S Pink Premium Pointer

Resipi Biskut German Vanila Coklat





Bahan-bahan :


125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik

40 gm gula icing, diayak

1 teaspoon asen vanilla, untuk biskut perisa vanilla 

2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)

125 gm potato starch

80 gm tepung kek/tepung gandum



Cara-cara :


Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.

Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit.

Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. (Murni mix doh coklat dan Vanila) 

Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.









SELAMAT MENCUBA!



8 Komentar untuk "Resipi Biskut German Vanila Coklat"

Sedap ni murni. X balik jelawat ke cuti raya. Apapun selamat hari raya saya ucapkan

Ada lagi tak?kalau ada nak pi serbu rumah ni

nti lau free nk try buat..beskut2 ni mmg x rajin sgt

Potato strach tu macam ner rupanya kak murni

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH