Dark Mansion Penang | The First 3D Glow In The Dark Museum in Malaysia

10:16 AM


Assalamulaikum..



Cuti2 sekolah ni kalau berkunjung ke Utara Malaysia terutama Pulau Pinang ni..Murni nak perkenalkan satu lagi tempat yang sangat menarik dan merupakan tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang. Perkenalkan DARK MANSION - 3D GLOW IN THE DARK  MUSEUM PERTAMA DI MALAYSIA..jadi jangan lepaskan peluang ini. 


Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum


Kenapa Murni kata tempat ini sangat menarik..Memang menarik ponn..hehehe. Di Dark Mansion anda boleh melihat satu langkah ke hadapan dari teknik seni lukisan 3D yang mengubah lukisan 2 dimensi ke dalam imej 3 dimensi, Dark Mansion menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan ia satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang kepada malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza.



Dark Mansion menpunyai 2 tingkat. Bila masuk ke dalam Dark Mansion ini ia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Jom kita terjah serba sedikit apa yang menarik dalam Dark Mansion-3D Glow in the Dark Museum.


My Toy Story - A Fun - Ride On Childhood

Di bahagian My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood anda boleh bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada bermacam-macam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros, Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi . Hasil lukisan 3D di Dark Mansion pon sangat menarik dan cantik.



Tamagotchi



Super Mario Bros




Troll Doll





Lego



Army Men




Snakes & Ladder



Football Table



Selfie With Barbie Doll



Fighting Poster



Street Fighter



Claw Crane



Paper Doll





Mysterious Tropical Pandora

Dibahagian Mysterious Tropical Pandora pula kita di bawa meneroka hutan tropika yang penuh misteri dengan kesan cahaya di dalam gelap. Kita boleh menyaksikan metamorfosis tumbuhan menjadi makhluk hidup yang istimewa dalam beberapa saat. Dengan efek lampu Daylight dan Blackligt kita akan dapat hasil gambar yang berbeza-beza..tak caya cer tengok picture dibawah..hehehe



 

Acah2 Bercinta dalam Semak hahaha 
























The Underwater World
Mak Duyung or Mak Dugong


Stars and Moonlight


Stargaze di bulan! Dibahagian Stars and Moolight anda boleh menikmati keindahan malam berbintang dan boleh bertemu dengan zodiac anda di sana.





Sempena keesokan harinya 11/12/2016 anniverasary kami yang ke-8 tahun so kami ambik peluang ini untuk posing manti-mantik gitu (jgn muntah ijo naa). Konon2 dating kat bulan sambil mengira bintang. Ni baru betul HONEYMOON. Hahahahaha








Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting

Di Dark Mansion, bahagian ini adalah yang sangat-sangat menarik. Di sini merupakan lukisan kaki lima Anamorphic yang terbesar di dunia yang bercahaya di dalam gelap lukisan dengan kesan khas peralihan siang dan malam oleh Edgar Müller. Memang teruja bila dapat melihat serta bergambar dengan lukisan yang amat menarik ini.











The Infinity Room

Di The Infinity Room anda boleh berjalan di atas jambatan bercahaya yang tidak berkesudahan dan menikmati suasana yang menakjubkan di mana langit itu ditutup dengan makhluk yang berkilauan.





The Butterfly Fairy



T-Rex
Kami sekeluarga enjoy sakan



Terima kasih kepada pihak pengurusan Dark Mansion kerana menjemput team #projekbloggerutara merasai kehebatan hasil seni 3D yang paling canggih di Pulau Pinang ketika ini. Jadi kepada sesiapa yg berkunjung ke Pulau Pinang mesti datang sini. 






Untuk berkunjung ke Dark Mansion ni, boleh refer map kat bawah, details pun ada kat bawah jugak. Kalau nak maklumat lanjut mengenai Dark Mansion, boleh refer SINI.

Opening Hours:
Everyday: 10am – 6.30pm (Last admission at 5.30pm)
Approximate Duration of Visit: 1 hour

Admission:    
Adult RM20(M)  RM27(F)
Child RM12(M)  RM17(F)
Senior Citizen RM12(M) RM17(F)

Tickets are available from the Dark Mansion Counter. Please present proof of eligibility to enjoy special rate.

M - Malaysian, F - Foreigner


Address:
145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang, Malaysia.
Tel: (+60)4 – 251 9694








Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Wahh cantiknya art. Tak pernah pulak tahu pasal Dark Mansion ni. Hari tu saya cuma pegi 3D street art museum.

    ReplyDelete
  2. Weeee bestnya kak murni..gambar semua meletopsss

    ReplyDelete
  3. Ah tetiba rindukan Penang lepas baca Entry ini. Tak tahu pulak Penang ada new attraction ni...

    byk sgt 3D/ interaktif museum skg ni kan


    http://spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tengok gmbar je pun dah rasa nak pergi. First time tahu. Tq share.

    ReplyDelete
  5. lain dr muzium yg lain kan

    ReplyDelete
  6. swesstnya gambar kak dio

    ReplyDelete
  7. destnasi ni wajib!!! hiihihihihih

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang