Ubat Buasir | Buasir Stage-3 Sembuh Dengan Ubat Bidan Kampung dan Supplement Shaklee

12:25 PM


Assalamualaikum..


kali ini sambungan kepada entry pengalaman melahirkan anak pertama dan terkena buasir selepas bersalin. Entry kali ini nak Murni cerita bagaimana Murni merawat buasir stage-3 sampai sembuh sepenuhnya..Kepada yang tak tahu ape itu buasir boleh jer google ya.. Murni malas nak cerita (seram + fobia sebenarnya) Dan kepada yang ada geli2 sila abaikan entry ini ya...hehehe





Masa mula2 nak menulis haritu Murni malu sebenarnya. Dan apabila murni google rupanya buasir ketika hamil dan berpantang adalah perkara biasa yang berlaku kepada 1 org daripada 10 wanita yang mengandung dan bersalin. Namun, ia begitu jarang sekali dibincangkan secara umum. Malu barangkali..Jadi Murni nak share laa juga pengalaman Murni..

Macam Murni, Murni pernah hadapi masalah buasir ni hanya ketika  selepas bersalin anak pertama sahaja..masa mengandungkan dan melahirkan anak ke-2 Alhamdulillah tak kena penyakit buasir ini.


Nak tau macam mana Murni kena Buasir akibat bersalin anak pertama boleh jenguk baca disini..



Ok, Masa Murni kena buasir stage-3 tu tekanan perasaan yang sukar untuk digambarkan kerana risau..dekat kepala ni macam2 persoalan timbul...huhuhu

"Kalaulah buasir ini tidak baik semula lepas pantang macam mana?"...

"Malunya kalau kena operate buang buasir ni kalau tak baik-baik semula..."...


Masa tu, naik stress bila Murni cuba recall semula perasaan risau, takut, dan stress masa tu. Perut rasa mengeras sebab tak dapat buang air dengan baik. Takut nak ke tandas setiap kali terasa nak membuang. Anak pula menangis. Murni pulak tak boleh duduk dengan betul. Menyusu sambil baring jer. Dalam keadaan kita tengah stress buasir dan sembelit tu, memang tidak keruan. Nak susukan anak pun dalam keadaan risau. Tak tenang. Mula lah susu malu-malu nak keluar dipengaruhi emosi kita yang tidak tenang. Murni hampir2 meroyan kerana hampir 3hari 3 malam tak boleh tidur. Tambah2 berpantang rumah mertua yg dot dot dot..Dalam hati hati hanya berdoa supaya tidak kena penyakit Meroyan pula. Oleh kerana Murni pernah hampir2 kena meroyan (kata bidan yang merawat buasir Murni) inshaAllah Murni akan ceritakan pengalaman murni hampir2 kena meroyan lepas bersalin.






Ok berbalik kepada masalah buasir tu Murni ada merujuk ke Hospital USM pada hari ke-5 selepas bersalin..Tetapi doktor tak berani berbuat ape2 sebab luka bersalin pon masih belu sembuh. Doc hanya bagi suntikan tahan sakit iaitu Morphine (utk melegakan sakit teruk yang berterusan). Dan lepas disuntik Morphine tu murni rasa kepala tiba2 melayang. lepas tu murni dibenarkan balik. Dan sekali lagi Murni kecewa. Sekali lagi perasaan takut dan susah hati melanda lagi. Lambat lagi sebulan tu hoii..jenuh tahan sakit ni..dan persoalan paling kuat ialah 


"Boleh ke baik semula ni?"...


Tapi Murni rasa berkat doa Murni masa menyusukan Alysa, pada hari ke-5 Murni minta izin untuk balik ke rumah mak. Dah tak tahan menanggung sakit buasir dan juga menderita "batin" berpantang di rumah mertua...mujur suami pon memahami. Sebaik sampai di rumah mak, cepat2 mak pergi jemput Mokdah bidan kampung (bidan turun temurun ni) kerana Murni mengadu macam 'jiwa kacau' dan tak boleh tidur dah banyak malam (Murni hampir meroyan menurut bidan). Dan semasa bidan tu sampai dia membaca Surah Maryam, Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar di ubun2 Murni. Dan ada juga ayat2 bangkit asal keturunan kot..tapi ape yang Murni dengar semua elok2 ja..takda ayat2 syirik..selepas dibacakan ayat itu dan ditiup2 di ubun2 Murni dan tiba2 Murni rasa nyaman dan mengantuk. Dan terlena....(hampir 20 minit terlelap Murni terjaga..Dan bidan tu juga kata "mek jange bimbe, toksoh pikir bukan2, Buasir macam ni biasa doh jadi..dan ramai doh sembuh..anok Mokdah sendiri pon kena lagi teruk dari ni"..jap lagi suruh abe gi amik ubat sapu & ubat make kat umoh mokdah"..Dialek Kelantan laa sebab bidan tu orang kelantan..hehehehe


Dan petang tu juga husband pergi ambik ubat sapu dan ubat makan.. menurut bidan ubat tu dia buat sendiri..dan ramuannya berasaskan buah2 dan kacang2..macam ubat sapu tu dia cecair pekat dan manis (dia kata madu kelulut). Dan masa sapu dekat 'kuntum bunga tu' sakitnya dan pedihnya hanya Allah yang tahu. Dan sekali lagi masalah Murni ni jenis tak tahan sakit dan Murni bagitau husband takmau dah sapu..Husband pujuk kata jangan laa basuh..tunggu pagi esok...Murni terpaksa tahan sakit sepanjang malam...Dan pagi esok bila bangun tidur Murni terkejut besar 'kuntum' tu dah kecut 50% dari saiz sebenar..Husband yang kerja hospital tu pon macam tak percaya. Kerana sebelum ni macam2 krim (beli di farmasi dan tabib cina) Murni sapu tapi takda perubahan..Dengan ubat bidan ni sekali sapu dah kecut. Tetapi 'kuntum' tu mengeluarkan air (air bisa kata bidan).. dan bila sapuan ke-2 sakit dah kurang..masuk hari ke-3 sapu ubat cecair tu Alhamdulillah dah kecut habis..dan Murni pon dah boleh duduk macam biasa. Husband sampai mengucap panjang..dia kata pertama kali dia percaya pada ubat kampung..sebab sebelum ni dia hanya tahu ubat hospital jer...huhuhuh


Walaupon buasir tu dah kecut Murni masih memakan ubat kapsul buatan bidan tu. Dia kata elok juga untuk berpantang. Ubat tu pon boleh memperbanyakkan susu. Tiada kata2 yang boleh Murni gambarkan kerana dalam masa seminggu lebih jer Buasir Murni dah sembh sepenuhnya. Dan sekali lagi Murni bimbang kerana pada usia Alysa 11 bulan Murni mengandung lagi..takutnyaaa..takut nanti bersalin anak no-2 terjadi lagi..Tapi Alhamdulillah masa bersalinkan Danish, Murni tak kena buasir tu padahal berat Danish 3.85kg. Lagi besar dari Alysa. Dan sampai sekarang Murni tak pernah lagi terkena buasir tu..Disamping itu Murni ada mengamalkan Set Buasir Shaklee. Sedikit sebanyak membantu Murni menjaga supaya buasir ni tak berulang kembali.


Itulah cara Murni merawat buasir murni..dengan ubat bidan kampung. Semasa murni google untuk menulis entry ini murni ada juga jumpa beberapa tips untuk merawat buasir ni. dan kebanyakan tips tersebut Murni ada buat. tapi tak berjaya..Tapi kawan2 boleh laa juga mencuba..Mana tau sesuai dengan kawan2 yang mengalami Buasir semasa mengandung dan bersalin.

  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.(dah buat)
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.(dah buat)
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.(dah buat)
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.(Murni tak boleh buat sebab dah keras &sakit)
  • Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan.(doctor ada bagi tapi tak berkesan)
  • Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.(dah cuba ubat tabib cina tapi tak jadi apa)


Sekiranya priskripsi ubat yang diberikan oleh doktor tidak berkesan atau anda sendiri segan dan malu untuk berjumpa dengan doktor, Murni juga sarankan anda cuba amalkan Set Buasir daripada Shaklee.



Set Buasir Shaklee

Set Buasir Shaklee ni ternyata sangat berkesan untuk merawat dan mengecutkan buasir..Ada kawan Murni kena buasir berdarah. Alhamdulillah lepas dia amalkan Set Buasir Shaklee ni pendarahan berhenti dengan cepat. 


1) Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan bengkak.


2) Zinc Complex 

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Dalam kes buasir ini, zinc complex akan berfungsi untuk merawat luka akibat buasir itu tadi. 


3) Ostematrix

OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Untuk kes merawat buasir, ostematrix akan berfungsi untuk membantu melawaskan penghadaman dan dapat elakkan daripada berlakunya sembelit. Masalah sembelit ketika mana kita sedang mengalami buasir memang tersangat menakutkan sebenarnya. Ngeri dan trauma ketika hendak membuang. 



Jom Murni kongsikan testimonial yang menggunakan Set Buasir Shaklee ketika berpantang.





Jangan segan-segan untuk hubungi Murni dan Murni akan cuba sedaya upaya untuk memberikan nasihat dan pandangan memgenai produk ini dan cara pengambilan yang betul. 



Artikel Menarik Yang Lain

30 ulasan

  1. akak makan shaklee untuk buasir ke shaklee untuk putih ? confuse jap.. hehe

    ReplyDelete
  2. ngerinya buasir ni
    alhamdulilah tok xde alami buasir tempoh sebelum or selepas beranak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan Allah uji masa nak bersalin & lepas bersalin..huhuhuhu

      Delete
  3. ngeri bila kena buasir ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ekin..dah laa masa bersalin...dua azab kena tanggung

      Delete
  4. dugaan org bsalin normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zai..rezeki masing2 kan..ada org senang ada org susah..huhuhu

      Delete
  5. takda pengalaman lg tp mana tau boleh baca balik entry kak ni. huhu seriau

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 xperlu baca lg..semuanya berjalan lancar..Aamiiin!

      Delete
  6. Salam murni.sy kena buasir sama mcm keadaan murni x blh ditolak semula.dah lebih seminggu menghdap sakit ttp bemgkaknye besar x berkurang.semua tips yg murni senaraikan yg dahpon murni buat sama hasilnya macam saya x manjadi.jadi sy minta jasa baik murni untuk dapatkan saya ubat sapu budan kampung tu.sy berharap sgt murni dpt tlg kirimkn ubat itu pada sy.xsanggup lg sy menahan azab ni dgn keadaan yg tgh sarat mengandung 36 minggu.bl2 anak sy blh kluar .dgn stress yg x blh di kawal lg.sy mohon murni blh contact sy 0173786640 melissa secepat mungkin.hanya Allah blh membalasnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..sebenarnya bidan tu dah tak berubat dah sekarang kerana uzur..kisah akak ni pon dah 7tahun lepas..minta maaf ya

      Delete
  7. Salam murni.sy kena buasir sama mcm keadaan murni x blh ditolak semula.dah lebih seminggu menghdap sakit ttp bemgkaknye besar x berkurang.semua tips yg murni senaraikan yg dahpon murni buat sama hasilnya macam saya x manjadi.jadi sy minta jasa baik murni untuk dapatkan saya ubat sapu budan kampung tu.sy berharap sgt murni dpt tlg kirimkn ubat itu pada sy.xsanggup lg sy menahan azab ni dgn keadaan yg tgh sarat mengandung 36 minggu.bl2 anak sy blh kluar .dgn stress yg x blh di kawal lg.sy mohon murni blh contact sy 0173786640 melissa secepat mungkin.hanya Allah blh membalasnye..

    ReplyDelete
  8. Salam kak. Saya nak tanya pasal ubat bidan kampung utk buasir tu. Saya kena buasir, saya baru 20 tahun. Takut jugak kalau makin teruk sampai stage 4 😢 Harap akak boleh bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..kalau adik nak ubat bidan kg tu sekarang dia dah tak berubat kerana uzur..tapi kalau adik nak cuba supplement shaklee boleh jer hubungi akak

      Delete
    2. Saya tengah makan supplement shaklee Omega Guard & Ostematrix dah seminggu tapi masih sakit bila membuang. Dulu pernah amalkan zinc complex, lepas 3 hari dah hilang sakit. Tp skrg dah seminggu masih takde perubahan.

      Delete
  9. Geram dgar alasan ckp bidan xmampu nk mngubat lg...bg la pluang org jumpa bidan tu dlu...knapa judge awal2 ckp bidan tu xmngubat lg...ikhlas ke tak nih nk share pluang org lain nk brubat?...jgn lar nk reka citer bidan sbb nk jual shaklee...jgn buat harapan palsu pd org yg mmbaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni kenapa? Saya cerita pengalaman saya 7thn lps..kenapa pulak nak tuduh saya tak bg peluang kat awak berubat. Dah memang bidan tu dah uzur kalau awak x percaya awak boleh pergi cari dekat kampung saya..nak alamat boleh wasap saya ada no fon saya kann..jg sikit mulut tu saya bukan nak awak percaya..ni blog saya awak takde hak nak tuduh saya mcm tu..

      Delete
  10. Kalu ikhlas dan jujur, siarkan komen sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah siarkan..Ape masalah awak???

      Delete
  11. Dan jawab persoalan sya...sya pun pngidap buasir...sya tau sakitnya mcm mna...bg pluang kt org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang ape? Saya sakit tu 7thn lps tau..loni bidan tu dah tua uzur terbaring dah dkt 3thn kena strok..awak nak paksa dia ubatkan awak ke?? Pergi laa cari dia..ckp biar berlapik

      Delete
  12. Salam ...hi guys...sy buasir thp 4...skrg ni br nk try mkn ubt bidan kt kg sy ...ad yg dh cuba sembuh...nt sy try dlu ok ke x...ubat dia xmhal sapu rm4 yg kapsul rm15 je sbotol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, sy pn kne buasir mcm sis2 kat atas.. Sy nk cuba ubt bidan kg sis...mhn bantuan bagaimana sy boleh dapatkan...0135208482, tq

      Delete
    2. salam sis, saya pun ada masalah buasir, saya pun nak cuba ubat bidan kg sis..mohon bantuan, ni no saya 012-2962160, terima kasih.

      Delete
    3. Dh sembuh keee? Saya kena buasir nie Kalau elok saya nk beli

      Delete
    4. Sembuh dh ke saya nk try

      Delete
  13. Salam sis Murni....maaf sya nk tanya set buasir tu sesuai ta utk lelaki? SuamiSuami sya da lama ada masalah buasir dan da try mcm2 ubat tapi ta sembuh.

    ReplyDelete
  14. salam sis,saya tengah alami skg ni sakit buasir stage 3...smpai trauma rasa tiap kali nak menbuang..wlpun najis lembut buasir tetap sakit...hanya Allah saja ya tahu bertapa sakit seksa nya...masa 3/2/21 ..saya sakit sgt2 kt tmpat buasir..smpai nk bg susu anak pun tk boleh,biasa bagi sambil baring boleh ni tak boleh dia punya sakit berdenyut tu Allah saja tahu..smpai saya mtk suami pergi belikan susu fm dkt ank ..Allah nak uji lagi saya...masa bagi susu fm tu anak saya naik ruam merah bengkak habis satu bdn sebab alergic pada susu fm....smpai kena tahan wad. ...bygkan dgn sakit buasirmya lagi ank plak kena mcm tu...down sgt2 mental dgn bdn skali rasa lemah...😭😭😭😭...mkn ubt mcm2 dh...tk jalan...buasir dalaman tu bila keluar ada besar ibu jari ..😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous28 June, 2022

      boleh cuba guna minyak dr b dalam ig buasirkecut

      Delete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang