Resepi Cempedak Goreng Rangup

6:57 PM


Assalamualaikum...


Minggu lepas ada sorang apek yang selalu bawa durian datang jual durian kat opis..Oleh kerana baru jer habis raya jadi tak rasa teringin nak makn durian. Tiba2 terpandang ada 2 biji buah cempedak.. dan dalam hati terdetik nak beli dan nak try buat cempedak goreng la.. sebab umur dah masuk 34 tahun tapi tak pernah pon buat cempedak goreng...alahai..jadi sebiji dapat beli dengan harga Rm15..mahal ke murah????





Inilah rupa cempedak tu. Besar dan masak ranum... 






Ada budak excited, siap nyanyi2 lagu "buah cempedak di luar pagar"..tapi endingnya adalah peristiwa berdarah..kesian Danish..huhuhuhu





 Selepas buka, puas hati sangat sebab isinya warna oren dan manis sangat2..harum semerbak bau cempedak satu rumah...





Maka sebiji tu dapat la dalam 30 ulas yang besar...ni Murni dah masuk perut 2-3 ulas..tak menahan...hahaha






Minta encik suami pergi beli tepung goreng..tengok2 dia bawa balik yang ni...





Pastu tanya la dalam grup wasapp kat kawan2 kut2 ada petua lagi nak bagi rangup dan tak serap minyak..ada kawan bagitau suruh tambah tepung jagung dan tepung kastad dalam adunan..Dan juga panaskan beberapa sudu minyak masak lepas tu bila minyak dah panas tuang minyak panas tu dalam adunan..lepas tu gaul sebati..adunan biarlah agak pekat sedikit. Agar melekat dekat cempedak nanti...


Dan selepas goreng inilah hasilnya...


Alhamdulillah menjadi...Sedap hoiii...





Ini pulak kisah peristiwa berdarah Danish, begini ceritanya...


Selepas potong cempedak tu Murni letak pisau sebelah buah tu dan cepat2 ke dapur untuk basuh tangan kerana terkena getah. Murni tak perasan Danish ambik pisau tu..Murni dengar dia duk nyanyi "buah cempedak di luar pagar" tu...tiba2 dia menjerit ibu daraaahhhh!!! cepat2 Murni terpa tengok..jari telunjuknya dah berdarah..Murni panik..Cpt2 bawa dia ke sinki utk basuh..Lagi kuat dia jerit mungkin sebab pedih. Husband dengar bising2 terus datang..Marah bukan main dia. Cepat2 dia suruh Murni keluar rumah untuk ambik pokok Aloe Vera kat luar rumah. Memang darah keluar sangat banyak tak berhenti2. Murni patahkan daun pokok Aloe Vera tu dan husband cpt2 buka dan keluarkan lendir pokok Aloe Vera tu dan tempek dekat tempat luka. dalam beberapa minit tengok darah dah berhenti. Dan husband balut luka tu. (tengok la balutan kemain besar). Husband kata dia balut besar nak bagi darah tak kuar dah..Dan luka tu memang cepat terkatup. Esok tu buka dah ok. dalam 3 hari dah baik sepenuhnya..Mujarab betul lendir pokok Aloe Vera ni..hehehe







Dan loni kalau tanya Danish nak main pisau lagi tak..terus dia cakap "tak mauuuu!!!"...hahaha



Artikel Menarik Yang Lain

17 ulasan

  1. Penuh juga isinya ye...geram tgok tp sayangnya SA x leh makan plak cempedak...semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo orang semput memang tak boleh makan cempedak ya..patut ler husband mkn satu jer...

      Delete
  2. sedap makan panas2.. hahaha
    danish2 xhbis2 luka sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laa nina budak buass memang begitu

      Delete
  3. sedapnya.. danish nih banyak belajar tu, banyak dia explore.. tapi kesian kejap luka kat sini kejap kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara nak besar..semua dia nak pegang..nah kan dah mendapat

      Delete
  4. sedapnya... makan panas2 rangup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sedap sgt..dah sejuk pon saya makn juga..tergoreng banyak haritu

      Delete
  5. cempedak kalau dah goreng, bau saja dah sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la bila mkn mata tertutup mcm DP pha is ni. hahaha

      Delete
  6. kami tkut dh nk beli cempedak. ritu beli dpt 5 ulas ja...ciskek btl.x pdn dgn harga.

    tepung mmg sedap klau goring cucoq

    ReplyDelete
  7. kira makan cempedak ni seulas je aritu. goring cempedak tapi angin diaaaaaaaa. kesian baby berangin sakan jugak malam tu huhuhu.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang