Kinetic Sand | Mainan Baru untuk Alysa & Danish

2:09 PM

Assalamualaikum...


Kinetic sand.. 

Pernah dengar tak nama Kinetic sand ni..? Murni sebenarnya tau benda ni dah lama dari facebook..tapi belom tergerak hati nak beli. baruni buka buka youtube  tertengok video kinetic sand tetiba macam syokkk je benda ni.. husband Murni pun kata macam menarikk je.. so jom beli untuk Alysa & Danish..!!





 Memandangkan 25hb Julai ni birthday Alysa yang ke-6 tahun.. Saje tanya dia Alysa nak tak kalau ibu beli hadiah pasir ni (sambil tunjuk video youtube). Ape lagi melompat laa dia seronok. Dan start dari haritu setiap hari duk tanya dah beli ke belom, dah beli ke belom???. Murni beli dalam Lazada.com jer.. jadi tempoh penghantaran ada dalam 2-3hari bekerja. Jenuh menjawab laa dgn dia. Siap drama2 air mata lagi kenapa tak beli lagi pasir (Sand) tu???. Dan akhirnya semalam sampai laa ke tangan kami kinetic sand ni. Murni beli yang 2kg punya sebab nak main untuk 2 orang...


Dibalut kemas


Box Pasir

Dapat tempat bekas & acuan2


Tempat main tu kena tiub (macam belon)


Kemain seronok dua beradik tu


 Nak tau camne main kinetic sand ni tengok je sini :


Abah pon join sama


Alysa

Danish


KEISTIMEWAAN Kinetic Sand ni: 


Direka untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan sensori kanak2 melalui sentuhan tangan

- elok untuk menggalakkan kreativiti dan kemahiran anak2
 - melatih perkembangan otak-
- sentiasa basah dan tidak akan kering
- bebas dari bahan yang bersifat allergen[bebas habuk] dan gluten 
- tidak melekat secare keterlaluan kat tangan biler bermain
- KINETIC SAND mempunyai MAGNETIC yang hanya melekat sesama sendiri
- tak perlu campur air langsung
- boleh main di mana2 sahaja termasuk dalam rumah 


secare peribadi.. Murni rasa kinetic sand ni bagus untuk perkembangan bebudak..
bermain sambil belajar..
bila anak2 gembira otak akan berkembang berganda tau..
anak akan lebih cerdik insyaa Allah
berseronok dengan benda2 yang mungkin ada orang rasa kotor
kalau pasir sebenar tu pon aku rasa satu galakkan yang baik tuk anak
untuk sentuhan... perkembangan otak.. pemikiran die..
daya kretiviti.. tumpuan.. dan keseronokan..

Murni memang galakkan sangat2 korang untuk cuba permainan ni kat anak korang..
tapi make sure untuk anak2 yang tak masukkan dalam mulut tau..
untuk baby2 tu.. belum sesuai lagi..
tapi untuk umur2 macam Danish & Alysa ..start 2 setahun lebih keatas..
dah boleh bagi pendedahan awal dah..
yang penting kene pantau atau bermain bersama..
memang seronok...


















CIRI2 Kinetic Sand ni: 


- pasir ni campuran 98% pasir & 2% polimer organik
- dia macam pasir..tapi lain sikit tekstur nya..
- macam melekit..tapi tak basah..
- senang melekat..buat bentuk..
tapi tak perlu guna air..
- kalau pasir pantai tu kene tambah air kan tuk bentuk kan sesuatu..
tapi kinetic sand ni tak perlu..
- tapi tak jugak kering melekat2 macam pasir pantai sebenar tu..
sebab setahu Murni.. kinetic sand ni mempunyai MAGNETIC khas yang membolehkan die melekat sesama sendiri
haaaaa... menarik kan...
-biler bersih kan (setakat sapu2 hilangkan pasir)
tak cuci ngan air pon..
- dia tak melekat kat tangan kite..
- kira senang nak dibersihkan berbanding pasir pantai tuuuuu....
cuma rasa melekit sikit lah...
macam tanah liat tu.. tapi ni lagi kurang lekitan nya..
haaaa..paham tak...hehehe...










Alysa & Danish kalau start main ni..
memang berjam2 lah die main..
walaupon mereka dah besar still ada yang tumpah2
yang terkeluar2 tu.. Murni kumpul2 balik masuk semula dalam bekas...
tak de lah habes cengitu jer kan pasir nya...


Murni suka giler kot aktiviti ni.. hahaha.. mak ko yang suka..
budak2 tu toksah ko cerite lah..
memang bende2 ni pebereret die lah ni..
aku rasa.. jangan kan kate anak2 Murni jer yang suka..
mana2 budak pon suka main pasir..
tak dapat kasi pasir pantai..
kite kasi die pasir kinetic ni..
senang nak di uruskan...
tak yah campur2 air pon...
die melekat dah...tapi tak basah.. haaa..unik kan....












Bagi Murni, berbaloi lah beli kinetic sand ni. Disamping ia mendidik anak-anak untuk menggunakan kreativiti mereka dalam membina pelbagai jenis objek dan bentuk, ia juga boleh diguna pakai berkali-kali tanpa rosak.


p.s: Cuma part yang tak berapa best.. kena make sure kinetic sand ni tak berterabur di merata-rata tempat. Expecially atas karpet. Kalau tak susah nak kutip balik.




Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. cik nor pn rasa nak main jgk la kinetik sand ni..haha

    ReplyDelete
  2. terfikir juga, kalaulah anak-anak makan, dan kita pula tak sedar, apa efek dia ya?

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. cantik wei color nyer ;)
    mahu terjebak juga

    ReplyDelete
  4. Pink tu, my favourite colour! Rasa nak main sekali je ;)

    ReplyDelete
  5. Menarik gak ni...ala2 tanah liat klau tgk dari gmbar..hehe...

    ReplyDelete
  6. Hihihi Abahnya pun nak merasa main pasir ni :p

    Aktiviti ni bagus untuk minda anak-anak jadi kreatif :D

    ReplyDelete
  7. belum pernah cuba lagi untuk sofea..

    ReplyDelete
  8. syok tengah alysa,danish n abah dia main... kak murni comel gelang terrrrrrrrrrrrrr hahahahahaha

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang