Review | 5D Interactive World | Tempat Menarik di Pulau Pinang

9:29 AM

Assalamualaikum semua..



Harini Murni nak review satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang ni. kalau kawan2 berkunjung ke Pulau Pinang boleh laa masukkan dalam itinerary untuk berkunjung ke 5D Interactive Word ni. Lokasinya pon sangat senang nak dicari. Ianya berada di tengah2 antara bagunan Gamma dan Penang Times Square..dan hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai dari situ






Dan jika kawan2 berada di bangunan Komtar, kawan2 boleh juga menaiki bas bas RAPID Penang iaitu dengan menaiki bas no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 dan 11. Jika anda menggunakan bas Hop On Hop Off (HoHo) anda boleh berhenti di stesen HoHo bernombor 7. Tapi Kalau kawan2 berkereta sebaikknya kawan2 parking kereta di Penang Times Square atau Gamma kerana tempat ni sangat susah nak dapat parking. Kerana terletak betul2 tepi jalan raya.










Lepas beli tiket kami mula memasuki bangunan 5D interactive world ni. Mula2 masuk Murni dan suami agak blurr2 sebab tak tahu apa motif sebenar kewujudan 5D Interactive World ni. Yang Murni tahu mungkin tempat ni sesuai untuk ambik gambar cantik2 gitu..Setelah diberi penerangan barula Murni faham..Rupanya ada mesej yang nak disampaikan berdasarkan 5D art ni.



ZON ALAM SEKITAR


Kalau hidup dikelilingi sampah.......


Macam gambar sampah sarap kat atas tu menunjukkan kita kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Cuba bayangkan kalau hidup kita dikelilingi dengan sampah sarap..alahai tak sanggup. Dan gambar kat bawah ni pun sama ada replika seekor penyu terlekat pada pukat..memang kesian (Alysa & Danish asyik cakap kesian dia) huhuhu..Beginilah nasib penyu ni dan hidupan laut yang lain kalau dunia kita tercemar termasuklah dgn habitat mereka di laut . Haritu anak2 Murni mendpt pengajaran dari cerita tentang kepentingan menjaga alam sekitar.. Dan jangan buang sampah merata2..hehehe



Tengok muka Alysa & Danish...


Ibu konon2 nak lepaskan penyu comey tu...



 Kat bawah ni pula menceritakan tentang hidupan dekat hutan seperti tapir dan tenggiling yang hampir pupus kerana pencemaran alam.. Jadi untuk pastikan anak cucu kita masih sempat melihat mereka jagalah kebersihan alam sekitar.

ENDANGERED ANIMAL



Nampak tak sampah sarap dekat kaki tapir ni...



Tengok ekor tenggiling ni yang rosak...


Gambar kat bawah ni seolah2 menceritakan keadaan dimana kehidupan kita jika ketiadaan air. Maka sambil bergambar tu boleh laa bercerita kat anak2 begini la kalau kita ketiadaan air..jadi perlu berjimat cermat semasa menggunakan air.. Gambar seolah2 menceritakan menunggu air keluar dari pagi sampai maghrib hanya ada setitik..huhuhuhu



SAVE WATER










Bila nak penuh ni????


Ibu pon tunggu sampai petang tak penuh2 airnya..hahaha




Gambar seterusnya seolah2 memberitahu kita supaya amalkan sikap mengitar semula. Contohnya kertas tu dijadikan rama2 yang cantik dan penutup botol dijadikan gambar penyu. Kreatif betul mereka ni dalam memperomosikan amalan mengitar semula.


Rama2 Kertas yang cantik




Penutup botol pon canti dan menarik dibuat hiasan dinding..



Ok la dah habis belajar pasal kebersihan alam sekitar , kita sampai ke tempat untuk ambik gambar aksi pulak. Tang ni part paling seronok dan patut ler gambar banyak sangat. Harap kawan2 bertabah laa untuk melihatnya. hehehe



ANIMATION SECTION


Gozilla tangkat Alysa, Danish cuba selamatkan


Encik suami kena cekik ngn Gozilla sampai pengsan


Ibu acah2 kena tangkap..anak2 datang menolong


Power betul Nina & Alysa, sampai terpelanting kami


Acah2 comey laa tu...



MAGIC MOMENT


Danish hairan macam mana abah terapung


menakutkan pon ada


Kakak Alysa pon hebat


Wah2 hebat dua beranak ni


Melangkah ke dunia sihir. Menjelajahi tamadun Maya dan tamadun Mesir dengan menjadi seorang ahli sihir yang dikagumi ramai..Hahahah


Bangun lahhhhh!!!!



Encik Suami tokmoh pon sakit gak ker????



ZON ANIMASI


Siapa suruh buat fomula salah..kan tangan dah membesar & buruk


Labah2 culik Alysa, Danish datang selamatkan


SuperHero (Ninja Turtle) datang menyelamat...


ZON ARCA


Karya seni wayar 3D ini dalam pelbagai saiz, minimum 16 inci X 16 inci dan maksimum 8 kaki X 8 kaki. Mencipta karya ukiran yang tunggal dan unik, dengan pergerakan badan, postur dan mimik muka anda.


Hasil tekap tangan, muka & badan encik suami

Dah habis meronda dan berposing sakan kami dijemput naik ke tingkat atas. Murni nampak dari bawah ada banyak meja dan kerusi. ingatkan ada cafe ke ape..hahaha. Rupanya kat atas tu ada satu lagi tempat menarik.




ZON TANAH LIAT

Disini kita kembali ke alam semula jadi, menggunakan tanah liat untuk mencipta karya seni yang tersendiri. Walaupun tanah liat merupakan bahan yang asas dan kasar, tetapi ia merupakan elemen penting dalam kehidupan. Jom tengok..betapa enjoy anak2 Murni haritu..



Disini kami diberi seketul tanah liat dan peralatan untuk membuat karya seni seperti ceramic atau binatang2 (ni betul2 tanah liat yang orang buat tembikar tu tau). Ape lagi kemain seronok laa anak2 sebab ini pengalaman pertama dapat bermain dengan tanah liat. Selalunya mereka bermain dgn plasticine jer.




 Dan haritu kami sangat beruntung kerana seorang staff 5D Interactive World ni sudi mengajar kami cara2 untuk membuat karya seni dengan tanah liat ni. Terima kasih kepada Miss Cristine kerana sangat peramah dan bersabar melayan karenah Alysa dan Danish. Termasuk suami Murni pon dia ajar. memang terbaik la Miss Cristine ni. Dan kat bawah ni adalah hasilnya. semua berjaya menghasilkan macam2 karya seni.


Pasu (katanya) dah siap



Alysa buat dinosor gemok


Danish buat Turtle


Sambil tunggu anak2 dan suami siapkan projek tanah liat mereka sempat lagi kami berposing bersama geng Team Projek Blogger Utara dan juga blogger jemputan Zafirah Nazri.


Muka Muka Ceria..hehehe



Antara hasil karya seni dari Tanah Liat


Inilah hasil yang pernah dibuat oleh pengunjung2 5D Interactive World ni. Cantik2 kan???. Yang kami buat haritu dibenarkan bawa balik sebagai kenang-kenangan. Kat bawah tu juga ada dijual cendera mata untuk dibeli dan dibawa balik..


Bahagian Cenderamata


5D Interactive World, Penang


Sekali lagi Ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak 5D Interactive Word kerana menjemput kami dari #teamProjekBloggerUtara untuk merasi sendiri keunikan yang ada di 5D Interactive World ni. Inshaallah kalau ada kelapangan kami akan datang lagi. kalau kawan2 pon sudi nak datang boleh jer ke alamat dibawah.







5D Interactive World
9F, Jalan Dato Keramat,Georgetown, 
10150 George Town, Malaysia




Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. pandai alysa buat memek muka takut kat gozilla tu hehe

    ReplyDelete
  2. nina x habis2 buat muka.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. anak2 yang seronok.. apapun banyak unsur kesedaran dan pendidikan untuk anak2 di sini..

    ReplyDelete
  4. bestnya akak.. lawa2 pulak tu gambar..henpon baru la kata kan..hehehe

    ReplyDelete
  5. Paling suka magic moment! Menarik sangat tu. Bestnyaaa. Wajib pergi kalau ke sana :)

    ReplyDelete
  6. bestnya. busyra tak pernah sampai lg ke sini. ada geng blogger utara rupanya. ada page rasmi tak akak? sbb busyra pun org utara jgk,. hehe

    ReplyDelete
  7. gmbr 2 beranak terapung tu mmg dasat

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang