New Year Eve Buffet Dinner | Park Avenue Hotel, Sg. Petani

2:25 PM


Assalamulaikum...


Rasanya masih belum terlambat untuk Murni mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca Blog Murni Alysa. Setiap tahun Sambutan tahun baru mesti disambut dengan meriah oleh semua orang. Dan untuk sambutan tahun baru 2017 ni Murni sekeluaga dan juga bersama sebahagian familia #projekbloggerutara berkesempatan singgah untuk menyertai New Year Eve Buffet Dinner di Park Avenue Hotel, Sungai Petani.







Masih bertemakan Disney, Park Avenue menyediakan International Buffet untuk sajian para tetamu. Dengan bayaran serendah RM70+ pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan dari seluruh dunia yang disediakan. Hidangan utama atau main dish amat berbaloi dengan harga yang dikeluarkan. Pengunjung dapat menikmati hidangan utama yang lazat dari daging lembu hinggalah ke sotong tempura. Walaupun hidangan antarabangsa tetapi menepati citarasa rakyat tempatan kerana lauk pauk yang disedialkan ni sesuai juga dimakan dengan nasi. Dan haritu Nasi Mentega menjadi pelengkap untuk perut Melayu macam Murni ni..hehehe








































Bahagian ni Murni paling suka..Pelbagai jenis salad dari pelbagai bangsa disediakan seperti Chinese Salad, Clasical Salad dan Western salad. Tak lupa juga Malay salad seperti Rojak Buah dan Gado-Gado..Sushi pon ado..Memang variety sangat. 














































































Section ini pulak ada disediakan Mushroom Soup dan Thai Tom Yam. Bread and Butter Puding. Tak lupa juga dengan Yong Tau Foo.



Mushroom Soup dan Thai Tom Yam


Bread and Butter Puding


Yong Tau Foo

Keistimewaan setiap kali Park Avenue Hotel menganjurkan apa sahaja event pastinya hidangan pencuci mulut/dessert. Kek dan juga dessert lain memang dicari-cari oleh pengunjung. ABC pon menarik dengan pelbagai warna dan rasa. Terdapat juga kek coklat yang dibuat khas untuk tahun baru 2017. Rasanya memang laa sedap sampai anak2 Murni bertambah2 kek tu..budak2 memang gitu...









































Selain itu pihak hotel juga menyediakan konsep warung untuk hidangan seperti shawarma, char koey teow, mee mamak, barbeque dan juga pasta. Ini memberi lebih pilihan kepada pengunjung.





























Dah penat jamu mata jom laa kita isi perut pulak..Makanan last masuk ke perut untuk tahun 2016..Alhamdulillah rezeki baby juga kalini boleh makan puas2 tanpa risau nak gemuk ke ape..dengan alasan makan untuk berdua..hehehe






 Terima kasih sekali lagi kepada pihak Park Avenue kerana sudi menjemput familia Projek Blogger Utara untuk memeriahkan suasana di sini. SELAMAT TAHUN BARU 2017!!



Address: 
PARK AVENUE HOTEL SUNGAI PETANI
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Phone: 
+60 4-431 7777




Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. sedapnya makanan kat tempat tu.. best la baby dapat makan kat hotel sokmo hihihihi

    ReplyDelete
  2. Daging apa tu yang second picture? Looks so yummy!

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang