S Pink Premium Pointer

Lazada Malaysia Melancarkan Jualan "Online Revolution – Jenama untuk Semua"


Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara





Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia





Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.



Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.








Mengenai “Online Revolution” Lazada


“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 







Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.



Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.



“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.






Jadi ape lagi sila mark dekat calendar korang semua tarik 11.11.16. Jangan lupa hebahkan juga pada kawan2, adik beradik dan sedara mara..selamat membeli-belah nanti.




7 Komentar untuk "Lazada Malaysia Melancarkan Jualan "Online Revolution – Jenama untuk Semua""

jom mokcik kita pi sopin nak masuk umah baru kan hahaha

Seram owh.. Mood nak bershopping makin meronta-ronta bila nengok iklan nie.. hehehe

xleh buka... sbbnya tgh bulan.. nk buka lazada kena awai bulan hihi..

tgh bulan br ada sales...kita dh beli kasut br...suar br..bj baru dh ritu

ari tu aida jengah gak lazada 11.11.
sib baik xde yg berkenan di mata :) ha ha ha....
if not, hu hu hu abis lah!

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH