Sangkar Kucing Baru | Tiqa & Tiqi si Bulus

12:37 PM



Assalamualaikum..


Tak habis2 lagi dengan cerita si Bulus ni..Almaklum seumur hidup tak pernah ada pengalaman bela si Bulus ni. Memandangkan anak2 dan husband minat dan suka sangat maka ibu layan jer la. Tapi sejak 3-4 hari tggal bersama si bulus ni datang perasaan sayang dan suka dah hoii.. tambah bila tengok kecomelan dan kegebuan bulunya..rasa seronok pulak bila diorang datang bermain2 dekat kaki kita..hehehe betul laa org kata "tak kenal maka tak cinta"..cewah2!!!











Haritu sebelum balik ambik si Bulus ni kat kampong, Mil cakap nak ambik seekor je dekat pakcik abg. Tiba2 pulak pakcik abg bg 2ekor. Persiapan kami untuk seekor jer laa masa beli cage. beli kecik sajork. Jadi bila boh 2beradik tu jadi sempit sgt. Dan bila kami pergi kerja letak 2beradik tu dalam cage kecik tu sepanjang hari. Jadi kesian pulak tengok mereka tak boleh nak bergerak sangat..huhuhu






Jadi lepas perbincangan kami suami isteri kami pon bercadang nak beli cage yang besar sikit untuk mereka. Dekat Pulau Pinang ni kawasan berdekatan tempat Murni tinggal ni ada la beberapa petshop di Bayan Baru dan Bayan Lepas..lepas survey2 harga tempat yang paling murah adalah dekat Blue Ocean Petshop, Sunway Tunas. Cage yang dekat bawah ni dapat dengan harga Rm320 jer. Murni pernah tengok dekat kedai satu lagi cage yang sama harga Rm495. Beza banyak sgt. 






Tak pk2 cepat2 kami beli..Mujur muat2 bawa masuk dalam Gen2. Mujur seat belakang boleh perebah..so sumbat muat2 masuk dalam kereta. Maka bermula laa kerja memasang cage ni malam2 buta. 


 






Taraaa..dah siap (abaikan rumah macam tokang pecah..hahaha. Try boh bulus 2beradik tu dalam..Ternyata mereka suka..hehehe

















Ok Tiqa ambik port atas dan Tiqi ambik port bawah..Jamban mereka kat bawah sekali..hehehe


Tiqa




Tiqi



Tapi bila nak tidur dua2 naik atas..Alhamdulillah mujur semuanya selesai dalam masa 1malam. Esok boleh laa kami pergi kerja dengan tenang sebab Tiqa & Tiqi ada tempat tinggal yg selesa. 






Lepas ni plan nak p Vaksin dua beradik ni pulak. Umur mereka pon dah nak masuk 3 bulan. Alahai macam beranak kecik laa pulak..sabor jer laa....Ok Bye!!






Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. kak oi, rm 320 tu ok sgt hrga tu..

    huuu.cntik

    xpe sgkr itam tu leh guna kot t dia beranak..hehehe.

    ReplyDelete
  2. huii..bestnya sangkar dia..:)

    ReplyDelete
  3. Ok la... harga tu sangkar tu pun dah murah... awak bagi dry food jenis apa? Teman pun bela kucing juga... seekor je... DLH je... itu pun orang bagi free... teman bagi makan dry food jenis Blackwood je... Kat sana vaksin berapa RM ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom bagi dry food..duk bg wet food lagi..vaksin pon blom mggu dpn baru nak bw pergi vaksin..mereka ni baru 2+month

      Delete
  4. sorang setingkat, tak berebut dah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berebut gak pernah tiqa tolak tiqi sampai jatuh bawah..

      Delete
  5. gembira dua ekor ni dapat rumah baru hihihihi... lepas ni semakin sayang la akak dua ekor ni...

    ReplyDelete
  6. Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
    http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

    ReplyDelete
  7. Wah terima kasih atas artikel ini. Sangat membantu. Nanti saya share.

    blog saya > Sangkar Kucing

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang