S Pink Premium Pointer

Darjah Satu 2017 | Alysa Hilang Masa Hari Orientasi

Assalamulaikum..

Dah seminggu di tahun 2017. Awal minggu haritu tersangat laa sibuk. Almaklum anak sulung Murni, Alysa sudah melangkah ke darjah satu. Terlalu cepat masa berlalu..rasanya baru semalam ibu melahirkan mu wahai anak..ishh ter-emo pulak...Harini saje nak lontar belakang tentang persekolahan Alysa..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...



Abah pakaikan uniform sekolah untuk Alysa


Persiapan ala kadar jer..selain dari dalam gambar abah Alysa ada belikan baju sukan dan baju KAFA.(tak sempat ambik gambar)





31.12.2016 - Hari Orientasi. Abah Alysa yang hantar sebab ibu kerja dan takleh cuti. Nak dijadikan cerita masa kerja dapat call dari encik suami kata Alysa hilang. Ibu hampir melompat ke syiling terkejut..baru nak mintak balik dengan bos tiba2 encik suami call kata dah jumpa. Rupanya masa nak ambik test cikgu bawa Alysa naik ke tingkat atas dan encik suami menunggu dibawah..sementara menunggu encik suami pergi membeli buku dekat koperasi sekolah. Selepas beli buku bila dia datang dan tengok budak2 lain yang ambik test semua sudah keluar. Alysa tak nampak batang hidung. Dia pon panik laa..Terus melilau cari sampai ke kantin...berderau darah dia..dia kata....RUPA2nya....
Alysa masih berada di tingkat atas bersama cikgu yang bawa dia naik..sebenarnya ibu-bapa yang perlu jemput anak masing2 dekat kelas tersebut..(bagus juga cikgu buat macam tu) tapi bila dah menggelabah terus panik laa encik suamiku..hehehe






03-01-2017 - Hari Pertama persekolahan..harini Murni kerja masuk pukul 10.30pagi jadi sempat laa kami hantar Alysa & Danish ke sekolah. Sampai2 kena berhimpun untuk atur kelas..






Alhamdulillah Alysa dapat kelas kedua dari 6 kelas. Ramai betul murid darjah satu tahun ni ada 185orang.






Kat belakang duk menangis..kesian


04-01-2017 - Hari Kedua, Murni seorang sahaja yang hantar Alysa..Cikgu pon dah warning boleh temankan murid sampai esok sahaja. Murni tak risau sangat sebab Alysa memang berdikari. Lagipon dia pon Pra-sekolah di sekolah ni..





Ok la, setakat ini laa coretan persekolahan Alysa..Ibu dan Abah doakan semoga Nur Alysa Sophia Berjaya di Dunia dan di Akhirat Kelak..Aamiiin!



9 Komentar untuk "Darjah Satu 2017 | Alysa Hilang Masa Hari Orientasi"

Kalau SA anak hilang tu confirm dh melalak dh..heheheh...macam2 ragam anak-anak baru masuk sekolah kan

sebaya la anak kita ya..hihihi comel dia..

klu dah pra sekolah yg sama tak de masalah la .... budak yg tak pernah bersekolah kat seko,lah tu yg akan menangis selalunye ...

Alahai... bila anak da besar da sekolah.. rasa touching pula

best kan bila anak dah mula sekolah ni..dia punya perasaan tu 1001 mcm hahaha..gud luck alysa..

tahun depan turn anakMommy pulak..anak tahun 1 =)

nampak ceria.. boleh geng dengan anak saudara ni.. siap xbagi waktu rehat masa minggu first sekolah aritu.. hahhaha...

Coretan Popular Ku : )

 
Copyright © 2014 Coretan Murni Alysa - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info | Edit By MH