S Pink Premium Pointer

Ubati Gastrik / Pedih Ulu Hati / Loya & Muntah dengan Pil Halia



Assalamualaikum...



Minggu lepas merupakan minggu paling teruk buat Murni..hahaha ayat macam aper ntah. Sebenarnya teruk kerja laa sikit sebab ada ISO Audit nak datang. Faham2 laa kami dibahagian Enggineering Dept ni mesti port utama laa Auditor nak "makan". Tambah2 Audit kali ni lebih menekankan pasal Risk Management pulak dah. Tambah2 mesin2 hospital ni mesti tak lepas dari Risiko kan..macam2 risiko duk ada..huhuhu



Peppermint Ginger Plus



Ok laa kita tinggalkan bab ISO Audit yang memeningkan itu. Lagipon dah lepas dengan selamat. Alhamdulillah..Tapi harini Murni nak share tentang satu perkara yang paling Murni tak suka iaitu Gastrik. Puncanya adalah waktu makan yang tak menentu..Almaklum dah berumur ni perut pon dah makin sensitif. Dan teringat pulak ada sorang kawan Murni hantar whatsapp suaminya pon kena gastrik teruk sampai nak kena masukkan scope untuk tengok dalam usus. Murni pernah ikut suplier pergi service dekat Endoscopy Centre tengok ke scope tu seriau wei..huhuhu










Murni masih ingat masa Murni mengandungkan Alysa 8 bulan Murni pernah kena gastrik yang teruk gara2 makan Iberet Folic untuk HB Low. Setiap kali Murni makan Iberet Folic tu dada Murni akan rasa sakit nyucuk2 sampai rasa nak tembus ke tulang belakang..dan bila jumpe doctor dan investigate rupanya berpunca dari kandungan vitaminC yang tinggi dalam iberet folic tu menyebabkan Murni terkena gastrik. Dan tujuan kandungan vitamin C dalam iberet folic yang tinggi itu adalah untuk menyeimbangkan kandungan iron yang terdapat dalam iberet folic tu supaya Murni tak sembelit. Itulah penerangan yang doc bgtau..So Murni berhenti makan Iberet folic tu maka Gastrik pon berakhir..dan Alysa pon selamat dilahirkan..hehehehe




Pil halia ubati gastrik


Tapi kali ni Gastrik yang menyerang Murni bukan pesen yang cucuk2 tulang belakang tu. Pesen slow2 sikit tapi kalau dibiarkan boleh melarat...Mula2 tu dia jadi  pening2..Pastu rasa mual loya macam nak muntah. Aikkk dalam hati cakap takkan nak dapat orang baru kut sebab baru je 'suci' ni..hihihihi. Bila tengok jam dah pukul 3 lebih..pagi tadi breakfast pon makan roti jer sekeping..Dalam hati ni mesti dah nak jadi gastrik ni. Murni tau dah kalau Murni dah kena gastrik kalau makan nasi pon tak boleh dah mesti terkeluar balik ni..Pastu kalau nasib tak baik perut pon akan sakit dan pakej sekali dengan sakit kepala (Migraine). Adoiii!!! 








Kebetulan pulak minggu lepas Murni ada beli Peppermint Ginger Plus Shaklee ni sebagai menyambut kempen DETOX bersama Shaklee. Ape lagi terus bukak dan telan 2 biji dan berehat sekejap dekat Rest Room. Alhamdulillah lepas setengah jam perut yang rasa sebu dan rasa loya nak muntah tadi tu dah hilang. Cuma rasa pening masih ada. Dan cepat2 jalan pergi kantin beli bubur tapaw balik makan dekat pantry opis. Fuuhh lega.. Mujur laa ada Pil Halia Shaklee ni. Lepas tu baru Murni tengok btul2 ingredients yang ada dalam pil halia ni. Patut laa bagus pil halia ni sebab dia adalah kombinasi 4 herbal dari barat dan timur iaitu Halia, Pudina, Jintan Manis dan Bunga Lawang. Dan setiap satunya ada kelebihan yang tersendiri...





Disi ni Murni nak bagi petua kalau masa tu perut dah memulas dan start loya2 teruk. Murni suggest rendam 2-3 biji pil halia ni dalam air suam pastu minum perlahan2. Rasanya memang fresh..takda rasa aper seolah2 kita makan Clorets Cool Mint Tablet tu. dan dalam perut kita pon rasa sejuk jer..Sebab tu Murni nak suggest kawan2 standby jer sebotol Peppermint Ginger Plus ni ni dekat office atau dekat rumah. Sangat berguna pada waktu tak terduga. Untuk ibu2 yang Morning Sickness pon boleh makan tau untuk elakkan loya dan muntah. 



Pil Halia Shaklee



Rendam 2-3 Pill Halia 


Goncang2 terus minum



Kalau kawan2 berminat nak order Peppermint Ginger Plus Shaklee ni boleh jer Whatsapp Murni 012-9817932. Jangan segan2 jangan malu2.. Nanti Murni ajar cara makan yang betul. 




3 Komentar untuk "Ubati Gastrik / Pedih Ulu Hati / Loya & Muntah dengan Pil Halia"

wahhh kena beli nampaknya ni untuk gstrik

kami dari Wong Medical Centre adalah satu pusat rawatan yang sangat unik dan istemewa kerana kami boleh merawat pelbagai jenis dengan menggabungkan tradisi dan moden untuk rawatan . kami mempunyai ubat yang baik untuk pedih ulu hati/gastricini . untuk maklumat lanjut sila hubungi
+60124520077
Email : wongmedicalcentreipoh@gmail.com
website : newhopemedic.com

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH