S Pink Premium Pointer

Salmon Steak Set & Soft Shell Crab Sushi King


Assalamualaikum...


Sepanjang Raya ni dah 10 Hari Murni tak makan ikan..Almaklum mood memasak masih blom datang. Hari2 di tempat kerja asyik makan ayam jer bila makan di kantin..Hari cuti Sabtu Ahad pulak pergi Open House dan Kenduri kahwin..Open house dan kenduri kahwin mana ada orang hidang ikan...hehehe. Panjang lebar mukaddimah aihh...Sebenarnya Murni nak cerita semalam Ahad husband ajak jalan2 di Queensbay Mall Penang..Elok waktu Lunch husband tanya nak makan ape...Tetetiba teringin plok nak makan Salmon Steak Sushi King..Salmon Steak ni memang Favourite Murni laa kalau makan kat Sushi King..Murni hanya akan akan order & makan set ni jer..takde nak gagau segala sushi yang duk lalu lalang depan mata tu..Sebab satu set ni dah memang cukup mengenyangkan..







Dah masuk Sushi King kita boleh terus placing order guna tab yang ada kat setiap meja. macam on9 ler. Tapi buku menu pon ada.



jangan order banyak sgt..saya tengah diet ni..


Green tea mesti order ( Spare takut tak cuku air nanti )


Yang ni untuk anak2

Alysa cukup suka Tuna Mayo ni ( dia makan 4 ketul)



Special menu (Soft Shell Crab Roll)



Ini Husband punya order, Soft Shell Crab Temaki…. Ketam kulit lembut yang digoreng… Sedap juga, lagi2 kalau tambahkan Wasabi dengan kicap manis…. Sedap……!!!!!




Kali ni Husband cuba Katsuni Set..Alasan dia nanti bleh tukar2 dgn Salmon steak saya. Sori laa x dapat laa (kedekut punya bini)...Tapi Murni sempat curi seketul ayam goreng Katsuni Set ni. Memang sedap. Katsuni ni dihidangkan panas2 dengan lilin kat bawah. Kita kena masak telur tu dulu sebelum makan. Caranya just kacau telur tu dan tuang atas ayam goreng tu..Dah masak boleh terus makan. memang sedap sgt bila makan panas2. Lain kali boleh cuba makan lagi ni....



Sambil tunggu telur masak boleh ler kita selpie dulu



Anak & bapak sama naik

Ini salmon steak saya..



Ini untuk Alysa & Danish








Budak 2 orang ni ngelat..diorang makan aiskrim jer sampai habis..brownies tu diorang tak makan..Jadi murni cuba rasa..Ya ampun manis gila coklat dia..patut ler budak2 ni tak nak makan..So kalau yang ada diabetes jgn duk gatal2 nak order..hehehe. Sekian!








6 Komentar untuk "Salmon Steak Set & Soft Shell Crab Sushi King "

yui pun bru mkn yg soft crab tu..sdp.

Wow.. Bestnya..
teruja pula sha nak cuba set Katsuni tu..
Tapi xde geng.. Sha je yg makan makanan jepun nie..

Dah lama gak x mkn sushi..tp saya tak pernah makan sushi kt tmpt cmni..selalunya beli yg ketul ketul dekat Jusco tu..and pilihh...

tbe2 rse nak lah pulakkk.hehehe

Yang tak ada kencing manis bila makan pergi chek ada kencing manis la kak murni hihihihihi

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH