Candlelight Dinner Projek Blogger Utara di Park Avenue Hotel, Sg Petani

9:17 AM

Assalamualaikum

Sambungan dari #projekbloggerutara di Presidential Suite, Park Avenue Hotel untuk memenuhi jemputan istimewa General Manager Park Avenue Hotel, Sungai Petani iaitu Encik Azmi Rahman bagi menghadiri jemputan makan malam bersama team Projek Blogger Utara.





Baby Bump dah nampak..12weeks gitu



Bertempat di Dewan Sejati, kami seramai 7 orang mewakili Team Projek Blogger Utara yang lain sangat2 teruja..Murni duk ingat ni makan malam biasa2 jer..tapi sangkaan Murni meleset sama sekali..masuk2 jer pintu Dewan Sejati tu kami saling pandang2 antara satu sama lain tapi tak terkata ape2..

 Western Set Dinner

Mana tak teruja..bila melihat hiasan meja yang serba mewah serta diiringi muzik instrumental seolah – olah berada di majlis makan malam pegawai tentera. Menurut eksekutif pemasaran dan jualan Park Avenue Hotel, Cik Catherine makan malam untuk blogger ini mengambil konsep yang sama seperti makan malam pegawai tertinggi tentera..Kami betul2 tak sangka akan dilayan seolah2 VVIP gitu...uwaaa nak nangis rasanya..






Makan malam yang istimewa ini bertemakan 'Western Set Dinner' dan semua makanan untuk makan malam ini dihidangkan sendiri oleh Chef Noor Azmy. Makanan dinikmati dalam cahaya lilin dan disertai dengan alunan music instrumental..memang penagalaman yang tak dapat dilupakan..


Kami dihidangkan dengan 6 hidangan makanan bermula dari pembuka selera (appertizer) dan diakhiri dengan minuman teh dan kopi. Menu pertama kami 'Prawn Avocado Salad'. Udangnya yang segar di rebus elok dan dihidangkan sejuk dengan salad avokado bersama campuran daun salad serta sos koktail yang di buat sendiri oleh chef Noor Azmy.

Prawn Avocado Salad





Kemudian kami dihidangkan pula dengan 'Cream of Wild Mushroom Soup'. Nampak seperti mushroom soup yang selalu kita makan tapi sup ini lain sangat rasanya. Sup ini telah di masak menggunakan 7 jenis cendawan liar yang boleh di makan dan dihidangkan bersama krim putar segar yang memberi kelainan terhadap rasa mushroom soup ini. Memang lemak berkrim.

Cream of Wild Mushroom Soup


Selepas itu dihidangkan pula dengan 'Orange Sherbet'. Fungsi sherbet ini adalah untuk mengurangkan rasa muak dari lemak berkrim mushroom soup yang kita makan tadi jadi dapatlah kita menikmati hidangan utama dengan selesa.

Orange Sherbet

Setiap kali hidangan sampai ke meja, Chef Noor Azmy akan menerangkan bahan dan juga apa yang dihidangkan malam itu. Semua hidangan dimasak segar oleh beliau dan khas untuk kami.


Masa yang ditunggu sudah tiba..hidangan utama untuk makan malam istimewa ni iaitu 'Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce'. Daging untuk steak ini di ambil dari bahagian daging lembu batang pinang membuatkan daging ini rasa sungguh lembut. Kita boleh merasi nikmat kesedapan daging ini disetiap kunyahan. Murni bagi 5 bintang untuk hidangan ini. Dan kami semua betul2 menikmatinya..hehehe

Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce




Tak lengkap hidangan makan malam kita tanpa pencuci mulut. Malam itu kami dihidangkan dengan 'Tiramisu' yang di makan bersama sos coklat dan sos strawberi. Murni bukan penggemar Tiramisu tapi yang ini memang sedap.

Tiramisu






Sebagai penutup makan malam, kami dihidangkan dengan 'kopi/teh dan biskut'. Murni memilih untuk minum teh sahaja. Takut minum kopi mata tak boleh tidor pulak..hihihi

teh dan biskut

Untuk pengetahuan kawan2, hidangan makan malam ini dikenali sebagai Western Dinner Set, jadi kalau sapa-sapa yang nak tempah untuk majlis kecil-kecilan seperti ulangtahun perkahwinan bersama yang tersayang bolehlah  berhubung dengan pihak Park Avenue Hotel Sungai Petani. Mesti pasangan anda tersenyum sampai telinga..hehehe








Murni rasa cukup bertuah dapat menikmati hidangan yang lazat sempena Makan Malam Projek Blogger Utara. Terima kasih En. Azmi Rahman General Manager, Ms. Catherine Albons Sales & Marketing Executive, Chef Noor Azmy dan semua staf Park Avenue Hotel Sungai Petani.


Untuk maklumat lanjut: 

E-1 Jalan Indah Dua,
Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani Kedah

+60 4-431 7777


Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. untung la dapat makan hotel

    ReplyDelete
  2. ups ! macam ada yang kena censored je ni

    ReplyDelete
  3. Paling suka Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce

    ReplyDelete
  4. Main course tu memang nampak mengiurkan

    ReplyDelete
  5. Wah.. main course dia mengancam betul..

    ReplyDelete
  6. menu2 semua sedap2 weiii..kerlass kann layan mcm VVIP sgt huhu terbaik

    ReplyDelete
  7. sampai 6 set ya? alhamdulillah rezeki murni tu dapat candlelight dinner best kat hotel.

    ReplyDelete
  8. wah syoknyaaa candle light dinner. yummeh. btw cantik dress you

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa! tempat cantik makanan pun macam best hehehe btw, saya singgah dan follow blog ni ya :) jemput singgah blog saya.

    https://anothersyed.blogspot.my/

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang