aku...



Akhir kata dariku...
Semoga kebahagian akan menjadi milikmu yang abadi...
Jagalah hati kesayangan-kesayanganmu itu...
InshaAllah suatu hari nanti kesayangan2 mu akan menjagamu...
Aku hanya mampu memerhatimu dari jauh..
Kerana aku tahu...
Tiada maafmu bagiku...
Kalau ada pon hanya dibibir sahaja...
Bukan tulus ikhlas dari hatimu...



Dan mulai hari ini...
Aku lepaskan Mu...
Walaupon tak pernah terkeluar sepatah pon perkataan maaf darimu....
Aku Maafkan segala ape yang telah kau lakukan padaku...
Segala caci-makimu terhadapku, aku "bebas" kan disini...
Segala fitnahmu terhadapku, aku "lupus"kan disini..
Semoga tiada lagi hutang kemaafan yang akan kau tuntut dariku diSana nanti..
Dan aku juga pegang kata2 maafmu kepadaku...
Hanya Allah yang tahu isi hatimu...
Assalamualaikum.....

Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. apa pun sbnrnya kisahnya kak,

    Yui doakan akak lebih kuat dan tabah hadapi ya.

    ReplyDelete
  2. jemput join GA > http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2016/05/giveaway-topup-by-cik-emy.html

    ReplyDelete
  3. kemain mokcik
    mokcik tetap dihati iols sampai bila2..igt tu!!:)

    ReplyDelete
  4. http://denasimplelife.blogspot.my/2016/05/short-trip-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang