Mengidam Kerang Bakar di Padang Kota Lama, Penang

6:25 PM



Assalamualaikum...


Murni nak tanya pernah ke ibu2 yang mengandung mengidamkan kerang bakar?? Nak yang bakar dengan arang tau..bukan bakar dengan Oven atau kerang rebus..Adoii..Mengada2 kan..tapi ini lah yang Murni alami sejak seminggu lepas..Asyik duk terbayang jer. Tapi kebetulan pulak masa ni Murni balik kerja kul 7ptg dan sampai rumah dah lambat..susah nak keluar. Dan pada hari minggu dah 2 kali Murni pergi kat Padang Kota Lama tapi hampa kerana takde parking kerana orang terlampau ramai disebabkan musim cuti sekolah..huhuhu


Kerang Bakar - Sepingan RM14



Kebetulan minggu lepas Murni balik dari Batu Ferringhi dalam pukul 12.45 tghari dan try laa singgah kat Food Court Padang Kota Lama ni. Alhamdulillah ada pulak parking kerana orang masih tak berapa ramai. Cepat2 kami cari tempat duduk. Tempat duduk yang berbumbung dah hampir penuh. Kami duduk depan kedai nasi ayam. Kawan2 kalau datang sini Murni nak bagi tips cari dulu tempat duduk siap2. Pastu nanti akan ada orang mai ambik order2 macam2..Kawan2 boleh jer nak duduk depan kedai nasi ayam tapi makan laksa ka pasemboq ka. Tapi kalau nak order pasemboq korang kena pergi beratur dan pilih sendiri ape jenis pasemboq yang kawan2 nak makan..hihihi










Inilah rupa kerang bakar yang diidam2kan oleh Makyong ni..Tau tak sos+kacang tumbuk ni sangat sedap. Murni mintak tambah siap2 sebab tau dah memang tak cukup. Bismillah..ibu makan untuk baby ni tau..pasni jgn mintak2 lg tau..kalau nak makan lg tggu nanti cuti sekolah dah habis..hehehe







Ini hasil yang ibu makan..hehehe


Ok tiba2 teringin nak makan laksa penang pulak. Share makan dengan Alysa..Semangkuk RM4. Rasanya ok laa juga..hihihi









Ini nasi ayam untuk Alysa & Danish. Walau rupa tak lawa tapi anak2 suka makan habis..Sepingan RM5. Air tak sempat snap tapi kat sini serba serbi mahal. Milo ais RM3 segelas, Teh O ais RM1.50 segelas dan Teh O ais Limau RM2 segelas. Redha jer laa bukan selalu..hihihihi










 Nampak tak orang cukup ramai beratur panjang nak beli pasemboq di kiri dan di depan meja kami..Kebetulan waktu tu dah waktu lunch dan hari Public Holiday Maulidur Rasul 2016. Kami lepas makan cabut balik..hehehe. Almaklum dah dapat ape yang diidamkan..Hehehehe







Padang Kota Lama Food Court




Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Alahai!! Ibu mengandung ngidam makan kerang ye..
    Mujurlah dapat.. kalau tak jenuh nak cari.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Nk kerang bakaq best pi makan kt tanjung dawai kak..hee

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang