Resepi Tart Nenas Gulung | Selamat Hari Raya 2016

1:37 PM












Bahan untuk jem:

2 biji nenas, parut dan toskan air

600 gram gula

1 batang kayu manis

2-3 titik pewarna kuning



Cara-cara untuk jem nenas:

Masak nenas yang telah diparut bersama gula.

Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis.

Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.





Sukatan yang Murni buat:

250gm buttercup (seketul)

2 sudu gula kastor

1 sudu teh esen vanila

Secubit garam halus

1 bj telur  kuning.

1 titik pewarna kuning (takda)


Hiasan: 

1 bj kuning telur (disapu atas tart gulung)


Tepung pulak:

 (Semua ayak dulu)

1 cawan tepung jagung *

1/2 cawan tepung kastard *

2 cawan tepung  gandum *



Cara-cara untuk tart:
Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

Masukkan kuning telur, esen vanila dan garam. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.

Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit. (mengikut oven masing2)



# buat doh tu sampai ngam2  kita rasa boleh  gulung la.

Sbb jgn buh semua tepung

Cikit demi cikit...

Jika tepung  tak ckp doh masih melekat di jari tambah  tepung gandum ja..cikit2

Selamat Mencuba!!!


Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. nyum nyum.suka makan tart nenas (>.<)

    ReplyDelete
  2. rajinnya buat inti sendiri.. zaf beli yang dah siap.. tinggal masukkan ke dalam tepung ja.. hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya tart nenas.. haha.. raya memang selalu ada tart ni, xpernah miss..

    ReplyDelete
  4. Ibu mentua ekin suka tart nenas ekin xreti buat lagi pulak oven tak ada tu yg agak susah sikit n campur malas hihihihihi tapi tak pe kak ipar dah buat

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang