Biskut Semperit Simple untuk Anak2

9:06 AM

Assalamualaikum..


Ahad lepas selepas berbuka puasa ,takde nak buat ape. Jadi sajer je ajak anak2 buat biskut. Ini bukan biskut raya lagi tau..ini biskut untuk makan2 sebelum raya. Dan sambil2 panaskan oven yang dah lama tak berasap tu. Lagipon tahun ni memang Murni cadang nak buat banyak sket biskut raya. Ape lagi bukan main seronok la Alysa & Danish. Dah masak jer biskut tu terus dimakan. Dan harini semua satu adunan tu dah habis dimakan diorang..takpe laa untuk raya nanti ibu buat yang lain..hihihihi



Semperit kesukaan anak2 ku









Adik dan Kakak suka



Resipi Semperit Simple


Bahan2:
200g Butter
1/2 cawan gula ising
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
1 kuning telur
1 sudu teh vanila essen


Hiasan:
hirisan ceri / coklat chip


Cara2:
Gaul butter dan gula hingga sebati,Kemudian masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard dan tepung gandum,gaul Sekejap dan yg terakhir masukkan tepung jagung.Gunakan acuan bunga utk mmbentuk Kuih Semperit yg gojess..hias dgn ceri atau buahan pilihan. Bakar pd suhu 150 selama 15-20 minit.(tgk pada jenis oven jgk tau)  Siap!

Selamat Mencuba!!!




Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Wah rajinnya ibu dah buat lpastu raya nnti nak buat lgi. Kenyang anak2 :) Ain singgah isi tabung supaya ibu boleh beli bahan2 kuih lagi :D

    ReplyDelete
  2. kalau guna majerin ok ke hihihihi

    ReplyDelete
  3. baru nak start buat kuih minggu ni.. tak sabaq dah !!!

    ReplyDelete
  4. peberet mummy ni.. kalo mummy pun sama, sblm raya semua biskut dah habis..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya bunga samperit tuuu

    ReplyDelete
  6. wow cantik akak press keluar jadi cantik.. thumbs up..
    kalo ceq buat yang panjang2 tu je sebab malaih.. hehe..

    ReplyDelete
  7. kalo semperit ni.. orang tua pun laju je makan.. forever fevret kan..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang