Resipi Biskut Badam Simple

July 12, 2016






BAHAN-BAHANNYA 


150 g mentega

100 g gula aising

1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)

1/2 camca teh esen vanilla

100 g tepung gandum*

100 g tepung kastard*

75 g tepung jagung (cornstarch)*

(bahan yang bertanda * disatukan dan diayak)

50 g serbuk badam

50 g tepung gandum (extra)


UNTUK HIASAN:

1 kuning telur

Badam cincang secukupnya (badam cincang takde, guna bubble rice jer la)



CARA MEMBUATNYA :

Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.

 Masukkan telur dan esen vanilla. 

Terus memukul hingga gebu.

Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. 

Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)

Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. 

Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...














SELAMAT MENCUBA!!





Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. butter pakai sikit je kan..jimat2

    ReplyDelete
  2. cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  3. Mudah sangat resepi nanti tahun depan kut kalau rasa teringin nak buat ekin buat la hahahahaha

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang