DJI Phantom 3 Drone | Hobi Baru Encik Suami

January 10, 2017


Assalamulaikum..


Harini Murni nak cerita tentang hobi baru encik suami..Sebelum ni hobi encik suami hanya bermain online game jer..Tapi disebabkan loni rutin harian semakin sibuk maka dah jarang encik suami bermain game. Jadi Murni dah anggap encik suami dah takde hobi dah laa loni..hehehehe




Baru2 ni Murni ada laa search youtube satu tempat peranginan yang bakal kami kunjungi tak lama lg. Dalam video youtube tu ada satu video yang diambil dari udara dan view sangat laa cantik lain dari yang lain. Murni pon tunjuk laa kat encik suami..dia pon kata cantik gak macam best juga. Dia kata video ni diambil dengan drone. Sekali lagi search pasal DJI Phantom 3 dekat youtube. Anak2 pon excited duk cakap abah beli laa Danish & Alysa suka..Jom layan Video pengenalan kepada DJI Phantom 3 ni..


DJI - Introducing the Phantom 3 Standard



Dan keesokan harinya encik suami terus order dengan lazada.com. Dalam tu ada macam2 jenis drone yang dijual. harga pon ada macam2..Jadi kami pilih DJI Phantom 3 Standard Quadcopter Drone. Ni antara specification yg dia ada:

  • 2.7K HD videos and 12 Megapixel photos with the integratedaerial camera
  • intelligent flight system
  • Advanced gimbal stabilization technology
  • Fly up to 25 minutes on a single charge
  • Intelligent Flight Battery
  • 720p HD real-time view of what your camera sees right on yourmobile device
  • Sirim Certififed

Ok taraaa...dah sampai..









Jom unbox....



ini adalah body with camera..




Ini pulak remote control..Dah 10 tahun rupanya jenama DJI ni..hehehe



Aksesori...
















Malam tu jugak encik suami pasang siap sebab nak try terbangkan malam tu juga..Excited punya pasal..Tapiiiiii......Tapi malangnya......



Malangnya..rumah kami adalah berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang jadi drone ni tidak berfungsi langsung. Untuk menerbangkan drone ni kita kena connect dengan GPS..Dan dalam drone ni sendiri telah diprogramkan bila kawasan airport dia tidak akan berfungsi. Mula2 encik suami mati-matian ingat drone ni dah rosak..bila dia baca notification ni baru laa dia tahu..Drone tidak boleh diterbangkan 5km dari kawasan lapangan terbang...maka tunggu esok pagi laa naa...




Pagi2 lagi encik suami sudah keluar ke Taman Metropolitan Relau, Bayan Lepas..Murni tak ikut sekali sebab kena kerja hari Sabtu..huhuhu. Dan inilah hasilnya "My First Fly by DJI Phantom 3" milik encik suami. Video ni dia guna beginner mode jadi ini saje ketinggian yang dia boleh pergi..Dan encik suami pon blom biasa lagi. InshaAllah lepas ni Murni akan review lagi tentang DJI Phantom 3 Standard Quadcopter Drone ini..Tungguuuuu!!






Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. apapun okey laa untuk kali pertama guna drone nih.. cantik hasil videonya..

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnyee ade drone...lama2 mahir la tuu

    ReplyDelete
  3. wahh mokcik nak bercuti ke mana tu
    bukan nak balik kpg ke CNY kahkahkahhh
    bestlah kali ni bercuti dengan drone

    ReplyDelete
  4. wahhh sangat cantik video guna drone ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang