Homemade Strawberry Jam by Murni Alysa : )

September 29, 2016



Assalamualaikum..


Hari tu semasa di Cameron Highland sengaja Murni beli lebih buah strawberi untuk makan sendiri dan beri pada kawan2. Tapi satu jer masalah buah strawberry ni masa kat cameron Highlan manis jer..Bila balik rumah masyamm laa pulak.. Pastu walau boh dalam petiais pon dia tetap akan rosak bila lama. Dah Masih ada 2 paket dalam petiais dan takut kecut murni pon try buat jem strawbery. First time cuba ni. harap menjadi. lagipon Murni pikir buat sendiri lebih selamat, diyakini bersih dan insya-Allah keluarga pun suka.



Di bawah ini sMurni kongsikan cara-cara untuk buat jem strawberi di rumah;-


1. Basuh buah strawberi tersebut, buang daunnya dan belah 3-4.











2. Masukkan dalam periuk dan tambah air hingga buah strawberi tenggelam dalam 1/3 sahaja. Nanti buah strawberi akan keluarkan airnya jadi air akan makin bertambah nanti.








3. Tambahkan gula dalam 2-3 senduk (kurangkan jika mahu kurang manis dan tambahkan jika mahu lagi manis) dan biar menggelegak. Tambah sikit sahaja garam ke dalam periuk.












4. Biarkan larutan strawberi-gula tersebut mengering sehingga mencapai tahap yang kita mahu (Murni suka jem yang sedikit cair, atas selera masing-masing kalau nak yang kering berketul boleh masak lama sikit). Akhir sekali, selepas api ditutup tambahkan perahan limau nipis dalam 1 sudu besar (untuk bagi tahan lebih lama).








5. Sejukkan dan bila dah sejuk boleh laa masukkan dalam bekas atau botol. macam murni hanya reuse botol2 yang sedia ada kat dapur. Tapi sebelum guna murni sterilekan dlu botol2 tu dengan rendam dalam air panas. Dah siap boh dalam botol boleh laa simpan dalan petiais.






Inilah hasilnya. Banyak la juga. Satu lagi Murni nak bagitau..sepanjang masak jem srawberi ni satu rumah bau wangi strawberi. memang semerbak..sedap sangat bau dia. Sampai anak2 tanya ibu masak apa??? Dan bila makan jem ni pon sangat sedap. Murni buat kurang manis. Macam rasa ori strawberi gitu..Yum Yum!!!







Selamat Mencuba!!!



Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang